24 May 2013

. Rezeki Allah .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. 

Lamanya Aya tak post entry. Berkulat dah blog ni. Apakah ? Hahaha.
 Dah 2 minggu 3 hari Aya stay Form 6.
Classmate semua sporting habis. Seriusly !
  
 Semalam hari yang paling best kat sekolah. Main BINGO sampai gelak-gelak.
Nak terpecah perut gelak. Ya Allah, happynya la. Hahaha.
Classmate laki perempuan sama je. Sampai dalam library pun bising.
Dah ditegur suruh senyap makin bising adalah :D
 
Aya ditempatkan dalam 6 Rendah 2 and guru kelas Aya Sir Ali ;p
Campuran 6 Rendah 1 & 6 Rendah 2 ada 32 orang.
Satu kelas 16 orang. Sikit kan ? Hehe.
Walaupun sikit tetap bising. Haiyooo ;p

Subjek yang Aya ambil :
Pengajian Am, Sastera Melayu, Bahasa Melayu, Sejarah, Muet.
Nampak macam sikit je. Tapi cara pembelajarannya sangat terhad.
Perlu struggle, perlu usaha, perlu cekal. Allahurabbi :')

Cuti dua minggu ni, cikgu dah bagi kerja buat assignment.
Pengajian Am and Sejarah kena buat powerpoint and presentation.
Bahasa Melayu pulak, cikgu bagi kertas suruh hafal. Bukak sekolah ada ujian.
Sastera Melayu kena buat karangan.

Okay, let's read my story for today.

Harini semakan untuk Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA.
Dan dan dan Aya dapat. Alhamdulillah.
Kos yang Aya dapat pun kos yang Aya minat. In sha Allah, Aya akan pergi nanti.

Click gambar di bawah untuk PEMBESARAN !


Okay, yang bawah ni kos yang Aya dapat :


Macamana nak cari kod tu ? Macamana nak tahu kita kos apa ?
Just check guna SMS. Taip UPU POLIILKA *NUM IC*.
Sent ke 15888. Nanti korang akan dapat macamni. Tengok bawah.

Contoh Aya punya :
Tahniah, anda berjaya ditawarkan program EHD65 di POLITEKNIK.
Layari laman web Agensi berkaitan untuk tawaran.
Yang Aya warnakan merah itulah kod dia.
Kat sini korang boleh semak kod and bidang yang korang dapat.

 Form 6 memang bagus sebenarnya. Tapi subjek dia rasanya Aya tak boleh nak skor.
Susah and Aya pasti sangat susah. Hmm.
Haritu punya hati berbelah bagi nak stay Form 6 ke atau p Politeknik.
Tapi, Aya yakin sangat Aya tak boleh nak bawak Form 6.
Yups, Aya tahu kelemahan dan kemampuan Aya.
Jadi Aya buat keputusan untuk pergi ke Politeknik.
Di mana-mana tempat belajar pun boleh berjaya bukan ?
Kena usaha then tawakkal.
Doakan Aya berjaya tau.

TAHNIAH untuk kawan-kawan Aya yang dapat Politeknik okay.
Takpa, walaupun takdapat upu, Allah bagi rezeki dapat Politeknik.
Jangan sia-siakan apa yang Allah beri. Bersyukurlah. Cheers :)
Belajar rajin-rajin supaya masa depan nanti senang.

Yang tidak dapat untuk kedua-duanya, jangan putus harapan.
Still boleh buat rayuan. In sha Allah, boleh dapat.


Dunia sekarang ramai pesaing. Kena usaha lebih.
Aya doakan korang berjaya. Ameen ^^
Wish you luck guys.

Okay, kawan-kawan Form 6, goodbye. Next time kita jumpa lagi tau.
Aku sayang hampa semua. Korang tersangat best ! 
Assalamualaikum semua ;)

2 comments:

AiSyA LiEzA said...

slmt bertunang utk dia!! :) cntik2 n comel2 je budak2 kecik tu..hehehhe xD

نورشافقه بنت محمد جوبير said...

Awak salah comment ni AiSyA. Hehe :D