18 January 2013

. Akad Nikah Najwa's Sister .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum guys.

Dalam pukul 8.00 malam Aya balik menjejakkan kaki ke rumah tersayang. Penat sangat-sangat. Nasib baik esok cuti jaga Ira dan Umairah. Boleh rehat lebih masa kat rumah. Hihi. Esok ada Kenduri Kahwin kakak Najwa. Maybe Aya bertolak awal dari rumah ke rumah Najwa. Yela, mana tahu Najwa nak mintak tolong pape kan ? Sekarang tak tahu lagi sebenarnya nak keluar rumah pukul berapa. Pukul 11.00 pagi kot. Okay, Aya nak cerita pasal tadi. Setiap hari Isnin-Jumaat biasa la pergi menjejakkan kaki kat kampung. Jadi babysiter. Hakhakhak. Tiba-tiba je hari ni jadi babysiter setengah hari. Jadi balik la awal. Tok tek tok tek (bunyi meseg). Hamudah dengan Eyana hantar meseg. Diorang kata Najwa ajak Aya pergi Akad Nikah kakak dia petang ni. Firstly, Aya ingt Aya tak dapat pergi. Yela, ingatkan Aya kena jaga Ira sampai petang. Tengok-tengok petang tu, mak Ira tanya Aya nak balik sekarang ke tak. Aya cakap la kenapa. Rupanya, mak Ira tu nak p mana entah. Jadi, Aya confirm la dapat p rumah Najwa tu. Yeay ! ;) Dipendekkan cerita, Aya sampai la rumah dalam pukul 3.10 petang. Mak Ira hantar. Nampak laptop abang tak sesiapa guna, apa lagi. Online la. Memang hobi sejak azali kaki online. Haha. Eyana ajak p rumah Najwa pukul 5.00 petang. Disebabkan lama online, Aya ajak Eyana p lewat sikit dalam pukul 5.10 petang sebab Aya baru nak siap pukul 4.40 petang. Haha. Kerek kan Aya ? Sukati siap lambat-lambat. Takpa la, lagipun Eyana sokong suruh p lewat sebab masuk azan Asar pun lewat. Then, time dah siap-siap tu, Aya meseg Eyana suruh keluar sekarang. Jam menunjukkan pukul 5.20 petang. Tengok, janji pukul 5.10 petang. Last-last keluar 5.20 petang. Itu namanya JANJI MELAYU ! Haha. Dalam perjalanan ke rumah Hamudah. Mak ai, malunya -_- Ramai lelaki. Eyana cepat-cepat capai phone kat tangan dia. Telefon siapa ? Telefon Hamudah la. Suruh jemput kiteorang. Terasa macam Puteri kat situ. K, perasan :/  Haha. Pot pet pot pet (acara berlangsung). Yeay, masa untuk makan ! Excited excited. Mula-mula, Aya dengan Eyana bertolak-ansur suruh semua yang datang tu p ambik dulu makanan. Ceh, gaya budak baik kan kan ? :P Tapi, terasa malu pulak. Sebab muka kiteorang je muka yang tak ambik makanan. Then, Aya ajak Eyana ambik Roti Canai. Makan-makan semua. Hamudah dan Najwa ajak pulak makan nasi. Mula-mula takmau. Tapi rasa macam rugi. Eyana taknak makan. Sebab dia dah kenyang. Jadi, Aya tebalkan muka. P ambik lagi nasi. Haha. Rilek la kan. Rezeki jangan ditolak. Hidup kena berani. Haha. Ambik nasi semua. Dah selesai makan nasi. Amirah call Najwa. Entah apa entah yang diorang sembangkan. Tak lama tu, muka Amirah tiba-tiba muncul. Dengan bawak kamera Nikon. Jealous kot :D Time Amirah makan tu, Aya, Eyana dan Hamudah p kedai kejap. Beli barang. Balik dari kedai. Singgah balik rumah Najwa. Tengok Amirah dah siap makan. Amirah ajak tangkap gambar. Kiteorang pun cari tempat sesuai nak snap gambar. Last-last, snap kat rumah Najwa. Mai scroll bawah tengok gambar bajet cun kiteorang. Haha.


`Ni Aya. Nah ! Bunga ni untuk awak semua. Hee XD*


`Aya with My Beloved Best Friend, Hamudah*


`Aya with Eyana. Baru balik dari kedai*


`Aya with My Old Friend, Amirah*


`KAMI 5 Sekawan*


`Sayang hampa semua ;)*

Dah habis. Esok Aya cerita pasal Kenduri Kahwin. In sha Allah. Tak janji taw.
Assalamualaikum, readers~