04 January 2014

. Cerita Lamaku .


Assalamualaikum...Blogku...
Eh ? Salam sejahtera kepada readers yang terjah ke sini :)
Rasanya belum terlambat nak ucapkan, "SELAMAT TAHUN BARU !"
Semoga tahun ini membawa seribu makna buat semua.
Maafkan salah dan khilaf Aya dulu-dulu ya.
Kosong-kosong ^^

AZAM BARU.
SELAMAT TINGGAL ZAMAN 2013 KU YANG LALU.
AKU YANG BARU. KEHIDUPAN YANG BARU.

Sebelum tu, nak ucapkan...
HAPPY BIRTHDAY kat classmate lama.
Afiq Burhanuddin :)
Semoga tercapai segala cita-cita.
Semoga dilindungi Allah di sana.

Lama dah tak update. Lama SANGAT !
Sebenarnya banyak benda nak cerita.
Taktahu nak mula dari mana.

Let's start now !!! Yeah...
Time kat Poli haritu ada pendaftaran PRS untuk ahli baru.
Bukan setakat PRS, PSS and RAPI pun sekali.

Apa benda tu PRS ?
PRS tu PEMBIMBING RAKAN SISWA.
Kalau kat sekolah dulu sebut PEERS, PEMBIMBING RAKAN SEBAYA.
Faham dak ? :D

PSS tu takkan korang taktau.
Kemas-kemas library tu.

RAPI tu apa pulak ?
RAPI tu adalah RAKAN PUSAT ISLAM.

Dan semua ni Aya join.
Ni semua nasihat daripada Kak Syu.
Suruh Aya active sikit.
Actually waktu semester 1 Aya memang duduk dalam bilik je.
Tak masuk apa-apa. Tak active.
Aya memang bukan seorang yang active sejak dibangku sekolah lagi :3

Sejak masuk PRS, PSS and RAPI nie.
Memang active, hari-hari turun.
Bayangkanlah bilik Aya tingkat atas sekali and i'm jog every time. Hikhik.

Takpa, rasa seronok pulak bila active nie.
Bukan sekadar active tapi dapat pengalaman baru ^^
 Terima kasih Kak Syu sebab menyedarkan saya yang malas nie :p

Aya nak cerita pasal PRS.
13, 14 dan 15 Disember 2013 kelab PRS ada anjurkan kem di Kuala Nerang, Kedah.
Dan Aya terpilih. Alhamdulillah.


Ana, Shahiba, Zatie, Dini, Kak Farihah pun join sekaki. 
Kak Syu sebenarnya nak p jugak tapi dia tak sihat :(

Pada petang Jumaat tu 13/12/2013 jam 2.30 kami pun bertolak.
Dalam bas, Aya duduk dengan Shahiba. Ana dengan Zatie and Kak Farihah dengan Dini.
Lama jugak duduk dalam bas tu.
Aip, lupa nak bagitahu. Seramai 32 orang tak silap yang p kem tu.
Macam biasa kaum hawa lagi ramai dari kaum adam. Hahaha.

Hah, sebelum tu.
Demi Allah, Aya terlupa jadual pasal kem ni.
Aya cerita apa yang Aya ingat jela ae.

Continue...
Sesampainya kami di sana.
Kami diarahkan untuk masuk ke dalam Resort.
Fuyooh, class habaq hang. Hehehe.
First time p kem duduk resort. Selalunya duduk dalam khemah kan ?
Dalam resort tu like a dorm and ada aircond sekali. So fun :D

Okay, Aya cerita pasal aktiviti jela ye.
Aktiviti hari Jumaat hingga Ahad.
Boleh kan ?

Aktiviti pertama...
Kami kene tulis satu nama samaran yang tak ada orang kenal.
Means nama special. Main tukar-tukar surat.
Nak tahu tak Aya letak nama apa ?
*MEMORIES :)*
Kenapa Aya tulis nama samaran tu ?
Sebab dalam kehidupan mencipta banyak kenangan.
Kemudian kertas yang ada nama tu kene letak dalam kotak untuk nak buat cabutan jap lagi.

Lepas dah tulis nama tu, masing-masing cabut kertas dalam kotak tadi.
Aya dapat nama *UCUK* Hakhak :D
Dan Aya agak Ucuk tu perempuan.

Aktiviti kedua, kene bentuk satu sandwich.
Time tu Aya dapat telur. Jenuh cari member-member lain nak bentuk sandwich.
Bila dah bentuk kumpulan tu, unit kaunseling suruh angkat tangan siapa dari jabatan JPH.
Dan tersangat ramai jabatan JPH dalam kumpulan kami.
And Aya terpaksa bangun beralih ke kumpulan lain.
Tukar kumpulan.

My new group terdiri daripada :
Abang Ammar, Abang Ejat, Fairuz, Shue, Ija, Zatie :)

Setiap kumpulan diberikan kapur untuk dijaga sampai tamat kem ni.

