12 March 2013

. Aku Sayang Diorang :') .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum guys.

Ya Allah, lama jugak tak post cerita dalam blog ni. Last post hari Rabu minggu lepas. Tapi, blog ni tak bersawang pun. Sebab apa ? Sebab Aya rajin bukak blog ni hari-hari cuma tak tahu nak cerita apa dalam blog ni. Takda idea, kena sumbat otak dengan mentol baru ada idea. Huahahaha XD

Bila la lesen P Aya nak mai. Lahai, kenapa la lambat sangat akak kat Pusat Latihan Memandu tu nak call suruh ambik lesen P. Takpa, sabarlah wahai hati. Lama-kelamaan nanti akak tu call jugak. 

Hari Ahad 12 Mac 2013 join Pak Mat dan Mak Endong p tengok Umi. Amboi, main sebut je Aya nama diorang. Macam kenal je korang dengan diorang kan ? Okay, nak Aya kenal kan ke ? Ha, yang Mak Endong tu adik kepada mak Aya. Yang Pak Mat tu suami Mak Endong dan Umi tu anak diorang merangkap adik sedara Aya la. Dah faham ? Baguih na. Baguih sesangat-sangat :p Korang mesti pelik, kenapa Aya panggil makcik and pakcik Aya dengan nama tu kan. Ha, Aya panggil pakcik Aya Pak Mat sebab nama dia Ahmad dan Aya panggil makcik Aya dengan Mak Endong sebab dulu arwah atuk dengan arwah nenek nak nama kan makcik Aya dengan Endong tapi tak jadi. Sekarang nama makcik Siti Maslihat. Kemain panjang penjelasan. Saja nak bagi korang faham. Hihi.

Time tu, makcik and pakcik saja ajak Aya p sekali sebab Umi tu anak tunggal. Baru-baru ni, diorang ambik anak angkat yang nama Umairah tu. Ala, dulu Aya pernah cerita kat blog. Umairah masuk ni rasanya dah 3 bulan. Comel sangat dia. Dah la bulat, gemuk, putih. Alahai, hari-hari pi cium pipi dia. Geram punya pasal kan. Kejamnya. Haha. Maybe pakcik and makcik Aya suh join sekali tengok Umi sebab nak makan angin. Lagipun Aya sekarang jadi babysiter untuk Umairah dan anak maksu yang namanya Alya Nur Zafira a.k.a Ira gendut. Kihkihkih.


 `Adik sedara kesayangan Aya. Comel kan diorang ? :)

Sekarang Aya nak cerita pasal pengalaman jadi babysiter sampai sekarang. Aya start jadi babysiter sejak bulan 1 tahun 2013. Mula-mula tak yakin nak jaga budak-budak ni. Tapi, seriesly, Aya minat sangat dengan budak-budak. Walaupun diorang ni kadang-kadang mengada-ngada tapi diorang comel sangat. Best sangat main dengan diorang. Haha. Kini, Umairah dah masuk 3 bulan dan Ira dah masuk 1 tahun. Alhamdulillah, Umairah dah pandai sembang, dah pandai senyum dan gelak. Yang Ira pulak dah pandai berjalan. Dulu Ira memang takut dengan orang dan suka sangat menangis. Agak susah nak handle -_-' Tapi, alhamdulillah. Sejak Ira dah pandai jalan dia dah tak kuat nangis and dah tak takut orang sangat. Cuma, dia suka naik tangga. Tu bahaya sangat. Ira ni garang and degil sikit orangnya. Suka menjerit. Lepas tu bila nak beli mainan tu, mesti dia nak beli barang mainan masak-masak tu. Kalau bagi tuala, mesti dia nak lap meja. Macam-macam Ira ni. Kadang-kadang tengok dia ni lawak jugak. Haha. Tapi, tak dapat nak nafikan betapa sayangnya Aya dekat Ira dan Umairah. Makcik selalu cakap kalau Aya sambung belajar nanti, macamana la. Aya dapat rasakan, kalau Aya sambung belajar nanti, Aya bakal merindui diorang ni. Tengok-tengok nanti diorang dah besar :') Okay, mood tiba-tiba bertukar kepada sedih. Rasa nak menangis je. Ni pengalaman pertama Aya jadi babysiter. Sebelum-sebelum ni mana ada pengalaman jadi babysiter. Aya memang ramai adik sedara dan ada yang Aya main-main dengan diorang time kecik tapi tak sama Aya jadi babysiter untuk Umairah dengan Ira. Berbeza sangat. Sebab, Aya banyak spent time dengan diorang berdua. Bayangkanlah, setiap hari Isnin-Jumaat Aya jaga diorang dari pagi sampai petang dengan makcik. 

HARAP DIORANG TAK LUPAKAN AYA BILA DIORANG DAH BESAR NANTI :)

Harini 12 Mac 2013, birthday Umi yang Aya lawat dia hari Ahad hari tu. Umi ! Happy birthday. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. belajar rajin-rajin. Umi harapan mama dan abah. Umi pelajar cemerlang dan umi harapan cikgu-cikgu kan ? Jangan sia-siakan usaha Umi selama ni. Tahun depan nak SPM kan ? Buat leklok. Akak sayang Umi plusplus ^___^


`Umi Amanina. Birthday girl*

Sorry, hari ni betul-betul takda idea nak post apa. Harap tak bosan baca post hari ni.
Mintak maaf sangat-sangat. Result SPM lagi 8 hari. Ya Allah, berilah aku ketenangan hati.
Takut sangat-sangat dan debaran makin terasa macam nak tercabut hati ni. K, tipuu ;D
Assalamualaikum. Selamat Malam.