27 July 2020

. Last Day QL Foods .

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum everybody.
Masih adakah yang datang ke blog aku ni? Hahaha.

Lamanya aku menyepi kan?
Bertahun lamanya. Hahaha.
Rasa rindu sangat nak berblogging.
Banyak benda yang terjadi sepanjang bertahun tahun ni.

Harini aku nak bercerita tentang last day aku bekerja di QL Foods.
Sebenarnya sepanjang aku senyap ni, aku kerja sebenarnya.
Lepas je habis diploma, aku duduk rumah sebulan lepastu aku terus cari kerja.
Dan aku dapat kerja di QL Foods.
Alhamdulillah rezeki aku. Dekat dengan rumah pulak tu.

Aku start kerja 15 Jun 2016 dan aku berhenti Jumaat lepas 24 Julai 2020.
Terlalu banyak kenangan dan pengalaman aku bekerja disana.
Actually ini merupakan pekerjaan pertama aku. 
Banyak benda yang aku belajar.
Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana 
memberi aku peluang berkhidmat disana.
Alhamdulillah terima kasih Allah. 
Dalam jangka masa 4 tahun ni aku jumpa banyak orang yang baik baik.
Tak dinafikan tekanan kerja tu pun ada.
Tapi suasana kerja yang best dan kawan kawan yang supportive 
membuatkan hilang rasa tekanan kerja tu.
Terima kasih juga kepada mak abah yang sentiasa memberi galakan kepada aku.

Kenapa aku berhenti?
Sebenarnya aku dapat tawaran SPA.
Pasal SPA ni inshaAllah nanti aku cerita ye.

Berat hati aku nak tinggalkan pekerjaan aku sebagai receptionist di QL Foods.
Aku dah biasa kerja disana dan aku dah kenal ramai orang.

Mungkin sudah tiba masanya aku mencari pengalaman yang baru.
Moga ada sinar buatku. Doakan aku ya kawan kawan.

Jom baca kisah aku last day...

23 Julai 2020 (Khamis)

Waktu tu aku baru lepas Solat Zuhur. Lepastu member aku cakap, "You jangan pergi mana mana ada something nanti." Aku pun dalam hati kata apa dia la member aku ni. Hahaha. Tak lama lepastu ada dua orang pekerja datang jumpa aku. Siapa dua orang tu? Kak Loga dan Syukri. Waktu tu dorang wakilkan diri bagi something tu. Tahu tak aku dapat apa? Aku dapat flower bouquet gubahan mereka sendiri. Dorang kata tu daripada department dorang (QA Department). Terharu sangat time tu. 


'bunga pemberian QA department*


Lepas balik kerja pukul 5.15 pm, aku meluangkan masa dengan Siew Teng (partner kerja) dan Nadiah (pekerja snack department). Kiteorang buat kerja gila ye, pergi sampai ke Manjung. Hahaha. Jauh juga dari tempat aku ke Manjung tu ye. Dalam 1 jam setengah. Dah keluar lepas balik kerja tu confirm confirm la baliknya malam. Aku fikir takpelah bila lagi nak jumpa kan. Kiteorang pergi Aeon Manjung je. Sampai je kat sana, kiteorang singgah kat Secret Recipe sekejap, Nadiah nak belanja kek Secret Recipe. Lepastu kiteorang pergi makan di Black Canyon. Yang ni Siew Teng belanja. Thank you sangat sangat korang.


'kek pemberian Nadiah*


'makanan Siew Teng belanja di Black Canyon*


'Siew Teng & Nadiah*


Lepas habis makan, kiteorang jalan jalan dalam Aeon tu. Lepastu Nadiah ajak pergi satu kedai ni dan dia ada ambik satu barang tu dan dia tanya aku cantik tak. Aku jawablah cantik. Rupa rupanya waktu dah nak balik tu, tahu tak benda yang Nadiah beli tu adalah untuk aku. Patutlah bila aku tanya Nadiah nak beli untuk apa benda tu, dia diam je. Rupanya dia beli khas untuk aku. Thank you Nadiah. Hehehe.


'ni la benda yang Nadiah nak bagi aku tu*


24 Julai 2020 (Jumaat)

Tarikh ini merupakan hari terakhir aku disana. Waktu ni HR Department ada buat jamuan makan tengah hari. Pada petang pula ada pekerja pekerja yang bawakkan kek untuk raikan birthday seorang pekerja yang lain dan nak raikan hari terakhir aku disana. Pada hari yang sama juga aku dapat banyak hadiah. 

Terima kasih semua kerana menghargai aku. Huhuhu. Aku nampak macam biasa je haritu. Sampai ada yang tanya aku tak sedih ke. Tapi hakikatnya aku sedih time tu dan fikiran aku serabut juga time tu, banyak benda aku fikir. Okay, lupakan. Meh aku nak share gambar gambar waktu hari kejadian.


'Vishalathumi (cleaner) bagi*


'Santhi (cleaner) bagi*


'Lathapiratha (cleaner) bagi*


'Kogilavamy (cleaner) bagi*


'Kak Faezah (fishball department) bagi*


'Usha Rani (rnd department) bagi*


'Kak Syamsidar (frozen 1 packing department) bagi*


*Liana (branding department) bagi*


'Kak Aishah & Kak Mala (frozen 2 packing department) bagi*

'kek celebrate birthday Kak Fatin & celebrate hari terakhir aku di QL Foods*
(THANKS TO: Kak Shafinas, Kak Fatin, Kak Aisyah, Kak Eza & Kak Nurul Amira)


'Kak Shafinas Zuriyati (QA department) bagi*


'Kak Fatin (snack department) bagi*


'Kak Aisyah (snack department) bagi*


'Kak Ezatul Farita (QA department) bagi*


'Cecilia (account department) bagi*

Terima kasih semua. Tak tahu nak gambarkan perasaan aku time tu.
Terima kasih banyak banyak.
Aku tak sempat nak jumpa semua orang nak bagitahu yang aku berhenti.
Tak terdaya aku sebab company tu besar.
Aku just sempat bagitahu pekerja pekerja yang datang office pada hari Jumaat tu.
Minta maaf banyak banyak kalau ada yang terasa hati.

Itu sahajalah yang aku nak kongsikan harini.
Maaf ya tak dapat masukkan semua gambar.
Terlalu banyak sangat. Hehehe.
Biarlah gambar yang lain ini menjadi kenangan dan simpanan aku sahaja. Hihihi :)


'With my partner, Siew Teng*

Gambar atas ni tudung aku senget.
Tapi aku sengaja nak upload juga kat sini sebabnya nak cerita ni.
Baju ni kiteorang beli kat shopee.
Kengkonon nak pakai baju sama untuk last day aku. Hahaha.
Sweet tak kami? Kahkahkah.
Jadi melayu betul member aku tu.
Terima kasih for everything Siew Teng.


Bye bye QL Foods.
Akan ku simpan segala kenangan yang indah ini.
Doakan aku kuat untuk hari yang mendatang.
Doakan aku punya urusan dipermudahkan.
Sebelum terlupa.
Nak ucapkan big thanks juga kepada yang chat dan komen aku 
di whatsapp dan di facebook untuk wish dan doakan aku.
Loves, Syafiqah :D

InshaAllah jumpa lagi di entry yang akan datang.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.