Aktiviti ketiga kena lukis bendera group and nama group.
Yang paling penting kene bina "trademark"
Lepas tu kene tulis nama masing-masing then letak kat leher. Funny ! 
Rasa macam pakai kad matrik besar gedabak :D
Hasil idea Abang Ammar, kami namakan group kami "MASTER MIND"
Serius enjoy gila :p
Time nak present about bendera tu. Kapur kami hilang.
Pada mulanya ingatkan hilang betul.
Tapi Ija cakap unit kaunseling, Puan Wan and Cik Zila tu dah ambik kapur tu.
Mati la kiteorang. Tidakkk ! Buat cool je :/

Aktiviti keempat...
Aktiviti lukis buah-buahan yang tak pernah ada dalam dunia nie.
Nama, khasiat dan bla bla bla buah tersebut.

Aktiviti kelima...
Buat bulatan.
Kene bentuk menara tak silap. Hahaha.
Ada 3 menara. Menara KLCC dan bla bla. Lupa lagi dua nama menara tu :p

Aktiviti keenam...
Kami diberi satu kertas yang diletakkan huruf bersepah.
Actually, mula-mula memang susah nak selesaikan.
Siap terbalikkan kertas tu nak cari jawapan.
Dan akhirnya kami tahu jawapannya setelah diberikan CLUE ! Alhamdulillah ^^

Selain aktiviti yang diadakan, kami juga kene jawab soalan.
Benda ni dinamakan Ujian Pertauliahan.
Unit kaunseling bagi ceramah pasal PRS dan kiteorang kene jawab soalan.

Next aktiviti ketujuh...
Petang Sabtu, tawaf satu tempat kawasan Resort.
Sebab apa rajin pi tawaf ?
Sebab hari Ahad tu ada Jungle Trekking.

Malam Sabtu tu ada sesuatu jadi.
Nak tahu tak ?
Kami semua kene denda. Denda sebab turun lewat Solat Maghrib. Syok. Hakhak.
Nyanyi lagu "ORANG BILANG" kat depan orang ramai. Siap dengan gaya sekali.
Malu. Yang paling bagus Aya duduk depan -,-"
Dah tu pulak, diorang rakam. Segan gilos.

Aktiviti kelapan...
Aktiviti ikat tali rafia kat maker then kene tarik tali tu.
Means, setiap ahli kumpulan mesti kene pegang tali rafia yang diikat di pen maker.

Tulis perkataan :

PRSP PTSS HEBAT

Lepas kumpulan lain pun dah settle buat aktiviti ni.
Kami gabung semua kumpulan untuk buat ramai-ramai perkataan tadi tu :D
Memang best. Serius best !!!

Last aktiviti...
Kami p jungle trekking hari Ahad tu.
Memang agak mencabar.
Sebab tempat kami jungle trekking tu tahap kedua.

Jungle trekking ada tiga tahap.
Tahap pertama : LEBIH MENCABAR
Tahap kedua : MENCABAR
Tahap ketiga : BIASA-BIASA JE

Pakcik tu kata, biasanya kalau ada budak-budak wat kem kat situ,
Pakcik tu akan bawak kat tahap tiga je.
So, kami beruntung dapat wat Jungle Trekking yang mencabar.
Alhamdulillah.

Okay, now Aya nak cerita pasal nama samaran yang Aya cerita kat atas tadi.
Lepas kami dapat nama samaran masing-masing, kami kene tulis surat.
Aya sebenarnya duk fikir, siapa agaknya yang dapat nama Aya tu.

Sampailah satu masa dimana time buat aktiviti tu,
Kami pas-pas kotak surat tu.
Aya jenuh cari surat tu. And lastnya jumpa.
Cepat-cepat bukak surat tu.

Bila baca surat tu, Aya dah agak dia "lelaki"
Tapi Aya tak tahu siapakah dia ?

Hari seterusnya, Aya dapat surat kedua daripada dia tu.
Bahasa agak sopan. Dia pun kata cemtu kat dalam surat tu. Hahaha.

Tibalah satu hari yang dinantikan.
Sesi tukar-tukar hadiah.
Hari Ahad lepas balik Jungle Trekking tu.

Time ni, serius tertanya-tanya siapalah agaknya dia tu.
And lastly, Aya tak sangka DIA tuuu !!!
Dia tu pendiam sangat. Hahaha.
Aya tak pernah terfikir dia yang akan dapat nama Aya :D
And yang paling malu bila Cik Zila cakap Aya dengan dia sepadan.
Lawak betul... Gelak-gelak je time tu. Kahkahkah.
Bukan apa pun. Aktiviti ni main-main je.
So, Aya open minded. Tak kisah :)

Tutup cerita pasal PRSP.
Sekarang continue dengan bertugas time PILIHAN RAYA !!!
Dalam kelas Aya, ada dua orang classmate yang menjadi wakil MPP.



Seramai 20 orang yang terlibat dalam Pilihan Raya Kampus PTSS.
Aya nak ucap tahniah dekat classmate Aya, Kak Syu sebab dapat undian tertinggi, 940.
Selamat menjalankan tanggungjawab dengan adil ye. Hahaha !





Sekian sahaja kisahku kali nie.
Jumpa di lain hari ya.
Maaf kalau ada kekurangan.
Assalamualaikum.
Selamat Malam.
Have a nice dream ^^

No comments: