Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hai readers. Bertemu lagi kita kan kan ? Rindu nak taip entry lagi. Nak share dengan korang yang setia membaca blog Aya ni. Hihi. Cuaca hari ni panas. Bukan panas je, tersangat-sangat double berkali-kali panas. Haha. Over je lebih. Biasa la, cuaca tak menentu sekarang. Sekejap panas, sekejap hujan. Cuba korang tengok tajuk kita hari ni. Pasal lesen. Tajuk berpart pulak kan ? Tak pernah Aya buat tajuk berpart-part macam ni :) Just try the best. Poyo speaking >.< Okay, tanpa membuang masa lagi. Mai ceq nak cerita pasal lesen. Hari tu Aya dah cerita setengah pasal lesen kan ? Sekarang Aya nak sambung bercerita lagi. Korang tak payah bukak telinga pun. Just bukak mata je okay. Then bukak seluas-luasnya hati korang macam bukak mulut tu kan kan ? Lepas tu baca la dalam hati. Meleret pulak muqaddimah Aya. Haha. Macam Aya cakap, bukan mudah nak ambik lesen. Banyak step okay. Seriesly, orang macam Aya lagi bertambah-tambah susah nak buat lesen. Kenapa ? Sebab Aya mana pernah drive motosikal dan kereta. Mak abah memang tak bagi bawak motosikal dan kereta sebelum dapat lesen. Tengok, betapa risaunya mak abah Aya. Kadang-kadang rasa terkongkong, tapi bila fikir dua kali betul jugak cara mak abah tu. Mak abah tak nak apa-apa jadi dengan kiteorang 4 beradik. Semua mak ayah nak terbaik buat anak-anak right ? Begitu jugak mak abah Aya. Sebelum test motosikal 27 Disember 2012 hari tu, Aya mintak abang Aya ajar Aya bawak motosikal ni. Mula-mula tak boleh nak imbang sebab nervous punya pasal. Break pun seret dengan kasut je. Haha. Betapa teruknya first time bawak motosikal. Tu baru bawak dengan abang. Belum lagi time test betul-betul punya kan. Alhamdulillah, lama-lama Aya rasa mudah je bawak motosikal ni. Cuma Aya tak berani bawak laju-laju. Paling laju pun 40 je. Haha. Okay la tu kan ? Aya ambik lesen kat Pusat Institut Memandu Nuri, Hutan Melintang. First time waktu p Kursus KPP tu, jumpa dengan kerani. Mula-mula tengok kakak-kakak kerani ni sombong cuma setengah je okay. Tapi time nak balik dari kursus tu baru tahu diorang sporting gila. Haha. Melawak je kiteorang dengan diorang. Kak Gee, Kak Citra, Kak Comel (taktahu nama). Mula-mula layan Kak Gee ni. Kak Gee sporting sangat. Suka buat lawak. Ohoi. Haha. Lepas tu Kak Citra ni India. Dia ni okay la. Sopan jugak. Hihi. Akhir sekali baru Kak Comel. Kak Comel ni first time takut nak tegur dia sebab nampak macam garang rupanya tak pun. Haha. Kak kerani semua baik-baik. Suka-suka >.< Time 27 Disember 2012 ni, Aya ada amali motosikal 3 jam. Sebenarnya bila-bila pun boleh datang buat amali kat Nuri ni. Syahida decide nak datang 27 haribulan. So, Aya ikut jela. Kata Syahida nak cepat habis. Dalam pukul 7.30 pagi keluar rumah. Time ni abah Aya nak hantar sebab abang Aya nak wat test kereta. Lepas tu bagi tumpang Syahida sekali. Dalam pukul 8.00 pagi sampai la Pusat Latihan Memandu Nuri. Daftar, cap jari semua. Lepas tu, nama Aya dengan Syahida kena panggil. Okay, hati dah takut dah sebab nak bawak motosikal --' Then, kiteorang p satu tempat banyak-banyak motosikal. Ada Jurulatih. Tanya