Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)
الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الاً الله الله اكبر، الله اكبر ولله الحمدMenandakan sudah tiba untuk umat Islam merayakan ibadah Qurban. Alhamdulillah, kita
dipanjangkan umur untuk merayakannya.
~Kisah Pengorbanan pada zaman Nabi Ibrahim A.S.
~Pengorbanan Siti Hajar
~Kisah Pengorbanan pada zaman Nabi Adam A.S dan Hawa
Dikeluarkan di Syurga ke bumi dan berjumpa semula di Padang Arafah.
Sebelum Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan Siti Hajar, Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan Siti Sarah. Setelah lama berkahwin, Siti Sarah tidak mampu memberikan zuriat. Kemudian, Siti Sarah meminta Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan Siti Hajar. Alhamdulillah, setelah Nabi Ibrahim A.S berkahwin dengan Siti Hajar, mereka dikurniakan seorang anak bernama Ismail A.S.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu hari, Nabi Ibrahim A.S berada di Mekah ketiduran. Dia mendengar suara daripada Allah s.w.t yang memerintahkannya untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail A.S. Nabi Ibrahim A.S tahu bahawa perintah tersebut merupakan ujian yang harus dia jalani. Kemudian, Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S berangkat ke Kota Mina. Apabila mereka sampai di Mina, Nabi Ibrahim A.S berkata pada anaknya,
"Anakku, aku mendengar dalam mimpiku bahawa Allah s.w.t telah memerintahku untuk menyembelih kamu. Bagaimana pendapat kamu ?"
Lalu Nabi Ismail A.S menjawab,
"Wahai ayah, kerjakanlah apa yang Allah s.w.t telah perintahkan kepadamu. In sha Allah, Ayah akan mendapatkan aku sebagai seorang yang sabar dalam menjalankan perintah Allah s.w.t."
Mendengar permintaan anaknya, Nabi Ibrahim A.S berkata,
"Sebaik-baik penolong adalah kamu. Wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t."
Kemudian kedua-duanya bersiap untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t. Nabi Ibrahim A.S sendiri yang akan membaringkan Nabi Ismail A.S seperti membaringkan kambing yang akan disembelih. Ada juga yang mengisahkan Nabi Ibrahim A.S menelangkupkan wajah Nabi Ismail A.S dengan syarat agar tidak melihat sesuatu yang akan menimbulkan kasih sayangnya sehingga dapat menghalangnya daripada melaksanakan perintah Allah s.w.t. Kejadian itu terjadi di suatu sisi seketul batu besar yang terletak di Mina.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ada yang mengisahkan kejadian itu berlaku suatu tempat di Mina. Ketika Nabi Ibrahim A.S meletakkan pisaunya pada leher Nabi Ibrahim A.S, beliau pun berusaha memotong dengan kuat sekali tetapi sekuat manapun dia mencuba, dia tidak mampu untuk memutuskan leher anaknya itu. Sesunggunya ketika kejadian itu berlaku, Allah s.w.t telah membuka tutup mata para malaikat yang ada di langit dan di laut. Ketika melihat Nabi Ibrahim A.S telah menyembelih puteranya Nabi Ismail A.S, meraka tersungkur bersujud kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t berfirman,
"Dan kami menyeru, "Hai Ibrahim,sungguh kamu telah membenarkan mimpu kamu. Daripada semua yang kamu lakukan. Aku boleh melihat bahawa kamu bersungguh-sungguh telah memilih keredhaanKu daripada kecintaan kamu terhadap anak kamu. Oleh sebab itulah, kamu termasuk golongan orang orang-orang yang taat kepada perintahKu. Sesungguhnya ujian ini merupakan ujian yang nyata. Penyembelihan itu adalah ujian yang nyata untuk mengetahui antara yang ikhlas dan yang tidak ikhlas dan merupakan ujian yang sangat sukar kerana tidak ada yang sesukar ini. "Maka Kami selamatkan orang yang diperintahkan menyembelih dan sembelihan yang besar daripada syurga, iaitu kambing kibas yang dahulu telah dikorbankan oleh Habil yang diterima darinya. Korban (kambing) itu tetap berada di syurga sehingga Nabi Ismail A.S ditebus (ditukar) dengan kambing itu. Oleh sebab itulah, Kami perintahkan kepada Jibril untuk membawa kambing kibas itu kali terakhir engkau meletakkan pisau kamu kepada leher Ismail."
Malaikat Jibril lalu berseru untuk mengagungkan Allah s.w.t dan merasa takjub (kagum) menyaksikan perbuatan Nabi Ibrahim A.S sambil berucap,
"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar."
Lalu Nabi Ibrahim A.S membalas ucapan Jibril dengan ucapan,
"La ilaaha illallaahu Allahu Akbar."
Begitu juga dengan Nabi Ismail A.S, dia menyambutnya dengan ucapan,
"Allahu Akbar Wa lillahil Hamdu"
~Pengorbanan Siti Hajar
Penderitaan yang ditanggung oleh Siti Hajar. Pada masa itu, air susu Siti Hajar telah habis. Ketika dia mencari sumber air, dia berulang-alik 7 kali dari Safa ke Marwah. Sedangkan Nabi Ismail A.S yang kehausan itu terus menangis sambil menghentakkan kakinya ke bumi. Dengan rahmat
Allah s.w.t, sedang Siti Hajar mencari air, terpancutlah air dalam bumi di hujung kaki anaknya,
Nabi Ismail A.S.
Allah s.w.t, sedang Siti Hajar mencari air, terpancutlah air dalam bumi di hujung kaki anaknya,
Nabi Ismail A.S.
~Kisah Pengorbanan pada zaman Nabi Adam A.S dan Hawa
Dikeluarkan di Syurga ke bumi dan berjumpa semula di Padang Arafah.
Dengan ini,
Aya nak ucapkan,
SELAMAT MENYAMBUT IBADAH QURBAN.
Wassalam.