07 February 2013

. Kasih Ibu Tiada Batasan .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Isu buang anak sekarang ni makin menjadi-jadi. Betul tak ?
Tindakan ni sangat tak berperikemanusiaan. Perangai macam binatang.
Binatang pun reti sayang anak right ? Nauzubillah.

Hari ni Aya bukan nak cerita pasal buang bayi.
Tu sekadar muqaddimah je. Hihi.

Korang perasan tak ?
Bukan isu buang anak je yang berleluasa dalam negara ni.
Isu anak derhaka pun makin meluas.
Dunia akhir zaman macam-macam jadi kan ?

Islam telah mengajar kita supaya hormat dan taat kepada ibu bapa.
Seperti dalam firman Allah s.w.t :

"Dan Kami mewajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
 Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya 
 dengan menanggung susah payah." 
(Al-Ahqaf : 15)

"Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua-dua orang tuanya.
Ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah 
yang bertambah-tambah dan menyusukannya selama dua tahun. 
Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. 
Hanya kepada Aku kembalimu." 
(Luqman 31 : 14)

Derhaka tu bukan bermakna hanya melakukan kekasaran terhadap ibu bapa. Maksud derhaka yang sebenarnya adalah melakukan apa sahaja perbuatan yang bertentangan dengan berbuat baik dan ihsan. Contoh paling utama ialah menyinggung perasaan mereka. Mesti benda ni kita selalu buat. Tengok ! Perkara yang kita anggap remeh-temeh pun dah jadikan kita sebagai anak derhaka. 


Antara ibu dan bapa, yang mana satu kita perlu hormat ?

Memang kedua-dua ibu bapa kita perlu hormat. Yang perlu diberi keutamaan mestilah ibu kita. Kerana ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan dan ibu jugak yang telah melahirkan kita. Betapa banyak pengorbanan dan jasa seorang ibu. Itu la sebabnya, 

"SYURGA ITU TERLETAK Di BAWAH TAPAK KAKI IBU."

 LIMA sebab seorang ibu memiliki hak tiga kali ganda besar berbanding seorang ayah :

1. Ibu terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak.

2. Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan.  

3. Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut. Kesusahan ini diungkap oleh Allah s.w.t dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan Nabi Isa a.s :

(Ketika dia bersalin) maka sakit bersalin itu memaksanya (pergi bersandar) 
ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma). Lalu dia berkata :

"Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan
menjadikan aku sesuatu yang dilupakan orang dan
tidak dikenang-kenang."
(Maryam 19 : 23)

4. Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya terjadi apa-apa terhadap anaknya, nescaya dia menjadi bimbang.

5. Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan, seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Sifat seorang ibu yang lemah-lembut dan peranannya yang menjadi suri rumah menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati dan menghargai ibu mereka. Justeru mereka memperlekehkan dan melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
  
Hargai ibu bapa kita sementara mereka masih ada.
Sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kita kecil.

Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
Walaupun mereka sudah meninggal dunia. 

Anak Derhaka tidak cium bau Syurga ! 

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan Anak Derhaka.
Amin ya Rabbal Alamin. 


`Akak, Mak & Aya*

Credit : hafizfirdaus.com