04 November 2013

. Final Exam And Holiday .


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum guys ;)
Alhamdulillah, segala-galanya telah selesai.
Mulut kata bahagia, hati kata gelisah.
Hmm, soalan Final Exam lebih susah daripada SPM tahu ?
Pressure rasanya. Kepala pun pening sangat.
Sekarang waktu untuk tawakkal sahaja.
Semoga Allah membantuku.
InshaAllah.

Selitkan gambar dengan lecturer time sebelum Final Exam.


`With Madam Marziana, English Subject*


`With Encik Mohd Azha, Polibriged Subject*

Ok, harini nak cerita sikit pasal apa yang jadi time Final Exam.
Kalau rasa nak baca. Scroll la sampai bawah tau.
^_^

Ahad, 20 Oktober 2013
Tiket bas pukul 9.00 pagi. Bertolak dari rumah ke Lumut pukul 7.30 pagi. Sampai Lumut lebih kurang pukul 8.30 pagi. Then tunggu Shahiba sampai. Dalam pukul 8.50 pagi Shahiba pun tiba dengan ayah dia. Tak lama kemudian, bas pun sampai. Salam mak, cium pipi and salam abah. Ok, then naik bas. Dalam bas asyik mengantuk je. Sebabnya malam semalamnya tak boleh tidur. Entah kenapa pun tak tahu. Bila dah mengantuk, mata pun terlelap. Bangun dari tidur, tengok signboard. Hah ! Dah sampai Penang. Rasa terkejut sangat. Kenapa cepat sangat sampai Penang nie. Hahaha. Dipendekkan cerita, sampai Kangar dalam pukul 2.30 petang. Then ambik teksi kat stesen bas Kangar. Sampai poli dalam pukul 2.50 petang. Turun je daripada teksi, pi gerai depan Poli tu beli makanan. Sampai bilik, Solat Zuhur. Memandangkan perut lapar, lepas solat tu terus makan. Shahiba makan Bihun Tomyam. Yang Aya pulak makan lauk and nasi yang mak masak kat rumah pagi tu. Alhamdulillah, kenyang dah. Then rehat-rehat jap, online. Lepas tengok apa yang patut dalam muka buku and burung biru tu, lepas tu terus offline. Katil dah memanggil. Ingat nak rehat-rehat je kat atas katil tu. Tengok-tengok tertidur. Sedar-sedar terus ambik sembahyang Solat Asar. Malam pulak p study bilik Kak Farihah. Esok paper "CUSTOMER SERVICE". Dah habis study semua. Balik la bilik. Okay, sambung lagi study. Study punya study sampai tak perasan dah pukul 4.30 pagi. Tak rasa ngantuk pun. Ni semua penangan air Nescafe. Serius haritu tak boleh tidur juga. Tidur pun tidur-tidur ayam. Dalam kepala duk menghafal subjek yang nak exam esok.

Isnin, 21 Oktober 2013
Bangun pagi. Kepala rasa berat sangat. Pening. Terus p mandi, Solat Subuh and siap-siap. On the way nak p dewan, baca lagi nota subjek tu. Nak hafal. Nak refresh. Then kiteorang diarahkan masuk ke dalam dewan. Ya Allah sejuknyaaa aircond. Dah rasa beku. Soalan senang ke susah ? Boleh tahan la. Ada yang boleh jawab, ada yang goreng je. Hahaha. Malam tu study untuk subjek "FUNDAMENTALS OF TOURISM AND HOSPITALITY". Subjek ni laa subjek yang Aya paling risau. Sebabnya Aya tak suka belajar bab perlancongan nie. Tapi Aya suka melancong. Hahaha. Malam tu study dengan Shahiba and Ana. Okay. Lepas diorang tidur. Aya la berjaga sorang-sorang study lagi, buat nota sampai pukul 5.00 pagi. Then tak larat dah. Tidurlah. Tapi tak boleh tidur juga. Hmm. Tutup mata, alhamdulillah lama-lama terlelap juga mata nie.


Selasa, 22 Oktober 2013
Aya dikejutkan dengan mimpi yang ngeri. Astaghfirullah, mimpi excident. Bangun tidur dalam keadaan terkejut. Alhamdulillah, nasib baik ia sekadar mimpi je. Tengok jam pukul 6.30 pagi. Terus p ambil sembahyang, Solat Subuh. Lepas tu, sambung buat nota ringkas lagi. Bila dah tak larat, sambung tidur balik. Badan letih sangat. Bangun untuk kali kedua tu terbangun lewat. Cepat-cepat mandi, siap semua. Dugaan sangat hari Selasa ni. Sebabnya perut buat hal. Pastu tudungnya pulak tak betul. Memang agak selekeh hari tu -_-" On the way nak p dewan, hati terasa semakin takut. Rasa risau sangat sebab baca nota semalam pun tak masuk kepala. Rasa nak menangis aje. Tapi, Aya yakin Allah ada untuk membantu. Masuk dewan, dapat kertas soalan. Ya Allah, soalan objektif and soalan esei susah sangat. Tapi cuba jugak buat. Apa yang dibaca malam semalam, banyak yang dah tak ingat :'( Apa lagi, goreng jela. Goreng pisang ! Kalau nak diikutkan ramai yang cakap soalan tu susah. Soalan fakta. Aya pun tak tahu apa yang Aya jawab. Merapu je banyak.  

Isnin, 28 Oktober 2013
Macam biasa, bila esok nak exam, malam tu mesti study. Hari Isnin ni paper TOURISM AND HOSPITALITY PROFESSIONAL DEVELOPMENT. Malam tu Kak Syu tidur bilik Aya. Kiteorang study buat soalan sem-sem lepas. Dan alhamdulillah, bila masuk dewan tu tengok soalan banyak jugak keluar yang tahun lepas punya. Tapi ada jugak jawapan yang goreng. Hahaha.

Selasa, 29 Oktober 2013
Ya Allah, memang mengucap Aya. Hari Selasa ni paper killer. Paper FOODSERVICE SANITATION. Sebenarnya daripada hari Sabtu and Ahad pagi study subjek ni je. Takut punya pasal. Soalan dia ? Okay, boleh tahan. Soalan essay tu boleh jawab la koet. Tapi soalan objektif tu... Hmm, tawakkal jela. Taktahu nak cakap apa.

Khamis, 31 Oktober 2013
Seriusly Aya memang demam MARKETING. Malam Rabu tu Ana datang bilik nak study. Niat dia takmau tidoq bilik Aya tapi akhirnya tidoq jugak. Hahaha. Mula-mula tak berapa risau sangat sebab ingat subjek ni senang. Yela, lecturer sporting yang ajar. Hehehe. Sekali tengok soalan sem-sem lepas mula hati naik risau. Yang bestnya malam tu memang Aya, Ana and Shahiba tak tidoq langsung sebab pulun subjek MARKETING. Mula-mula tak rasa ngantuk tapi lama-lama rasa letih and rasa penat sangat. Lepas tu Aya ajak Ana mandi pukul 4.00 pagi. Okay, tak pernah dibuat orang. Hahahaha. Lepas mandi tu segar sikit. Cuma kepala pening. Mata ni berat sangat. Baca lagi dan baca lagi sampai otak pun jem. Pukul 5.30 pagi tu cuba jugak lelapkan mata tapi tapi... tak boleh tidur. Yang bermain dalam fikiran hanyalah ayat-ayat Marketing yang Aya hafal tadi. Hmm. Bangun tidur Solat Subuh and baca lagi. Sampailah kat dewan, hati ni tawakkal jela. Bila masuk dah dewan tu, memang banyakkan berdoa. Bila dah bukak paper tu, ya Allah... Susahnya soalan. Susah sangat. Yang Aya baca semalam 2, 3 je keluar. Memang sia-sia tak tidur semalam. Didik hati supaya redha. Jawab je semampu yang boleh. Bukan Aya je cakap susah, orang lain pun cakap susah.


Selesai sudah about Final Exam.
Now nak cerita pasal balik rumah pulak. Yeayyy !!!

Khamis, 31 Oktober 2013
Okay Aya jeles tengok orang ramai angkat barang.
Family datang. Keluar masuk kereta -_-"
Sebab Aya balik hari Jumaat. So sad :(
Nasib baik ada roomate Aya yang baik hati nak temankan, Farah.
Hahahaha.

Balik bilik rasa kepala ringan sikit sebab Final Exam dah berakhir.
Tapi tetap risau nak tengok pointer.

