15 November 2013

. Appreciate It .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum awak awak yang singgah sini :)

Cerita pagi tadi...
 Jam 6.30 pagi. Alarm bunyi, mak kejut. 

Mak : Ayaaa, bangun bangun tolong mak. *ketuk pintu*
Me : *Keluar bilik. Mamai. Menuju untuk ambil air wudhuk*

Time on the way nak masuk toilet tu... 

Mak : Hah, p solat dulu nanti tolong mak buat Kuah Cara ni.
Me : *Mamai lagi. Angguk je -_-"*

Lepas solat. Tutup lampu. Sambung tidur balik. Hahaha.
Teruk betul anak dara sorang nie. Kahkahkah :p
Mak masuk bilik pastu mak suruh tolong mak buat Kuih Cara tu.
Yela, mak pun nak p sekolah dah time tu.

Niat memang nak tolong.
Tapi mengantuk sangat.
Malam semalam tak boleh tidur.
Aya pun taktahu ada masalah apa Aya ni susah betul nak tidur malam.

Continue...
Then, bangun p la dapur buat Kuih Cara tu.
Memang berazam lepas buat kuih tu nak tidur balik.
Tapi lepas abang-abang Aya bangun daripada tidur tu.
Tak jadi nak tidur balik sebab syok sembang.
Sembang-sembang sambil sarapan pagi.
Kalau ada kakak sekali mesti best.
Tapi tula, kakak pulak dah balik U.

Lagipun harini cadang nak p Teluk Intan dengan abang-abang Aya tu.
Kalau tidur balik alamatnya kene tinggallah aku. Hahaha !

Lepas siap buat Kuih Cara tu, kemas la dapur.
Time tu memang kelam kabut kemas.
Sebab tengok abang-abang dah siap.
Aya pun kelam kabut la persiapkan diri sendiri.
Tahulah macamana perempuan siap kan. Hahaha -,-"

Okay, gerak dulu...


Sampai Teluk Intan, tempat pertama yang kami kunjung...
Tempat nak mohon Baitulmal.
Yang pasti bukan Aya yang nak mohon. Tapi abang Aya yang number 2 tu.
Yela, 25 November nanti dia nak masuk Kuisas.
Sama tempat dengan kawan-kawan Aya :
Jamilah, Syahida and Nawal :p

Hah, sebut pasal kawan.
Harap dapat jumpa Jamilah satu hari nanti.
InshaAllah. Semoga Allah permudahkan ^_^

Bila singgah Baitulmal, terserempak dengan ustaz Aya.
Ustaz yang mengajar Aya mengaji dulu.
Rezeki jumpa ustaz time tu. Nampak sihat je ustaz. Alhamdulillah :)

Then, lepas selesai mohon Baitulmal.
P The Store. Abang Aya ni la nak cari baju Arsenal pulak.
Biasalah, lelaki kan. Mana ada yang tak minat bola. Haish !


 Last-last p The Store tu tak beli pun baju Arsenal tu sebabnya takde.
Apa lagi beli makanan jela. Semua duit abang yang support.
 Untung Aya goyang kaki je. Hahaha.

Lepas beli barang tu, balik la rumah.
Yela, biaselah orang bujang ni nak beli apa sangat pun.
Kerja pun tak. Duit pun tak berapa nak ada :3

Sampai rumah tu, snap-snap pic je. Yela, bukan selalu pun.



 THE END story for today...


 Bagaimana nak puaskan hati orang lain ?
Bagaimana nak jaga hati orang lain ?
Bagaimana dan bagaimana ?
Hmm...

Hidup ini banyak mengajar kita.
Ajar apa ?
Macam-macam.

Bila kita muhasabah diri.
Kita tahu apa jawapannya.

Nama pun kehidupan. Pasti diuji dengan masalah.
Diuji dengan dugaan.
Allah merindui kita sebenarnya.
Dia ingat pada kita. Dia sayang pada kita.
Pernah terfikir tak semua ni ?

Ye, kita memang lebih banyak mengeluh berbanding redha dan bersyukur ?
Betul tak ? Ask ourself.

Belajar... Study... Belajar terima kenyataan... Study jadi tabah...
And believe that...
Yang pahit itu sebenarnya akan manis akhirnya.

Apa yang kita perlu buat ?
Mohon daripada Allah.
Doa doa doa.
Dia sebaik-baik perancang.
Letakkan kepercayaan padaNya.
 Dia tahu apa yang terbaik buat kita :')

Semoga Allah kuatkan kita.
Semoga Allah berikan kesabaran.
Hati sedih... Luah pada Allah...
Dia mengerti segala-galanya.
Dia tahu tersurat dan tersirat yang terbuku di dalam hati kita.

Sekian. Assalamualaikum.

No comments: