Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum ^^
Bersambung Part II pasal lesen. Sihat ke sahabat Aya sekalian ? Mudah-mudahan korang semua dikurniakan kesihatan yang baik. In sha Allah. Alhamdulillah, selesai sudah asas 3 jam kereta hari ni. Hari ni Aya habiskan asas 2 jam kereta. Sebab hari tu dah buat 1 jam. Alhamdulillah, Allah permudahkan ujian Aya untuk hari ni. Terima kasih ya Allah kerana telah membantuku. Jom baca pembebelan Aya untuk hari ni. Hihi. Aya nak cerita perjalanan Aya dari pagi sampai petang untuk hari ni. Mulanya kiteorang set masa nak pergi pukul berapa. Okay, malam semalam, Eyana meseg cakap kita bertolak pukul 6.50 pagi. Nak dapat angka giliran awal la katekan. Lagipun kiteorang naik bas. Kena la berkorban sikit --' Okay, sambung-sambung. Then, pagi tu Aya siap-siap. Bangun lewat tadi. Pukul 6.17 pagi. Cepat-cepat mandi, solat dan iron baju. Tiba-tiba ada satu kereta hon. "Aik, sape nie ? Eyana ke ? Nak naik kereta ke bas ?" Hati Aya berbicara. Time ni pulak bunyi telefon rumah, "Kring ! Kring !" Angkat call rumah sambil meseg Eyana. Tanya Eyana dah siap belum dan tanya dia nak naik apa sebenarnya. Aya fikirkan kereta yang hon depan rumah Aya tadi kereta Eyana. Rupanya, kereta siapa entah. Sambung Aya angkat call tadi. Oh, Amirah call. Dia bagitahu yang dia join sekali dengan kiteorang p Pusat Latihan Memandu tu. Pukul 6.55 pagi bertolak dari rumah. Hanta meseg kat Eyana suruh keluar. Then, kiteorang teruskan perjalanan ke rumah Hamudah. Sebelum tu, dah sampai satu lorong. Kiteorang p rumah Amirah. Panggil dia. Dalam pukul 7.05 pagi sampai rumah Hamudah. Panggil Hamudah tapi tak de respon. Last-last call jela Hamudah. Rupanya, Hamudah tak dengar Aya panggil tadi. Panggil Najwa pulak. Tiba-tiba mak Najwa keluar. Mak Najwa bagitahu yang Najwa suruh pergi dulu. Dalam pukul 7.10 pagi kiteorang sampai kat stesen bas. Pukul 7.15 pagi sampai la bas. Bersyukur sangat bas tak lepas. Pukul 7.40 pagi macam tu sampai kat Pusat Latihan Memandu. Time tu kosong je kat situ. Ada dua tiga orang je. Kiteorang teruskan perjalanan ke pejabat. Bagi kad pengenalan semua. Duduk dulu. Lamanye tunggu --' Sabar-sabar. Kakak kerani tu utamakan orang yang nak drive kat jalan raya. Okay takpe-takpe. Masih boleh menunggu. Jurulatih ramai tak sampai lagi. Tu sebab lewat. Yela, banyak cawangan la. Jurulatih kena ajar kat sesetengah cawangan. Jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. Dah hilang sabar dah ni. Haha. Okay, p tanya leklok kat kakak kerani ni. "Akak, lama lagi tak ? Kalau lama, kiteorang nak sarapan dulu." Almaklumlah, pagi tadi tak sempat sarapan pun. Perut dah menyanyi lagu Teman Pengganti dah. Haha. Kakak tu tanya yang kiteorang ni lama ke tak p sarapan tu ? Kiteorang jawab la tak kot. Lepas tu, kakak tu bagi masa 1 jam p sarapan. Okay, dah makan semua. Return back kat Pusat Latihan Memandu. Jejak je kaki kat situ, tiba-tiba nama Najwa, Aya dan Syahida kena panggil. Kiteorang masuk. Ada 3 Jurulatih. Pn. Hashima dan dua orang lagi tu Jurulatih lelaki. Cikgu Hashima, cikgu yang Aya inginkan tu. Akhirnya, Syahida yang dapat. Untung Syahida. Dua-dua Jurulatih lelaki ni pernah ajar Hamudah time drive hari tu. Hamudah kata garang. Hati Aya redha je. Tiba-tiba dapat Jurulatih yang series ni. Alahai, pasrah jela. Aya ingatkan dia nak maki-maki Aya bila Aya salah. Rupanya tak pun. Just, bila dia cakap. Suara dia perlahan je. Jadi takde la Aya sakit jantung