Kepala pening sangat tapi nak tidur pun tak boleh.
Ambik keputusan nak sembang-sembang dulu dengan Ana, Shahiba and Farah.
Sambil-sambil tu online sat. Hahahaha.
 Dan akhirnya alhamdulillah Aya dapat melelapkan mata.
Syukur ^^

Aya dikejutkan dengan suara Farah.
"Iqaa... bangun, Shahiba nak balik dah nie."
Dengan muka yang mamai, salam Shahiba.
Bila diorang cakap apa-apa mengangguk je. Hahaha.

Lepas Shahiba balik, Aya pun tidur balik. Hehehe.
Okay, Ana pulak nak balik. K, sedih.
Akhirnya tinggallah Aya dengan Farah je.

Malam tu kami tak buat apa pun.
Online, kemas barang, tengok movie.
Perut berkeroncong, lidah terasa dahaga.
Daripada pagi tak makan tak minum.
Mula-mula telan jela kerepek yang Aya beli semalam kat Koperasi.
Lapar lagi, p makan Maggi pulak.
Alhamdulillah, kenyang.

Duduk Politeknik memang asyik tidur lewat je.
Sebab tak boleh nak tidur awal laa.
Pukul 4.00 pagi baru melelapkan mata.

Keesokan harinya...

Jumaat, 01 November 2013
Tunggu mak abah mai ambik kat Poli.
Telefon mak berulang kali tapi mak kata mak tak sampai lagi.
Hahahahahhahahaha.
Disebabkan pagi-pagi Farah dah berangkat pulang.
Tinggallah Aya kebosanan di dalam kamsis.

Akhirnya Aya terlelap sebab menunggu mak.
Bila terjaga dah pukul 1.30 petang.
Call mak tapi mak tak angkat.
Takpelah, p Solat Zuhur dulu.
Lepas solat telefon mak balik.
Mak cakap mak dah nak sampai.
Kelam kabut aku dibuatnya.
Hahahahahahaha.

Barang tu jangan cakap laaaa.
Banyak k banyak gilaa.
Rasa cam nak pindah pun ada -_-"

Okay sambung-sambung.
Lepas dah bawak turun semua barang.
Cakap dengan mak abah yang Aya nak p hantar kunci.

Sampai ke pejabat kamsis. Kene beratur.
Sampailah turn Aya.

Pakcik : Blok mana ?
Aya : B3
Pakcik : *Bagi buku*
Aya : *Bagi kunci*
Pakcik : Mana tag kunci ni ? 
Aya : Mana ada, memang dapat kunci macam nie.
Pakcik : Takkanlah. Num biliknya mana ?
Aya : Saya memang dapat kunci cmnie. Num bilik ni tercicir.
Pakcik : Kenapa tak tulis balik ?
Aya : *Diam je* -_-"
Pakcik : Dah sign je kat buku tu. Nanti saya check balik.
Aya : Sign...

Seriusly, Aya memang geram dengan Pakcik nie.
Apa dia ingat Aya tipu ke. Hmm.
Disebabkan terlalu geram, nak sign kat mana pun Aya takmau tanya.
Bagus sangat Aya pun p sign kat CHECK-IN.
Padahal kene sign kat CHECK-OUT.
Entah dapat ke tak asrama Aya tahun depan.
Sedih betul dengan dugaan nie T_T

Then, masuk kereta cerita kat mak abah.
Nasib baik diorang memahami. Hehehe.
Reda sikit marah Aya nie.
Mak ada belikan nasi bungkus.
Alhamdulillah, kenyang makan dalam kereta.

Beberapa minit kemudian, sampailah ke Padang Besar.
Cuaca panas terik.
Kat Padang Besar best la jugak. 
Penat tawaf. Banyak sangat gerai and kedainya.
Macam-macam ada. Murah pulak tu.
Pi satu kedai nie.
Nampak teddy bear besar-besar, teringat yang Eera memain nak suh Aya belikan.
Hahahaha. 
 
 Penatnya. Masuk kedai pengantin.
Tanya kat akak tu ada tak Motel kat sini.
Akak tu kata kedai sebelah ni tuan punya Motel.
Pi pulak kedai sebelah, tempah Motel and ambik kunci.
Kali ni nak cerita pulak time dalam Motel.

