30 November 2013

. Perjalanan Pendaftaran Semester 2 .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum... Hai uolss...

Firstly nak ucap big thanks to roomate yang tersayang sebab bagi pinjam laptop + wifi :p
Thanks Hidayah. Thanks sesangat >.<
Excited nampaknya Cik Aya nie. Huhuhu.

Harini Aya nak cerita perjalanan Aya time daftar SEMESTER 2 haritu.
Last post 25 NOVEMBER ? Ahaks, lama jugak dah tak ngedate dengan blog ku ini :)

Jom la start jom.
Bila lagi nak mula kan ?

Eh... kejap-kejap...
Terharu Aya ni tak habis lagi tahu tak ?
Kenapa pulak ? Hahaha. Sebabkan someone nie.
Ya Allah, she makes me touching.
Macam nie, semalam pinjam laptop roomate kojap sebab nak online.
Macam biasa Cik Aya ni suka sangat menstalker orang. Hahaha.
Stalker punya stalker. Ada la terbaca tweet someone ni : "Publish. Updated! :')"
Hmm, hati mula tertanya entry apaaa Cik Tikus ni nak cerita ya ? Hahaha.
Apa lagi, p la stalker ! 
And and... Scroll bawah *Eh, kenapa ada gambar aku tuuu ?* Hati mengomel lagi.
Startlah baca entry tu dari mula sampai habis. Ohhh, nak menangis rasa.
Time tu tengok roomate ada, sekat jugak air mata ni daripada keluar :')
I'm very appreciate her. Tak sangka dia akan tulis entry pasal Aya.
Entry start mula-mula kami kenal sampai kami rapat.
Thank you very very very much yaaa !
Tak boleh nak digambarkan perasaan Aya time baca tuuu.
Memang terharu sangat. SANGAT !
Thanks again Cik Tikus. Love You :D

Okay, seperti yang dihabaqkan tadi. 
I mahu cerita pasal perjalanan I mendaftar SEMESTER 2 kan kan ? 
How much memPOYOSnya I nie. Hehehe. Okay, stop it Aya ! :p

Let's start ! Yuhuuu.

27/11/2013...
Jam menunjukkan jam 7.00 pagi.
Kami memulakan perjalanan kami ke PERLIS.
Dalam kereta tahu-tahulah apa yang Aya buat. Tidur, tidur dan tidur.
Tidur punya tidur. Rasa macam abah memberhentikan kereta.
Bukak mata. Kat kedai makan ! What makan ? Perut tak lapar pun.
Lagipun pagi tadi dah makan SAMOSA buatan mak tersayang :)
Ceh bajet je. Padahal Aya ni kaki makan.
Kalau kawan-kawan tak habis makan, Aya yang tolong penghabiskan.
Hahaha, terukkan ? Rileks, Aya tak suka membazir. Kesian tengok makanan dibuang.
Kecuali kalau Aya dah kenyang sangat, Aya takdelah sumbat jugak makanan dalam mulut.
Agaklah, muntah pulak karang. Hahaha !



Okay, continue...
Time masuk kedai makan tu terasa banyak mata-mata memandang ke arah Aya.
Why ? Ada tak kena dengan Aya ke ? Huuu, abaikan jela -,-"
Aya order Roti Canai + Teh Tarik. Yummyyy ! Kalau pasal makan laju jeee.

Bila perut dah full, teruskan perjalanan.
Bosannya duduk dalam kereta ni. Nak buat apa nie !
Ya Allah, percepatkanlah perjalanan kami.
Mengantuknyaaa... *Tertidur*
Hahaha, mana tak gemuk. Asyik makan tidur makan tidur je -,-"
Lepas dah penat tidur... Nikmati keindahan ciptaan Allah diluar cermin kereta.

Dalam pukul 12.30 sampailah Aya di R & R Gurun, Kedah.
Time ni ada something yang berlaku. Kejap ye...
Sat lagi Aya cerita.
Turun daripada kereta, p makan duluuu kat R & R tuuu.
Makan Nasi Putih + Ikan Keli + Telur Masin + Air Kiwi...

Nak habis makan tuuu, Azan Zuhur berkumandang...
Basuh tangan terus jejakkan kaki ke Surau.
Actually, time ni Aya lampu merah. P Surau tu sebab nak teman mak.
Nampak abang lambai tangan. *Kenapa dia panggil aku ni ? Haish*
Keluar. Then tanya kenapa. And sembang-sembang dengan abang kat luar sebelum tunggu mak selesai solat.

Sembang punya sembang... ???
*Eh, kenapa ada orang pandang kat sebelah ni ?*
*Nak toleh ke nak buat tak tahu ?*
*Banyak soal laaa kau ni Aya, tengok jela*

Kepala perlahan-lahan ditolehkan ke arah kanan. 
Tergamam ! Errr... AZWAAA !
Dah kenapa Aya terjerit nie... Hahaha...
Aya jumpa KAWAN FACEBOOK laaa... Hihihi. Happynyaaa !
Pertemuan tanpa dirancang. Terima kasih Allah kerana pertemukan kami :)
 Eceyyy, macam dah lamaaa kenal pulak dengan Azwa ni.
Memang dah lama kenal but tak pernah jumpa Face To Face.
Excited. Segan. Malu. Bercampur perasaan time tuuu T_T
Aya sebenarnya tak tahu apa soalan yang Aya tanya. Melalut je rasanya.
Sebab apa ? Sebab maluuu okay. Hahaha. 
Azwa malu jugak tapi dia peramah.
Nampak mak Azwa dengan tok dia. Salam. Pastu sembang-sembang kejap.
Nampak mak keluar dari Surau, bagitahu mak yang Aya jumpa kawan Facebook.
Aya gelak-gelak je dengan Azwa. Excited punya pasal ;)

Time nampak mak Azwa dengan tok dia nak jejakkan kaki ke tempat lain,
Aya salam Azwa and cakap, "Alaaa, tak dapat nak tangkap gambar kan ?"
Azwa jawab, "Laaa, nak tangkap gambar ke ? Kejap." Azwa segera mengeluarkan phonenya.
See ? Muka tak malu ajak tangkap gambar. Hahaha.
Sebenarnya Aya tak bawak phone Blackberry yang abang bagi pinjam tuuu.
Ada dalam kereta... Huhuhu...
Kalau tak, dah lama dah ajak Azwa tangkap gambar gunaaa phone abang tuuu.
Jadi terpaksa tebalkan muka mintak Azwa tangkap gambar gune phone milik dirinya sendiri :p
Tapi menjadi persoalan, macam mana Azwa boleh cam muka Aya.
Muka Aya lain dalam Facebook laaa. Huhuhu.
Hahaha, whatever :3
Syukran Allah. Alhamdulillah. Bersyukur sangat dipertemukan dengan Azwa Yasmin ^^

 

After melambai tangan meninggalkan Azwa...
Aya menuju ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Perlis.
Dalam perjalanan tu, nampak lembu mati tengah jalan.
Selama ni nampak kucing atau anjing je mati tengah jalan.
Ni first time nampak lembu mati tengah jalan. Pelik -,-"

Dipendekkan cerita. Sampailah Aya ke Padang Besaq.
Aik kata nak p Perlis ? Kenapa terlajak ke Padang Besaq pulak ?
Saja jejalan, sebab pendaftaran Aya tu esok hari 28/11/2013...
And salah satu sebab jugak, sebab Motel and Homestay dah penuh kat Perlis.
So, tempah Homestay kat Padang Besaq jaaa...



Homestay tu macam rumah teres jee.
Taraaa, kami sudah tiba :p


Nampak kucing kat luar Homestay. Tengok kucing tu macam sakit je.
Eh, perut kucing tu bersemut. Mintak abang angkat kaki kucing tuuu. K, ada bau busuk.
Rasanya kucing ni keguguranlah. Perut kucing tu cam basah-basah bau bangkai.
Kesian sangat, tapi taktahu nak tolong macamana. Hanya mampu melihat sahaja. Hmm :(

Malam tuuu, makan besaaa. Hahaha...
Makan Nasi Ayam + Satay + Burger + Fresh Orange :)
Macam biasa, bila perut dah full. Teruslah balik ke Homestay. Rehattt. 
Sampai kat Homestay masing-masing masuk bilik.
Bilik pulak ada 3. Cukup-cukup je.
Aya satu bilik. Abang satu bilik. And mak abah satu bilik.
Tapi bilik abang takde aircond. Hahaha, padan muka dia ! :p


