23 November 2013

. Semester Dua Yang Bakal Tiba .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warga-warga yang sudi membaca entry saya.
Terharu sih :') Hahaha !


Ehem ehem. Menghitung hari nak balik Politeknik.
Tak sabarnya erm tak sabarnyaaa -,-"

Semester Dua nanti nak pasang niat baru.
Nak berubah. Nak lupakan masa silam.
Walaupun sukar.
Doakan tau tauuu ! :')

Selain itu,
Nak usaha lebih, nak gapai ilmu dunia.
Eh, bukan dunia je tau. Ilmu akhirat pun.
Nak perbaiki diri.
Niat baik ! Harap Allah membantuku.
InshaAllah. Ameen ameen :)

Result Semestar Satu alhamdulillah.
Sebenarnya tak sangka akan dapat banyak tu.
Agak terkejut jugak. 
Sebab usaha haritu nak last-last minit !
Rasa nak menitis air mata time tengok pointer tu.
 Air mata kegembiraan ^^
Terima kasih Allah. 
RezekiMu ini amat aku syukuri.

Dikesempatan ini, Aya nak ucapkan TAHNIAH.
Tahniah untuk siapa ? Kenapa ?
Tahniah kepada sesiapa yang dapat pointer cemerlang.
Tahniah kepada sesiapa yang dapat Dekan/AKJ.
Kekalkan perjuanganmu ini ^^

Yang tak dapat capai sasaran tu.
Takpe, kita ada 5 Semester lagi.
Usaha lagi. Jangan mengalah okay :)

Subjek Semester Dua jangan cakap laaa.
Baca nama subjek tu pun dah rasa cuak.
Hmm, lumrah jadi pelajar kan ?
Kalau tak susah bukan belajar namanya.

Ni subjeknya :

HOSPITALITI DAN PERLANCONGAN DALAM ISLAM
BAHASA ARAB 1
KO-KURRICULUM 2
FRONT OFFICE PRACTICE
HOUSKEEPING MANAGEMENT
BASIC EASTERN & WESTERN COOKERY
THEORY OF FOOD
MATHEMATICS FOR FOODSERVICE OPERATION

See, ada Bahasa Arab kan ?
Bahagianyaaa dapat belajar semula Bahasa Syurga nie :)
Tingkatan 1 until Tingkatan 3 pun ada belajar dulu.
Cuma dulu banyak main and tak amalkan apa yang dipelajari.

Semangat betul nak belajar Bahasa Syurga ni balik. Yeayyy !
Bestnyeee. Tak sabar sangat.
Lepas ni nak tumpukan sepenuh perhatian time lecturer mengajar.
Nak didik diri tidur awal.
Nak try bangun awal and p kelas awal.
Nak berubah. Nak berubah. Nak berubah :(
Harap Allah permudahkan.

Semalam heboh dekat group DHK 1B.
Katanya warden dah bagi number bilik.
Time tu online gune phone je pun.
Lepas tu mintak tolong Shahiba tolong checkkan.

Tup tup Shahiba kata Aya dapat BLOK B6 Tingkat 5.
What Tingkat 5 ? Huwaaa :O
Payah kalau takde air ni.

Bayangkanlah time semester 1 duduk Tingkat 2 pun nak angkut air dari bawah pun tak larat.
Inikan pula Tingkat 5. Tingkat yang teratas sekali tuuu. Huhuhu.

Tapi apa yang menariknya, blok Aya untuk Semester Dua ni dekat dengan Pusat Islam.
And yang paling penting senang nak pi kelas. Hehehe.

Tapi ada yang tak menariknya laaa.
Hmm, blok Aya tu dekat dengan blok lelaki !
Aduh payah. Dengar cerita lelaki kat Politeknik Aya ni suka main mercun ler.
Haiyooo. Tak senang tidur la nanti -,-"
Harap okay-okay sahaja.


Rasa sedih jugak la bila tak dapat roomate semester lepas.
Nak biasakan dengan orang baru ni ambik masa sikit laaa.
Agak segan. Agak pemalu. Poyooonye saya :p
Lagipun tak tahu roomate Aya tu macamana orangnya.
Harap semua sporting.
Redhaaa T_T

Hari Isnin 25/11 ni dah nak hantar abang daftar kat KUISAS.
Sedih youuu. Takpe mujurlah dia belajar kat Kuala Kangsar je.
Kalau jauh, maybe jarang balik macam Aya laaa.

Lepas hantar abang,
InshaAllah kalau sempat nak singgah sekolah lama sekali p ambik Sijil SPM.
Selang beberapa hari dari tarikh hantar abang, Aya pulak akan tinggalkan rumah. 
Bertolak awal 27/11/2013 sebab daftar 28/11/2013.
Macam biasalah tempah Motel. Bermalam sehari kat situ.
Habis dah perkongsian hari nie.

Next time kalau ada story I kongsi lagi ae. Hahaha :D
Tunggu tau, tunggu laaa. Lama sikit pun takpe.
Kalau lama sangat maaf tau. Hahaha.
Otak tak betul dah ni :3
Goodnite semua. Assalamualaikum.

Ops lupaa nak pesan.
Jangan lupa baca doa sebelum tidur.
Ye ye ? Jangan lupa tau pesanan tulus ikhlas daripada Aya nie.
Aiyooo, cukuplah. Merepek sudah.
Hihihi. Maafkan saya naaa. *Lambai jari*

2 comments:

Teena Tna said...

Tahniah & best of luck in your studies!

نورشافقه بنت محمد جوبير said...

Thank you. InshaAllah. Tolong doakan ya ^^