10 June 2013

. Cousin's Engaged .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum everybody :p

Eh, harini sekolah kan kan ? Haha.
Aya dah pencen dah dari bersekolah ni. Huhu.
Dah takde dah nak pakai baju sekolah semua. Kuikui.
Lupakanlah, harini bukan nak cerito pasal sekolah.


`My heart. My everything. My sibling*

Sabtu haritu Aya p Shah Alam.
Buat apa mai sana ? Haaaa :O
Bercuti ke ? No laa. P umah cousin.
Sebab Ahad cousin tunang. Hehe.

Pukul 9.40 a.m bertolak dari rumah.
Then singgah kampung. Sebab nak konvoi sekali dengan akak sedare.
So, tunggu la diorang sekali. Huhu.
Masuk rumah nenek. Ada Ira. Hahaha.
Makin comel. Cute miut.
Tepat pukul 10.00 a.m kami pun bertolak.


`Muka Ira sama kan macam kartun tu ? Haha :D

Lama jugalah duduk dalam kereta. Kebas dibuatnya -_-
Tapi takdelah jauh sangat Shah Alam ni.
Dalam pukul 1.00 p.m dah sampai.
Sampai tu rehat-rehat tolong-tolong bungkus kek.
Abang pula p amek akak Aya kat KTM.
Sebab akak dari Nilai, Negeri Sembilan.
Dia terus mai Shah Alam.
Pukul 2.30 p.m akak pun sampai. Yeay !

Lepas tu jumpa sorang budak ni, namanya Zara.
Petah betul. Dah la banyak tanya.
Penat jugak nak jawab. Soalan yang dia mesti tanya "kenapa"
Mana tak jenuh nak fikirnya. Hahaha. Dah la comel :D


`Comel tak Kak Ton ? Comel sesangat. Haha >.<

Then, ada la tolong-tolong kupas bawang semua.
Best sangat la gelak-gelak dengan sepupu. Rinduu ;)

Malam tu turun UPTOWN. Cari USB.
Abang lupa nak bawak charger tab -_-
Saja la Aya ikut. Nak jejalan. Huhu.
Risau juga tengok abang drive. Sebab dia tak sihat.
Alhamdulillah, mujurlah selamat pergi dan balik.


Jangan cakaplah, bila balik tu rasa mengantuk sangat :/
Terus naik atas masuk bilik.
Tapi, lepas cousin pasang Lawak Ker Der. Terus tak jadi tidur.
Asyik gelak je. Hahaha.
Tengok cousin yang nak tunang esok sibuk buat assignment. 
Kesian betul. Esok tunang, malam tu kene siapkan assignment.
Dengan inai tak pakai lagi. Tidur lambat la jawabnya dia.
Aya dalam pukul 2.00 a.m baru dapat tidur.
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni susah sangat nak tidur.
Pejam mata lama mana pun gerenti tak terlelap.

Hari keesokannya. Jeng jeng jeng.
Bangun tidur gosok gigi cuci muka. Turun bawah sarapan.
Makan dulu baru mandi. Lapar punya pasal. Hehehe.
Makan Nasi Impit. Alhamdulillah kenyang.
Lepas tu duduk-duduk kat ruang tamu.
Tak lama tu, pakcik and makcik dari Puchong pun sampai.
Ada Umairah omeyh. Rinduu diaaa :D
Salam-salam semua then terus naik atas p mandi.
Lepas siap-siap cantik-cantik then turun bawah balik.
Ada bacaan Yassin and tahlil.


`Syoknya Umairah gelak. Hehe* 

Lepas habis baca Yassin and tahlil. Mulalah, pihak lelaki sampai.
Zaman sekarang tak main pantun-pantun ni. Haha.
Cakap terus je. Betul tak ? 
Malas la nak cerita panjang-panjang,
Tengok jela gambar kat bawah nie ye :p

TAHNIAH untuk Nuratiqah Fatkhul Hatta.
9/06 ni tarikh birthday dia juga.
Kebetulan, tarikh birthday sama dengan tarikh tunang ;)
Sweet 23 years old.



`Cousinku yang cantik. Adik-beradik Tiqah*


Alhamdulillah, selesai sudah semua.
Aduh, akak nak balik. Salam peluk cousin yang tunang ni. 
Sudah, start menangis. Mulalah Aya pun rasa nak menangis.

Bertolak balik semalam dalam pukul 3.30 p.m.
On the way turn Aya nak balik pula, mak dengan makcik pula menangis.
Ya Allah, mujurlah Aya dapat menahan air mata ni.
Yela, bukan selalu jumpa semua sepupu ni.
Jarang berkumpul semenjak atuk and nenek dah takde :(
Lagipun masing-masing sibuk. Nak buat macamana kan :')

Dipendekkan cerita, pukul 7.50 p.m sampailah Aya ke rumah.
Home sweet home. Bye semua. Assalamualaikum.
Terima kasih meluangkan masa disini :)

4 comments:

siti suraya said...

Tahniah untuk sepupu awak. Sangat cantik :)

tenku butang said...

hai.. salam kenal,
follower no.203
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

نورشافقه بنت محمد جوبير said...

Thanks suraya. Doakan untuk mereka ya ;)

نورشافقه بنت محمد جوبير said...

Okay, inshaAllah ^^