16 August 2012

. Majlis Khatam Quran .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semuaaa :P 

Penat sungguh hari ni. Mengeluh la pulak. Yela, baru balik dari hostel la katakan. Tadi at sekolah ada MAJLIS KHATAM QURAN. 


 `Terdiri daripada 11 orang guru lelaki & 11 orang pelajar lelaki*

Hm, rasa sekejap je nak akhir BULAN RAMADAN. Aku rasa tahun ni tahun yang paling nikmat bulan Ramadan dari tahun-tahun yang lepas. Aku pun tak tahu kenapa. Lagi dua hari je nak habis bulan Ramadhan ni. Rasa macam nak menangis. Sebenarnya tak puas nak sambut bulan Ramadan tahun ni. Nak TADARUS, nak menjalani ibadah PUASA. Takpelah, kalau Allah panjangkan umur, dapatlah aku sambut bulan Ramadan untuk tahun hadapan. Insha Allah. 


Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku tersuka dengan lagu ni, TEMAN PENGGANTI nyanyian Black dan Malique. Ni mesti pasal Afiq, kawan sekelas aku. Dia selalu melalak menyanyi lagu ni kat kelas. Hahaha. Aku rasa korang pun dah pernah dengar kot lagu tu. Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum.