08 May 2013

. Because Of That .


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum ^^

Alhamdulillah. i'm already healthy now.
Tapi ada la batuk-batuk and selesema sikit ;)
Yeah, sakit Allah yang bagi. Kita kenalah sentiasa berdoa supaya Allah menyembuhkannya.
Jangan menyerah dan berputus-asa ^^


Tepat pukul 9.00 pagi nanti, Aya akan jejakkan kaki ke sekolah lama.
Sekolah since Aya Form 1 until Form 3.
Untuk apa Aya jejak ke situ ? Ofcoz sebab Aya dapat panggilan Form 6.

Kalau korang tanya Aya dah ready untuk masuk ke alam remaja ?
Means alam untuk sambung belajar. Seriusly jawapan Aya TIDAK. 
Tapi kenapa ? Sebabnya Aya tak dapat nak imagine apa yang akan berlaku nanti.

Manusia semakin hari semakin dewasa.
 Nak tak nak kena jugak tempuh semua ni.
Semoga Allah kuatkan hati Aya untuk semua ni :')

Orang kata Form 6 susah. Okay, Aya percaya itu.
Belum cuba belum tahu kan ? Memanglah tapi...
Tapi Aya tak yakin pada diri sendiri. Kenapa ye ? :(
Aya betul-betul lemah bab presentation. Aya akan blur. Aya taktahu kenapa.
Allah, bantulah aku ;)


Semalam Aya dah tak jaga Ira dan Umairah.
Start bulan 1 menjaga diorang ni takde la perasaan jemu.
 Aya sayang diorang sangat-sangat. Serius !
 Makcik kata cuti Sabtu Ahad datanglah jenguk diorang.
Tengoklah kalau Aya tak buzy, boleh la datang jumpa diorang.

Kalau Aya dapat tawaran Universiti nanti. Gerenti dah jarang jenguk diorang.
Perasaan rindu tu jangan cakaplah kan. Sedih pulak nak tinggalkan diorang.
Tengok-tengok nanti diorang dah besar. 
Entah ingat ke tak diorang kat Aya nanti. Hehe.


Makcik and pakcik bagi layanan yang baik sangat time Aya jaga diorang.
Entah macamana nak balas jasa diorang.
Pesanan last Aya sebelum Aya balik semalam,
"Hah, last Aya nak mintak halalkan apa yang Aya makan and apa Aya guna."
"Rasa nak menangis pulak. Haha."
Makcik ucapkan terima kasih kat Aya and suruh kirim salam kat mak :)

RUTIN HARIAN SEMASA DI KAMPUNG

7.30 - Sampai kampung
8.00 - Lepak-lepak main dengan Ira and Umairah / Sarapan
8.30 - Upin Ipin TV9
9.00 - Kartun (random)
10.00 - SuperBoy
11.00 - Gemersik Kalbu
11.30 - Layan TV3 (random)
12.00 - Wanita Hari Ini
1.00 - Ameera
1.30 - Solat Zuhur and lunch
2.00 - Aliya
3.00 - Broken Wow
4.00 - Kalau Bukan Aku
4.30 - Solat Asar
5.00 - Balik

See ? Banyak layan TV3. Haha. Bosan kowt. Semua cerita tu Aya tengok dengan makcik. Siap hafal lagi tajuknya. Tak boleh blah. Kalau kat rumah jangan harap nak layan TV :p

Semoga Ira and Umairah jadi anak yang SOLEHAH suatu hari nanti.
Ameen ya rabbal alamin.

 Memories with them :'*


`With Alya Nur Zafira :')


`With Umairah Imani :')

Terima kasih sangat kepada sesiapa yang setia membaca entry Aya.
Aya just kongsi cerita. Kongsi pengalaman.
Kalau rasa bosan and muak dengan entry ni, Aya mintak maaf ye.
Yang baik semuanya datang daripada Allah.
Segala kesilapan datang daripada diri Aya sendiri.
Assalamualaikum ;)