kat situ. Haha. Cuma Jurulatih Aya ni tegas dan tak suka senyum. Lagi satu dia tak peramah sangat. Time kiteorang drive, Eyana tunggu turn nak bawak motosikal. Sebab Eyana ambik lesen motosikal je. Yang pelik, nama Hamudah sorang tak kena panggil. Lepas Aya habis 1 jam amali kereta, Hamudah ada lagi. Aya fikirkan Hamudah dah selesai drive. Rupanya, nama dia tak kena panggil-panggil. Naik angin Hamudah. Beberapa minit lepas tu, nama Hamudah kena panggil. Then, tak lama tu nama Aya pulak kena panggil pulak untuk cap jari. Lepas Aya cap jari, Aya mintak kat kakak kerani sambung
lagi 1 jam tapi kakak kerani tu suruh Aya buat jadual. Time tu Aya rasa
tak de rezeki nak habiskan hari ni. Tiba-tiba Syahida suruh Aya tanya kakak tu balik. Alhamdulillah, selepas kiteorang bagi alasan macam-macam,
akhirnya kakak tu bagi. Tapi kena stay kat Pusat Latihan Memandu tu
sampai petang. Yela, orang ramai sangat tadi. Sebenarnya Aya rasa
bersalah dengan Hamudah, Eyana, Syahida dan Najwa. Diorang sanggup tunggu Aya
sampai Aya habis buat asas kereta. Tadi Hamudah, Syahida dan Najwa drive 1 jam je sebab
diorang dah habiskan 1 jam hari tu. Diorang setia menunggu Aya. Ya
Allah, baiknya sahabat Aya ni. Terharu sangat dengan diorang. Susah
sangat nak dapat sahabat yang ada dengan kita saat kita susah senang.
Bersyukur sangat-sangat. Sebelum menunggu Hamudah habis 1 jam asas kereta, kiteorang sembang-sembang la dulu. Lepas Hamudah habis, Najwa ajak Aya, Eyana, Hamudah, Syahida dan Amirah makan KFC. Jauh sangat nak jalan kaki dari Pusat Latihan Memandu ke KFC. Disebabkan teringin punya pasal. Sanggup kot. Rasa nak tercabut kaki Aya time tu. Dengan cuaca yang panas teriknya. Cobaan-cobaan :) Lepas makan KFC, kiteorang teruskan berjalan pergi Masjid untuk solat. Rehat-rehat kejap. Lepas solat, Syahida dan Eyana teman Aya pergi Pusat Latihan Memandu. Yela, Aya nak habiskan lagi 1 jam kan. Hamudah dan Najwa teruskan rehat kat masjid lepas solat. Dalam pukul 5.00 petang baru turn Aya dapat drive. Syahida dengan Eyana pergi masjid balik sambung rehat. Sanggup kan diorang teman Aya ? Tu namanya sahabat sejati. Lagipun masjid ni sebelah Pusat Latihan Memandu je pun. Huhu. Aya dapat Jurulatih sporting sangat-sangat dan baik sangat-sangat. Aya buat salah banyak kali pun Jurulatih Aya tak marah. Gelak lagi ada la. Haha. Mak ai, jiwa kental Jurulatih Aya ni. Hihi. Aya sembang-sembang dengan dia macam Aya sembang dengan kawan Aya. Haha. Best gila. Time tengah sembang-sembang tu, ada ke dia tanya pasal SPM Aya boleh skor berapa ? Hui, gugur jantung Aya bila dia cakap pasal SPM. Getaq noh. Hehe. Jurulatih ni memang lawak. Namanya En. Meon tak silap. Nama orang kampung tu. Haha. Lagipun, cikgu ni baru kerja tak sampai sebulan. Dia penyabar kot. Sesetengah Jurulatih cepat tension bila calon tak cepat tangkap apa yang diajar. Bergantung la pada Jurulatih tu. Hihi. Happy sangat dapat semua Jurulatih baik-baik. Alhamdulillah, lesen L Aya akan dikeluarkan. Tunggu kerani call la bila Kad Lesen L boleh dapat. Lepas tu kena tunggu seminggu baru boleh sambung nak dapat kan lesen P pulak. Harap Aya dapat Jurulatih yang baik-baik dan sporting lepas ni. Ameen.
`Ya Allah, permudahkan segala urusanku di dunia ini.
Berilah aku kekuatan untuk memikul ujianMu ini yang terkadang aku terasa berat nak dipikul*
Berilah aku kekuatan untuk memikul ujianMu ini yang terkadang aku terasa berat nak dipikul*
TAMAT. THE END. Thanks reading ! :)