15 June 2015

. No Title .


Bismillahirrahmanirrhim.
Assalamualaikum awak semua.

Harini taktahu nak letak tajuk ape.
Sebab nak letak dua cerita.
Satu pasal hostel time aku praktikal.
Yela, aritu dah janji nak cerita.
Satu lagi cerita pasal nak balik poli esok -_-"
See what? Barang tak sentuh lagi tapi sibuk nak update blog.
Hahahaha. kemalasan mewarisi diri.
Mesti korang dok bisik dalam hati kan,
"Kerja malas je dia" Betul dak!?
Kalau tak betul, ye kan jela.
Backup sikit. Hahaha.
Maap agak hyper sikit kebelakangan ni.
:p

Meh kita go through pada cerita pertama.
Pasal hostel tu kan...
Hmm aku pun tak tahu nak cerita dari mana.
Ikut flow ke atau lintang pukang ek?
Konpius. Hahahaha.
Okay aaa aku cerita ikut flow.

Selepas mendaftar diri di resort tersebut.
HR, Kak Mai membawa kami ke hostel yang tak berapa jauh dari situ.
Lebih kurang 5 ke 7 minit perjalanan.
Sampai ke tempat tu, aku turun daripada kereta.
And then korang teka aku jumpa sapa?
Aku jumpa classmate aku dulu, Diyan.
Agak terkejut. Tak sangka pulak satu tempat praktikal.
Kemudian aku dan Ana terus naik tangga menuju ke hostel tersebut.
Shiba tak ikut sebab dia tak duduk situ.
Yela rumah dia dekat dengan resort tu.
Jadi dia decide duduk at rumah je.
First impresion tengok hostel tu jujur memang tak puas hati.
Sume takde, yang ada hanyalah simen semata.
Terfikir jugak, aku nak tidur beralaskan ape.
Bantal lupe nak bawak.
Tilam or toto memang dah tak bawak sebabnya aku ingat ada katil.
Nak tu pulak, bilik yang aku dapat tu sempit.
Kongsi pulak dengan Ana.
Bukan tu je, bilik aku tu bumbungnye bocor.
Aku bukan apelah.
Bukan nak complain ke nak cerewet ke ape.
Tapi beragaklah.
Servicenya tak elok.
Kalau bagitahu semua benda tu takde kan senang.
Bolehlah aku bawak siap-siap dari rumah.
Hmm. Sabar jela.



`dari pandangan luar*


`kawasan dalam bilik*

Selepas tu...
HR tu bagitahu kiteorang dah start praktikal haritu.
Aku mintak kat HR tu yang kiteorang masuk lambat sikit.
Sebabnya nak beli barang dulu.
So HR tu kasi sampai pukul 12.00 p.m.

Dengan bercuacakan panas terik tu...
Kiteorang cari kedai dan beli kelengkapan lain.
Jam menunjukkan jam 11.30 p.m.
Aku mintak tolong Ana call HR mintak masuk lambat lagi.
Sebabnya macam tak sempat je.
Call HR, then dia cakap kalau masuk shift pukul 2.00 p.m.
Kiteorang kene balik malam.
Aku pun amek keputusan untuk terima je.

Begitulah cerita pasal hostel tu.
Tragis gila kan?
Series time tu memang serabut gila.
Aku datang dengan mak and abang aku.
Jangan cakaplah, abang aku time tu bengang jugak.
Dugaan sungguh.

Dalam dua hari selepas kami praktikal kat sini.
Masuk lagi sorang pekerja sementara, namanya Anis.
Orangnya kecik-kecik.
Perangainya slumber gila.
Dia tengah tunggu result form 6.
So sementara tu, dia kerja sini.

Nak habaq pasal kawan aku si Ana ni kan...
Dia tak bertahan lama untuk praktikal kat sini.
Dia terpaksa mengikut kehendak mak ayah dia untuk pindah.
Aku faham parents dia nak kan yang terbaik buat dia.
Aku sedih jugak, dah la aku baru je kat sini.
Nak kenal staf sini lagi la tak.
Aku dok dalam bilik je. Tak la nak nyembang ke apa.
Aku juz buat kerja aku je.
Aku bukannya sombong.
Cuma tak dapat biasakan diri lagi.

Lama kelamaan, aku dengan Anis ni makin rapat.
Anis la kawan aku time kat hostel ni.
Dia macam aku jugak, kuat makan, kuat gosip.
And kuat kaco orang. Hahahaha.


Pabila aku telah masuk kesemua department at resort tu...
Barulah aku ngam dengan semua staf situ.
Termasuklah staf yang tinggal at hostel tu.
Bukanlah rapat sangat. Cuma tegur-tegur tu adalah.

Time aku praktikal sini.
Ada 8 orang jugak budak praktikal.

5 dari UITM
~Diyan, Fida, Rashiqah (Iqa), Aliya, Nani~


`Fida & Diyan*


`Iqa, Nani, Aliya & Fida*

3 orang dari FIM
~Ibtihal (Haa), Nabihah (Bie), Natdhrah~


`Bie (pink), Haa (blue), Natdhrah (purple)*

dan

2 orang dari PTSS iaitu aku and Shiba.