dia yang kiteorang nak buat amali. Jurulatih time tu tengah start motosikal yang ada kat situ. Adoi, bila kiteorang tanya pasal amali ni. Terus Jurulatih ni suruh bawak motosikal yang dia start tadi. Mak ai, Aya dapat moto sit tinggi. Press je minyak, huyyo laju gila motosikal ni. Time ni Aya ingat apa yang abang Aya ajar hari tu. Mujur la Aya dah belajar naik motosikal dengan abang Aya hari tu. Kalau tak habis Aya tak reti bawak. Memandangkan time kiteorang sampai tu, just kiteorang berdua je yang sampai awal, Jurulatih bawak kiteorang pusing-pusing. Bukan kiteorang duduk belakang Jurulatih tu. Kiteorang bawak motosikal masing-masing la ikut motosikal Jurulatih. Lepas dah pusing-pusing tu. Kiteorang buat pusing kat litar pulak. Hati tak yakin langsung time tu. Mana taknya, Aya tak berapa tahu nak pusing ni. Haha, sangat teruk Aya ni. Mula-mula kena buat pusingan 8, lepas tu jalan atas titi, then pusing-pusing kon and lastly kena break emergency. Semasa kiteorang buat amali kat litar ni, makin ramai yang datang. Bertambah segan la Aya time tu. Okay, buat muka tak malu jela. Haha. Dipendekkan cerita, Aya habiskan amali 3 jam time 27 haribulan ni. Untuk amali 3 jam motosikal dah selesai. Alhamdulillah. Tapi Aya tak boleh dapat L lagi sebab Aya ambik lesen motosikal dan kereta. Jadi, kena selesaikan 3 jam kereta pulak. Baru dapat lesen L. Hari ni 6 Januari 2013, Aya, Hamudah, Eyana dan Syahida p Pusat Latihan Memandu ni. Eyana ada ceramah motosikal time ni. Kiteorang yang lain nak buat amali kereta pulak 3 jam. Tapi, rezeki hari ni dapat 1 jam je buat amali kereta. Minggu depan hari Sabtu dan Ahad nak habiskan 2 jam lagi. In sha Allah. Aya nak cerita ni. Alhamdulillah, tadi Aya dapat Jurulatih kereta yang baik sangat-sangat. Ya Allah, syukur dapat Jurulatih perempuan. Dia ajar Aya dengan sabar. Ajar Aya sampai faham. Lembutnya hati cikgu ni. Nama cikgu ni Pn. Hashima. Peramah pun peramah. Dekat dalam kereta tadi sempat sembang-sembang lagi. Dia tanya macam-macam la. Aya pun tanya la kat Cikgu Hashima balik. Tak la sunyi dalam kereta tadi. Macamana bawak kereta tadi ? Alhamdulillah, okay. Tapi kena fokus oh. Kena jaga minyak, cluth. Kalau tak enjin mati. Yang part paling susah bagi Aya, time nak naik bukit tu. Time dah tekan handbreak then kena bagi kereta jalan balik. Time ni, enjin asyik mati je. Kesian Cikgu Hashima. Naik fed up dengan Aya. Tapi cikgu ni jenis sabar. Terima kasih cikgu. Bersyukur sangat dapat Cikgu Hashima. Aya akan ingat jasa cikgu. Ingat lagi Cikgu Hashima cakap tadi. "Bukan senang nak jadi cikgu. Macam kat sekolah la. Nak bagi pelajar-pelajar faham. Tapi cikgu bersyukur la, calon yang ambik kereta yang cikgu ajar semua okay. Ada yang bagi cikgu hadiah tanda terima kasih." Wah, tengok. Calon sebelum-sebelum ni pun hormat dan senang hati dengan Cikgu Hashima. Siap bagi hadiah lagi. Respect Jurulatih Aya ni, Cikgu Hashima. Aya harap Aya dapat Cikgu Hashima lagi nanti time nak buat amali dan test kereta. Aya tak nak Jurulatih lain. Sangat memilih Aya ni. Apa-apa pun. Aya nak Jurulatih yang baik macam Cikgu Hashima.
Bersambung Lesen L Part II...