16 January 2013

. Trying And Seharian .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum :)

Hello, hello ! Nombor yang didail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi. Haha. Tu takda kena mengena dengan hidup dan mati ye. Harap maklum. Hihi. Sebenarnya dah niat nak update blog lama dah tapi tak tahu nak cerita pasal apa kan ? Tiba-tiba keluar mentol yang cantik lagi kacak kat dalam otak yang berketul-ketul ni. Apa yang Aya merepekkan ni ? Okay abaikan abaikan -_- Semalam date dengan Cik Ain. Ohokk, harap jangan jealous yew anda anda sekalian. Haha. Takda noh. Aya date dengan Cik Ain pasal blog. Aya tak percaya Aya dah jadi cikgu blog untuk Cik Ain. Cik Ain orang pertama yang Aya ajar pasal blogskin. Memang sebelum-sebelum ni ada orang mintak ajarkan, tapi Aya tak yakin Aya boleh ajar ke tak. Sebabnya, nak edit blogskin agak susah nak diterangkan sebab guna code. Tapi, alhamdulillah. Aya bersyukur dapat murid yang senang faham macam Cik Ain. "Thanks Cik Ain sebab memudahkan kerja Cik Ayam ye." Kini, Cik Ain telah berjaya menghasilkan blog menggunakan tangan dia yang berjari 10. Haha. Tahniah Cik Ain. Tak sangka Cik Ain boleh faham apa yang Aya ajar. Lepas ni nak tanya apa pun jangan malu-malu. Tanya je kat Aya okay Cik Ain. Malu bertanya sesat jalan :) Semoga apa yang Aya ajar kat Cik Ain, Cik Ain akan ingat sampai bila-bila. Belajar pasal blog pun ILMU jugak kan ? Jadi, Aya taknak la kedekut ilmu. Walaupun belajar blog ni hanya ilmu dunia. Lagi satu, Aya nak ucapkan bebanyak-banyak terima kasih kat Cik Ain sebab sudi tulis cerita pasal Aya okay. Korang nak tengok hasil tangan editing Cik Ain ? Nah link :
http://ainathirahanuar.blogspot.com/

 Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim)

 Tuntutlah ilmu dan belajarlah (untuk ilmu) ketenangan dan kehormatan diri 
Dan bersikaplah rendah hati kepada orang yang mengajar kamu. 
(HR. Ath-Thabrani)


`Cik Ain kurniaan Ilahi. Cantik sangat dia kan ? Hihi*
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Macam hari-hari biasa, setiap hari Isnin-Jumaat Aya akan balik kampung menjaga Ira dan Umairah dengan makcik. Sejak akhir-akhir ni, Ira banyak meragam. Dia nak dengan makcik dengan mama dia je. Taktahu la kenapa. Asyik menangis je. Alahai, sayang. Kenapa menangis ? Jawapan ni hanya Allah yang tahu. Hari Isnin hari tu, rasanya ringan sikit beban. Sebab akak Aya, Nana balik rumah. Disebabkan Nana rindu Ira dan teringin nak tengok Umairah, Nana pun turut tolong Aya dan makcik jaga diorang. Mula-mula Ira takmau dengan Nana. Tapi akhirnya dia nak jugak. Tapi tak bertahan lama pun. Sekejap je. Ira terus menangis dan menangis. 


`Ira si kuat menangis* 


`Umairah budak baik* 


`Nana bawak Ira jalan-jalan*

Nota : Rupanya bukan senang nak jaga budak. Banyak karenah. Assalamualaikum.