Staf yang tinggal at hostel tu pulak:
Hatikah, Aida, Ain, Kak Nuren, Anis.

Tapi Kak Nuren tu tak berapa rapat sangat.
Sebab dia sorang je staf Housekeeping yang dok hostel.
And dia senyap sikit.

Transport aku ke resort?
First tu aku naek basikal.
Ni bukan main-main ok. Ni betul punya.
Sampai berpeluh-peluh mengayuh.
Dah la jalan ke resort ni ada berbukit. Hahaha.
Tapi tak lama pun, dalam seminggu je.
Dapatlah bakar jugak lemak ku ini. Hehehe.

Then untuk hari seterusnya tu, Anis ajak naik moto dengan dia.
So setiap hari aku akan tumpang Anis.
Di petengahan bulan praktikal tu, aku ada konflik dengan Anis ni.
Start daripada situ, aku dah tak tumpang dia.
Aku pinjam moto Shiba je.

Sedih jugak bila gaduh dengan Anis.
Mana taknye, sepanjang kiteorang kenal.
Memang tak pernah gaduh.
Happy je...
Tak sangka pulak, disebabkan benda yang kecik tu.
Boleh timbulkan pergaduhan.
Mungkin sifat aku yang sensitip and tak matang ni kot.
Anis kata time tu kiteorang ni gaduh manja je.
Gaduh pun tak lama :')
Memang kenangan time tu ekekeke.

Satu lagi kan...
Memandangkan bilik anis ni sebelah bilik aku...
Dia suka sangat ketuk bilik aku and kacau aku tengah tidur.
Fedup kot fedup hahahaha.
Gila aku rasa rindu ko pulak Anis!!!.
Sekarang dah takde orang nak ketuk pintu bilik aku.
Time aku penat, time bilik aku sepah, time aku tidur.
And aku dah tak bergeng makan banyak.
Dulu ko slumber je order dua kali time kat kedai.
Buat malu aku je dok satu meja makan dengan ko weyh. Hahaha.
Sampai aku pun tumpang sekaki.
Makan rope orang giler.
Kesah pulak orang nak kata ape.
Ye dak!? :3

Kami student praktikal dengan staf sini selalu jugak hangout.
Jenjalan time malam. Kenapa malam?
Sebab malam je time boleh kumpul semua.
Shift kami tak sama. Nak hangout beramai tu terpaksa cari waktu malam.

Tu je kot cerita pengalaman duduk at hostel time praktikal.
Muehehe.


`makan-makan sebelum Ana pindah*



`together*



`bunga-bunga Marina*



`wayang*


`fun fair*



`on the way to Marina Wing*


`bowling with Tikah & Shiba*

Next story...
Pasal nak balik poli esok.
Arghhh rasa macam sekejap je cuti ni.
Tak puas. Tapi bila duduk rumah ni terlalu lama bosan pulak.

Nak cerita sikit apa aku buat time cuti ni.
Dalam akhir bulan May ni,
Ayah aku suruh jaga adik sepupu aku at kampung.
Sebabnya adik sepupu aku yang sorang lagi ni nak daftar belajar.
Dia dapat at Perlis jugak. Sama negeri dengan tempat belajar aku.
Cuma dia Matriks aku Poli.

So aku diminta jaga Umairah dan Yaya.
Sorang 2 tahun setengah, sorang 3 tahun.
Sebenarnya nilah budak yang aku jaga time aku lepas SPM tu.
Alhamdulillah dah membesar dengan sihat.


MOGA JADI ANAK YANG SOLEHAH :)

Semalam merupakan hari last aku jaga dorang.
Rasa sebak sangat.
Tambah pulak time aku nak balik tu,
Umairah siap menangis nak ikut aku.
Lagi la aku nak banjir je at situ ekekeke.

Betul kata pakcik aku.
Kalau dah start jaga budak ni...
Mesti terasa rasa.


Aku dah anggap dorang tu adik aku.
Memandangkan aku memang takda adik.

Tapi terkadang aku rasa dorang tu macam anak aku je.
Hahahaha.

Ekceli barang nak bawak sana baru kemas setengah.
Untuk sem ni aku tak duduk kamsis.
Aku decide nak duduk luar.
6 orang. Shiba, Ana, Kak Kyra, Kak Aisyah And Kak Huwaida.
Doakan keselamatan kami okeh.

Bagus jugak duduk luar ni.
Boleh belajar berdikari jugak.
Tapi disamping ada baik, mesti ada buruknya duduk luar ni.
Hope aku tak terlalu bersosial bila dah duduk luar nanti.
Mintak dijauhkan.
Ameen. Doa yang baik-baik saja.

Esok nak bertolak ke Perlis.
Hope perjalanan selama 6 jam ini selamat.

Assalamualaikum semua ^^

"Thank you beb becoz still be with me.
No matter what happened.
Also thanks for your care and every strength that you give.
I'm sorry if i'm cannot be a right person that you want.
Please forgive for all my mistakes."

Speaking kata ko! Dah dah cukup cukup la gelak tu weyh.
Mohon hayati setiap ayat aku tu.
Baca dengan nada yang serius. Kehkehkeh.

Hashtag babai everybody.
Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Maafkan salah silap ;)