Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Percaya tak percaya kita sudah masuk ke alam 2013 kan ? Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menyambut Tahun Baru 2013. Aya semakin hari semakin tua. Haha. Mana ada orang semakin hari semakin muda right ? Merepek kalau ada --' Umur Aya sekarang 17 tahun 4 bulan 1 hari. Haha. Jadi Aya tak tua lagi. Belum naik 18 tahun lagi. Hoorayyy ! Dah macam ape entah. Haha. Tahun ni result SPM nak keluar. Haiyo, kenapa cepat sangat result keluar. Kenapa tak time umur Aya 20 tahun baru keluar ? Kenapa ? Kenapa ? Aya tak bersedia lagi nak ambik result. Out of the topic. Apa Azam tahun baru korang ? Aya ? Azam tahun baru ni sebenarnya tak fikir lagi. Tapi, Aya fikir time ni jela ye. Hmm, Aya berazam nak menjadi lebih baik daripada dulu. Try to be a good person. Try untuk bahagiakan orang lain. Nak buang semua sifat negatif yang pernah ada. Apa lagi ye ? Banyak lagi, tapi tak boleh nak keluar pulak idea. Macam kena sekat. Haha. Takpe la, yang lain tu biar la Aya yang tahu okay. Untuk adik-adik yang masih bersekolah. Selamat kembali ke sekolah. Nikmati hari-hari anda kat sekolah. Dah macam iklan dah. Haha. Untuk adik-adik yang ambik peperiksaan penting. Usaha lebih tapi jangan study hard sangat. Lepas dah usaha. Tawakkal la ye. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita di dunia ni. Sebenarnya, Aya rindu sangat nak pakai baju sekolah lagi. Tapi nak buat macamana. Aya kena sedar, Aya dah dewasa dah. Haha. Semalam ada tengok Ambang 2013 LIVE punya kat Ustream. Best sangat. Tapi sayang. Tersekat-sekat la. Aya tengok setengah je. Rugi-rugi. Tapi takpe, kat Youtube nanti ada.
`Antara gambar Ambang 2013*
`Salam Tahun Baru 2013. Azam tahun baru. Jom berhijrah ke jalan Allah*
Hari tu dapat berita buruk. Kawan Aya kat sekolah SMV Kuala Kangsar mendapat musibah. Dia kemalangan kena langgar dengan lori. Innalillahiwainnahirojiun. Ya Allah, mendengar berita ni. Rasa sebak sangat. Kawan sendiri kemalangan. Walaupun tak rapat tapi dia pernah sembang-sembang dengan Aya. Dia masih koma lagi. Dari kening ke hidung kena jahit. Darah tak mahu masuk. Ya Allah, kuatkanlah Nazri Rohim dalam menjalani ujianMu ini. Sedarkan la dia daripada koma. Muhasabah la diri, musibah dan dugaan ni bila-bila pun boleh datang. Ya Allah, berilah kami kesabaran dan ketabahan jika ujianMu datang dan terasa berat nak dipikul. Hari tu pulak, datuk saudara Aya meninggal dunia. Ajal dia dah sampai. Allah lebih menyanyanginya. Kena redha dan ikhlaskan hati. Walaupun hati ni sedih dengan permergian dia. Semua manusia akan mati. Tak tahu entah bila kita akan meninggal dunia. Itu semua rahsia Allah. Bukan bila dah tua je boleh meninggal dunia. Muda-muda macam ni pun boleh meninggal dunia. Ya Allah, cukup ke amalan yang nak dibawa untuk menghadapMu Ilahi ? Menjadi persoalan tentang ni. Selagi kita masih bernyawa, selagi kita masih bernafas, selagi kita diberi kesempatan. Kita masih mempunyai peluang untuk bertaubat. Alhamdulillah. Ya Allah, janganlah Engkau memberikan kami lupa dan lalai dengan keindahan dunia yang sementara. Sesungguhnya, kehidupan akhirat yang kekal selamanya. Wallahualam.
`Semoga cepat sembuh Nazri*
`Kubur Datuk Saudara Aya yang masih segar*
Lastly, kenangan 2012 masih segar dalam ingatan.
Tahun 2012 banyak sangat kenangan pahit dan manis.
Aya takkan lupakan semua tu :')
Tahun 2012 banyak sangat kenangan pahit dan manis.
Aya takkan lupakan semua tu :')
Assalamualaikum.