Motel nie RM50 je semalam.
Bilik air dengan tandas kat luar -_-"
Nasib baik tuan punya Motel tu cakap malam tu just ada kiteorang bertiga je.
Sebab yang tempah Motel kat sini ramai dah balik.
Fuh, legaaaaaaaaaaaa :D

Memandangkan Motel tu dekat je dengan gerai and kedai.
Kami pun kembali keluar jalan-jalan cari barang.
Perut lapar, p makan pulak.
Aya tempah Nasi Goreng Ayam and ABC.

Malam-malam kat sekitar Motel yang Aya duduk tu gerai, kedai semua tutup.
Sunyi je rasa. Gelap gulita.

Malam tu Aya tidur awal.
Sampaikan pukul 3.30 pagi Aya mula terjaga sebab sedar yang mak p tandas.
Time ni rasa sejuk sangat-sangat. Rasa menggigil.
Then after mak masuk bilik balik.
Mak cakap dekat abah nak tutup aircond.
Tapi abah tak bagi sebab katanya panas -_-"
Abah memang pelik. Hahahaha.
Aya pun kembali melelapkan mata.

Then dalam pukul 4.30 pagi terjaga balik.
Ya Allah sejuknyaaaa. Em sejuk !
Nak je tutup aircond.

Pukul 5.00 pagi sedar yang abah bangun.
P tandas agaknya.
Apa lagi, bangun then cepat-cepat perlahankan aircond. Hahaha.
Tapi terasa sejuk lagi ? Haih, tidur jela Ayaaaa :/

Pukul 6.30 pagi mak kejut Solat Subuh.
Aduh, mengantuknyaa...
Bangun Solat Subuh pastu tidur balik.
Mak cuit suruh bangun nak p Sarapan.
 Gagahkan diri untuk bangun.
P mandi, siap-siap.

Yeayyy. Siap dah !
I'm purple today. Hihihi.
Cari gerai. Alhamdulillah, jumpa.
Makan Nasi Lemak and Air Milo panas.
Sedap xD
Pasal makan laju je ye Aya oi. Hehehe.

Lepas makan tunggu jap kedai and gerai bukak.
Lama jugak la tunggu. Pukul 9.00 pagi camtu baru bukak.
Beli-beli barang then p makan lunch sekali.
Lepas perut kenyang, teruskan perjalanan nak balik rumah pulak.
On the way dalam perjalanan nak balik rumah tu.
Singgah R&R Gurun. Solat Zuhur.
Then bila masuk Asar, singgah R&R Gunung Semanggol untuk solat.
Teringat kat Ain Athirah sebab dia tinggal Semanggol ^^

Lepas tu teruskan perjalanan. 
Bila dah sampai Lekir.
Singgah kedai makan untuk makan malam.
Aya order Char Kuew Teow.
Sedap k sedap sangat :')
Hehehehehe.

Dalam pukul 11.30 malam, sampailah Aya kat rumah.
HOME SWEET HOME.

Semalam 03 November 2013.
P jalan-jalan dengan family.
Sungai Besar :p
Tak sabarnya nak tunggu tahun depan nak pakai jubah tu.
Hakhakhakahak !

Malam tu pulak story-story dengan Cik Tikus.
Marzeera. Hahaha. 
Share problem semuaaaa.
Syok k syok.
Paling syok bila cerita pasal Kaya Ball.
Apa benda tu ? Maaf maaf saya taktahu.
Kalau nak tahu tanyalah Cik Tikus kita nie ye.
Hahahahaha.
Tak sangka malam semalam mimpi pulak pasal Kaya Ball :O
Tak diduga okeh -_-"

Semalam jugak.
Tengok tweet-tweet junior Aya, Hidayah Zaed.
Semua tweet sedih-sedih.
Tanya dia kenapa.
Dia kata hati dia sakit untuk kali kedua.
Semoga Allah kuatkan hati Dayah ye.
Akak support dari belakang.
Jangan sedih-sedih :') 

Lepas tu chat pulak dengan Bella.
Dia kata budak kelas ada post kat wechat pasal video reunion.
Hmm, sedih tak dapat join reunion tu.
Takpelah, mungkin bukan rezeki lagi.
Next time inshaAllah.

K, laaa panjang pulak cerita harini.
Harap enjoy baca.

Next entry inshaAllah cerita menarik akan berkunjung lagi.
Assalamualaikum semuaaaaaaaaaa :)

No comments: