17 February 2013

. Benar Atau Tidak .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabatku sekalian. 


Wahai sahabat-sahabat Aya yang sedang menerjah blog ini. Sihat ke ? Alhamdulillah Aya dalam keadaan sihat seperti biasa. Tengok gambar kat atas tu, kemain besaq kan surat yang dia dapat. Haha --'
Kalau nak tahu, sekarang ni banyak digemparkan dengan SURAT BERANTAI.
Korang pernah dapat tak ?
Seriesly la pernah kan ? Aya sendiri pun banyak kali pernah.
Surat berantai ni amat berbahaya jika orang tidak selidik kebenarannya.
Selama ni, Aya memang tak percaya dan tak sebarkan kalau Aya dapat surat berantai.

Lagipun, Aya dah lama tak dapat apa-apa meseg or apa-apa tentang surat berantai ni.
Sampai la hari ni, seorang daripada kawan Aya ada sebarkan mengenai surat berantai.
Kononnya, surat itu menceritakan tentang wasiat dari penjaga makam Rasulullah s.a.w.

Di sini tercatat surat berantai yang Aya dapat daripada kawan Aya :

Assalamualaikum. Please baca kalau korang sayang Allah dan Nabi. Please baca. Baca sampai habis. 
Lepas itu forwardkan please. Ni adalah benar. Sila baca sehingga habis 
dan tolong sebarkan kepada seberapa banyak orang Islam yang boleh.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Ini adalah surat wasiat daripada penjaga makam Nabi Muhammad s.a.w iaitu 
Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam 
Rasulullah s.a.w selepas membaca lalu hamba tertidur. Dalam tidur hamba bermimpi didatangi 
Rasulullah s.a.w lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.

a) Isteri tidak mendengar kata suami
b) Orang kaya tidak lagi bertimbang rasa
c) Orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang supaya membuat kebajikan kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit. Sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

a) Berselawat-untuk junjungan Nabi kita Muhammad s.a.w
b) Bertaubatlah-dengan segera sementara pintu taubat masih tebuka
c) Bersembahyanglah
d) Berzakat-jangan ditinggalkan
e) Menunaikan fardhu haji-bila berkemampuan
f) Jangan menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa

UNTUK MAKLUMAN

1) Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencetak sebanyak 
20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain. Dia kemudiannya dianugerahi Allah s.w.t dengan 
mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.

2) Seorang hamba Allah s.w.t telah menerima surat ini tetapi tidak menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

3) Pada tahun 1977, Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain. Maka selang beberapa hari kemudian dia telah mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di Malaysia Timur.

4) Tan Sri Ghazali Jawi, bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain. Beberapa hari kemudian beliau telah dilantik Mentari Kabinet Perdana Menteri.

5) Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah. Seminggu kemudian, beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.

6) Di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak. Lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah s.w.t seorang gadis berakhlak mulia seperti dituntut oleh Islam. Baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya. 

7) Di Terengganu juga, seorang hamba Allah s.w.t telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja 
mengadakan-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya. Beberapa hari kemudian, dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaannya amat menyedihkan. Setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyakitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Seminggu kemudian barulah beliau beransur 
sembuh sehingga sekarang.

Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikannya kepada orang lain. Di mana mereka mendapat malapetaka. Setelah kejadian menggembirakan dan menyakitkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. In sha Allah anda memperoleh sesuatu dari Yang Maha Kuasa. Dengan penuh keyakinan pasti Ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan. Perhatian ! Setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain sebanyak 20 salinan. Sekiranya telah dilakukan, anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Kata Sheikh Ahmad lagi, jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan syafaat Rasulullah s.a.w. Nauzubillah. Oleh itu, hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain. In sha Allah dalam masa dua minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan
atau dibiarkan. Tolong sebarkan kepada umat Islam. Sebarkan 20 wasiat ini kepada umat Islam.

Adakah korang pernah dapat surat berantai seperti di atas ? Mana bukti kesahihannya ?
Tadi Aya post surat berantai ini ke fan page Ustaz Azhar Idrus untuk mendapat kepastian.
Kemudian salah seorang kawan daripada facebook ustaz yang bernama Azam Mudin
telah menjelaskan serba sedikit mengenai surat berantai yang baru Aya dapat tadi.

Mai tekan gambar di bawah untuk melihat penjelasan yang diberikan oleh Azam Mudin :


`Pertanyaan Aya kepada Ustaz Azhar Idrus*


`Comment daripada Azam Mudin. PENTING ! Harus klik*

Okay, korang dah baca dan dapat dah penjelasan daripada topik surat berantai ni ? Ececeh, poyo je Aya macam pengacara pulak. Haha. Tengok, sebenarnya wasiat ni palsu semata-mata. Tak payah percaya. Aya harap korang berhati-hati dan berfikir dahulu sebelum nak sebarkan apa-apa okay :)
   ------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tutup tirai pasal surat berantai. Hari ni hari Ahad kan ? Bertarikhkan 17 Februari 2013 yang sejuk lagi nyaman. Hari ni merupakan tarikh kelahiran Najwan iaitu ketua kelas Aya. 


Happy Birthday Najwan Robie.
Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan kesihatan
dan perlindungan yang baik.
Semoga mendapat result SPM yang cemerlang yang tak lama lagi akan keluar.
"Thanks sebab banyak memimpin kiteorang time hang jadi ketua kelas dulu. Hihi."
Harap tak lupa kenangan KATERING batch 11/12.

Sebelum Aya terlupa, hari ni jugak merupakan tarikh kelahiran junior Aya.
Hidayah Zaed ni juga merupakan jiran dorm Aya time tahun 2012.
Dia ni rapat jugak dengan Aya. Selalu kongsi masalah dan tak sombong.
Selalu tegur kat sekolah dan time terserempak kat mana-mana.
Dia sangat baik, sangat tabah dan sangat-sangat sopan.
HAPPY BIRTHDAY DAYAH. Semoga Allah s.w.t memudahkan segala urusanmu =)(=


Hari ni jugak merupakan birthday kawan-kawan SMVKK iaitu 
Amira Liyana (PPN) dan Amirul Ghazali (EE2)
Lihat gambar mereka di bawah :


Amira Liyana ni baik orangnya. Dia dengan kawan karib dia, Amalina selalu tegur and buli Aya. Haha
Kejamkan diorang ? Okay ni palsu belaka. Hihi --'
Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir. Semoga tabah dalam menjalani ujian hidup :)


'Amirul (Ibu) yang berbaju pink sebelah kanan*

Okay, walaupun Aya tak rapat dengan Amirul tapi Aya pernah tegur dia.
"Sorry Ibu aku tak berapa sangat kenal hang,
Tapi yang aku tahu hang baik ja. Betul kan hang baik ? Haha."
HAPPY BIRTHDAY. Semoga tak jemu menjalani aktiviti kat PLKN tu. Huahuahua ;D

Lastly, Aya nak ucapkan thanks kat kawan-kawan yang sudi membaca post yang agak panjang ni. Sebelum bersurai, Aya nak bagitahu test motosikal dengan test kereta Aya Rabu 20/2 ni dan Aya baru dapat berita bahawa keputusan SPM akan keluar pada 20/3. Tu pun tak dapat kepastian lagi.
Jadi, Aya mintak sangat korang doakan yang terbaik buat Aya.
 Err, sangat takut ni. Huhu. Thank you. Jumpa lagi. Assalamualaikum.