21 March 2013

. Result SPM :) .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum T_T

Result SPM yang telah ditetapkan keluar adalah pada 21 Mac 2013.
Hari ni dalam sejarah la. Semua menantikan saat yang berdebar nak ambik result.
Sama macam Aya sendiri, trauma-trauma. Haha.

Hari ni Aya p amek result. Kat mana ? Ofcoz la dekat sekolah tercinta, SMVKK.
Bertolak awal sangat, lepas subuh. Biasa la, abah suka berhenti-berhenti kat tepi jalan.
Kat rumah tadi makan hot dog je. Then kat jalan tadi minum Teh Ais. Tu pun tak habis -_-"
Aya tak tahu hari ni Aya cepat kenyang. Takda selera nak makan.


 `On the way nak p amek result *Muka cuak :/

Sampai sekolah, orang pertama yang Aya jumpa Jamilah a.k.a Jamiak. Hihi
Then, jumpa kawan yang lain. Sampai tadi dalam pukul 10.00 a.m.
Tu pun ramai yang tak datang lagi. Diorang semua pakat datang lewat. Hahaha.
Tepat pukul 10.30 a.m, dah boleh ambik result.
Masuk dewan, nampak Cikgu Ila (cikgu masak) tapi Cikgu Nadia (cikgu serve) takda. 
Tu yang Cikgu Ila gantikan tempat Cikgu Nadia. Hati semakin berdebar-debar.
Sorang-sorang ambik result. Tibalah giliran Aya... Ambil sijil bagai bla bla bla...

Cikgu Ila : Ha, Cik Ya (sambil cari result Aya). Result kamu macam takda ja :)
Aya : Ha, ish ada la cikgu. Hihi
Cikgu Ila : Ha, nah. Tahniah.
Aya : Terima kasih cikgu :)

Dalam hati time tengok result tu ucap alhamdulillah. Bersyukur sangat dapat keputusan tu. Even tak banyak pun. Thank you Allah. Dia telah makbulkan doa Aya. Allah banyak tolong Aya. Bersyukur tak terhingga rasanya. Tadi balik lambat sikit. Kesian abah tunggu Aya lama sangat. Sorry la, tadi Aya p jumpa kawan-kawan. Al-maklum la, dah lama tak jumpa. Rindu. Tapi tadi tak sempat jumpa junior yang Aya rapat sebab Aya rasa Aya dah lama sangat kat sekolah tadi. Kesian pulak kat abah kene tunggu. Huhu. Tadi terjumpa Tok Syuha. Huaaaaa, rindu gila dengan Tok. Tadi Aya cakap kat Tok yang Aya rindu kat Tok. Pastu Tok tanya bila nak mai rumah Tok. Aya cakap la, in sha Allah time free nanti la pergi. Tak sangka Tok ada tadi. Hihi. Pastu jumpa mama and ayah Adila dan mak Bella. Semua baik belaka :)

Nak tahu result Aya ? Takda banyak sangat. Tapi bersyukur la. Alhamdulillah.

Bahasa Melayu : A
Bahasa Inggeris : B+
Agama : B+
Sejarah : C+
Matematik : C+
Sains : B
Penyediaan Makanan Barat Dan Timur : A-
Penyajian Makanan dan Minuman : A-


 1A 2A- 2B+ 1B 2C+
 
Dah rezeki Aya dapat banyak ni. Aya redha dan bersyukur sangat sebab Allah sentiasa ada disisi untuk membantu Aya. UPSR Aya 3A, PMR Aya 3A dan SPM pun 1A 2A-. Nampak tak, berturut-turut peperiksaan penting Aya dapat 3A. Memang jodoh Aya dapat 3A je agaknya. Haha. 

Alhamdulillah, tahun ni sekolah Aya meningkat result SPM berbanding tahun lepas. Guru-guru banyak yang happy dan senang hati. Tambah-tambah Cikgu Ila sampai nak keluar air mata. Sedih Aya tengok. Rasa nak menangis tapi tahan. Hehe. Tahniah kepada kawan-kawan dan sahabat handai yang memperoleh result SPM yang memuaskan dan cemerlang. In sha Allah, semoga Allah murahkan rezeki untuk korang sambung belajar dan dapat masa depan yang cerah akan datang. Ameen.

Sepupu sebelah mak ada 4 sebaya Aya dan sepupu sebelah abah ada 3 orang. Banyakkan ? Tu yang setiap kali exam penting je mesti macam best sebab ramai saingan. Haha. Thanks orang yang banyak bagi Aya support. Semua batch 1995 yang mengambil SPM 2012, TAHNIAH sangat-sangat. Assalamualaikum semua. Sebelum tu, nah layan gambar kat bawah ni ye :


`Students Katering (tak semua ada) with our beloved teacher, Pn.Norazila*


 `With Bella a.k.a Belon baru balik dari kantin ;)


`With Jamilah a.k.a Jamiak yang tembam ;)


`At bengkel Katering. Dari kiri : Ain, Afiq and Ezzati*


`At PSS, Nabil and Amir Piah*


`Dalam kereta. On the way nak balik rumah :p*