Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Hadis Qudsi yang diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani berbunyi :
Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanKu dan tidak sabar dengan ujianKu,
Maka carilah Tuhan selain dariKu.
Dalam kehidupan, tiada seorang pun inginkan kegagalan, tiada seorang pun inginkan kesusahan. Tetapi, hidup dalam dunia memerlukan kekuatan. Kerana apa ? Kerana manusia sentiasa diberi ujian.
Setiap ujian yang Allah s.w.t beri ada maksud tersirat dan tiada sesiapa pun tahu akan hikmah disebalik ujian itu.
Kenapa aku diuji ?
Siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang Allah s.w.t beri ?
Ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak akan membebankan
manusia mengikut kemampuannya. Allah s.w.t ingin menguji setakat mana kebergantungan kita
kepadaNya. Adakah dengan ujian itu kita mendekatkan diri kepada Allah sw.t.
ataupun kita semakin jauh daripadaNya. Nauzubillah. Semoga Allah s.w.t sentiasa memberikan kita kekuatan untuk sentiasa bersujud kepadaNya sama ada dalam keadaan senang mahupun susah dan dalam keadaan bahagia mahupun derita. Sentiasa berdoa kepadaNya. Ujian Allah s.w.t adalah tanda kasih sayangNya kepada kita. Ujian itu terbahagi kepada dua iaitu ujian kesenangan dan ujian kesusahan.
Okay-okay, ayat kat atas tu sekadar mukaddimah supaya kita sedar dan sentiasa kuatkan hati untuk menerima ujian Allah. Don't give up. Dan ingatlah, segala yang Allah s.w.t uji itu adalah terbaik buat kita. Macam entry Aya yang lepas, Aya nak cerita pasal repeat ujian JPJ kereta hari ni kan ? Lulus ke tak Aya ye kali ni ? Mesti tertanya-tanya kan ? Haha ;D Mai baca kisah Aya hari ni.
Bla bla bla... Sampai Pusat Latihan Memandu dalam pukul 8.10 a.m. Hari ni yang test tak ramai. Disebabkan Aya repeat, ya Allah turn Aya nombor tiga. Bayangkan time tu perasaan cuak sangat. Syahida dapat turn nombor satu. Lagi plus-plus cuak dia. Doa dan berzikir mengingati Allah je yang mampu time tu. JPJ strict keluar memanggil, *Calon nombor dua ! Dan sorang lagi JPJ memanggil *Calon nombor satu ! Aya semakin cuak. Bayangkan calon nombor satu dengan dua dah keluar. Tak lama kemudian, JPJ strict bawak kereta dengan calon kereta nombor dua. Maknanya calon nombor dua dah gagal. Ya Allah, takutnya, Aya berdoa kat Allah yang Aya mahukan JPJ sporting tapi tak sangka Aya dapat JPJ strict. Tapi takpa, bukan apa yang kita nak semua dapat kan ?
Aya sangat yakin Allah pasti membantu.
Aya sangat yakin Allah pasti membantu.
Aya : Assalamualaikum Tuan.
JPJ : *Diamkan diri
Aya : Masuk kereta, tutup pintu. On the way nak buat 6 perkara.
JPJ : *Lepas tu JPJ tu suruh Aya duduk diam jangan buat apa-apa
Aya : -_-"
JPJ : Okay, mula.
Aya : Teruskan buat 6 perkara dan jalan. Aya dapat jalan B.
3 kali repeat test kereta, tiga-tiga dapat jalan B. Alhamdulillah, pada mulanya memang Aya rasa
jalan B ni agak susah dan Aya mintak sangat Aya dapat jalan A. Tapi, bila difikirkan balik, jalan A agak susah sebab banyak lopak. Aya tahu, Allah inginkan yang terbaik buat Aya. Terima kasih Allah.
jalan B ni agak susah dan Aya mintak sangat Aya dapat jalan A. Tapi, bila difikirkan balik, jalan A agak susah sebab banyak lopak. Aya tahu, Allah inginkan yang terbaik buat Aya. Terima kasih Allah.
Lulus ke Aya kali ni ? Alhamdulillah. Allah is the best planner. Dia beri Aya rezeki hari ni. Aya Lulus ! Memang tak sangka sangat. Yela, selalunya calon akan gagal dengan JPJ strict ni. Maybe hari ni rezeki Aya. Allah telah permudahkan segala-galanya. Allah Maha Adil. Memang perit nak menerima kegagalan. Dua kali gagal rasa kecewa sangat. Tapi, Allah merancang dengan baik. Allah bagi Aya lulus hari ni. Memang bersyukur. Kawan Aya ? Syahida and Najwa ? Syahida gagal bahagian jalan raya. Najwa gagal bahagian dalam. Minggu depan diorang repeat lagi. Mungkin hari ni bukan rezeki diorang. Mungkin rezeki diorang hari lain kan ? *Put your trust to Allah. Jangan mengalah ye korang.
Petang tadi pergi pasar dengan Hamudah, Eyana, Najwa, Intan and Anis. Tak sangka tadi Aya jumpa kawan Aya yang Aya kenal kat Pusat Latihan Memandu. Orangnya cantik and muslimah, subhanallah. Tapi, time dia tegur kat Pusat Latihan Memandu tu, dia langsung tak senyum. Muka dia nampak agak garang tapi hati dia lembut. Hehe. Dan tadi kat pasar, itulah first time Aya nampak dia senyum depan-depan Aya. Selalunya nampak dia senyum dekat gambar Facebook ja. Haha. Tadi dia tegur Aya kat pasar. Terkejut Aya. Nasib baik dia tak sombong. Hihi. Happy sangat jumpa Nadh tadi :)
`Ni la dia Nadh yang Muslimah gitu. Cantikkan ? Hihi*
6 Mac 2013. Hari ni birthday kawan rapat Aya kat kelas, Ahmad Nabil Faiq. Dia memang pak lawak dekat kelas. Dia suka loyar buruk. Best gila mempunyai kawan macam dia. Dan dia seorang yang kreatif. Happy birthday Nabil. May Allah bless you. Semoga Allah sentiasa memberikan yang terbaik untuk diri kau ye. Jangan lupa aku. Kawan yang hang selalu buli. Kejam. Haha.
`Nabil, You are the good friend. Jangan pedulikan apa yang orang lain nak cakap*
Kuatkan hati :)
Thanks sudi baca. Next entry jumpa lagi. Assalamualaikum.
Goodbye lesen L. Waiting lesen P.
Goodbye lesen L. Waiting lesen P.