19 August 2012

. Eid Fitr .



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. 

Setelah mendengar pengumuman di TV, jeng jeng jeng. Wah! Alangkah gembiranya aku. Yela, tanda kemenangan kita menjalani ibadah puasa selama sebulan. Alhamdulillah, laungan takbir tak henti-henti membuatkan aku berasa sebak. Tapi, kita harus diingatkan bahawa, dalam kegembiraan kita menyambut bulan Syawal, terdapat insan yang sedih kehilangan orang tersayang. Biasalah, bila perayaan tiba, banyak kes kemalangan. Tak lupa pada Cikgu Khaldi yang baru ditimpa musibah. Aku doakan cikgu cepat sembuh. Seriesly, sekolah amat sunyi tanpa cikgu.



Semalam dapat mesej daripada insan tersayang:

Ya Allah,
Akhir Ramadhan yang barakah ini,
Muliakan insan yang ku sayangi bernama,
NURSYAFIQAH BT MOHD JUBIR.
Bahagiakan keluarganya,
Sihatkan tubuh badannya,
Berkati rezekinya,
Kuatkan imannya.
Beri kenikmatan ibadah,
Jauhkan dari fitnah.
Masukkan dia dalam syurgaMu tanpa hisab.
RabbalAlamin.

Terharu bila baca. Terima kasih, syukran sangat-sangat* Okay stop. 
Amboi bukan main bercerita panjang lebar. Hahaha.
Di sini dengan rendah hati, aku nak ucapkan:

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.