Mulanya tak boleh tidur, sebab rasa pelik je. Tiba-tiba terlelap.
Bunyi phone, sepupu call. Lepas sembang-sembang dengan sepupu dalam phone.
Tak boleh nak tidur lagi. Rasa ada "benda" kacau. Bunyi macam-macam.
Bila jenguk kat tingkap bilik tuuu. Takde apa-apa pulak. Aish, think positive jela.
Lama-kelamaan terlelap jugak. Alhamdulillah :)

Keesokan paginya. Siap-siap. Kene p awal.
Lagipun Aya bermalam kat Padang Besaq so perjalanan nak p Politeknik ni agak lama.
Pendaftaran pulak start pukul 8.00 pagi-11.00 pagi.

Apa-apa pun, sarapan dulu kat gerai tepi jalan kat Chuping ^^
Makan Nasi Lemak. Sedap ! 
Lepas selesai semua... Teruskan perjalanan ke Politeknik.
Sampai ke Politeknik... Cari parking. Mak abah suruh p daftar dulu.
 Cari kawan Aya. Nak daftar sama-sama.
Nampak Shahiba. Lambai-lambai tangan. Hehehe.
Then, Shahiba suruh daftar dengan Qila sebab dia satu blok dengan Aya.
Shahiba blok B4 -,-"
So, Aya p daftar dengan Qila. Tolong angkat barang dia :)
Tingkat atas sekali ni yang malas nak naik.
Nak tercabut kaki tahu ? Lenguh.
Lepas tolong Qila, turun bawah kejap.
On the way turun bawah, Farah call tanya Aya kat mana.
Aya cakaplah yang Aya kat blok Aya.
Then dia tanya Aya pakai baju apa.
Aya cakap pakai baju warna merah. Hahaha.
Pastu, bila sampai bawah nampak Farah, dia jerit pastu dia peluk Aya.
Hahaha, perangai je brutal tapi hati ada taman. Farah-farah :) 
Sempat lagi Farah cakap, "Eh, awat hang macam dah gemuk ?"
Hahahaha, kuang ajiak. Biasalah duduk rumah makan je tahu :p

Then turn Aya punya barang pulak nak kene angkat.
P tempat kereta, jumpa mak abah.
Then, Aya, abang and mak tolong angkat barang.
Qila pun tolong angkat sekali.
Abah tak larat nak naik atas. Hehehe.
Dah selesai semua. Qila p masuk bilik dia.

Untuk semester kali ni, dalam bilik berdua je.
Time duduk kat katil tu roomate Aya takde. Just barang dia je ada.
Duk pikiaq laaa, sapalah yang akan jadi roomate Aya ni. Harap-harap roomate Aya ni okay je.

After that, turunlah bawah hantar mak and abang.
Diorang nak balik dah :(
Dah sampai tempat parking kereta. Salam mak, abah and abang.
Lambai tangan. Huhuhu. Sayonara~

Naik atas balik. Masuk bilik. Eh, roomate dah ada.
Roomate Aya namanya Hidayah.
Actually, roomate Aya ni kawan rapat dengan Krishna.
Siapa Kishna ?
Kishna ni Aya dah kenal time orientasi SEMESTER 1 dah.


Sembang-sembang je dengan roomate Aya nie. Aya buat cool jeee.
Padahal rasa tak biasa lagi. Biasa laaa baru kenal.
Ambik masa sikit nak bergaul nie. Hmm...
Sembang bukan main rancak. Eceyyy.
Sembang-sembang sambil kemas barang masuk dalam almari ^^

Tengok jam, awal lagi. P makan tengah hari dulu.
Lepas makan tengah hari, naik bilik. Rehat-rehat kejap.
Terasa mengantuk. Tidur kejap. Set jam pukul 5.00 petang.
Tepat pukul 5.00 petang, terbangunlah Aya daripada tidur.
Then, terus jejakkan kaki untuk mandi. Rasa panas -,-"

Setakat ini sahaja rasanya pembebelan Aya kali nie. Hehehe.
Tak ada yang menarik pun kan entry kali nie.
Saja menaip time petang-petang nie :)
Hope enjoy your day. Jaga iman jaga akhlak jaga diri.
Assalamualaikum ^^

No comments: