17 June 2014

. Oh Teratakku Oh Politeknikku .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum stalkers hari ini dan hari seterusnya :p

Cuaca tak menentu sekarang.
Kadang sejuk kadang panas.
Tapi cuaca sekarang ni selalunya panas.
Panasnya ya Allah berbahang.
Betul tak ?

Hmm. Rasa macam nak kemarau.
Haritu ada tengok video pasal tanda-tanda kiamat.
Di antaranya KEMARAU :(
Ya Allah, takutnya. 

HARI INI ? Hari ni berapa haribulan ae ?
Apa !? 17/06/2014. Ceh buat terkejut pulak Aya ni lahai.
Hahahahahaha -,-"

Kejap...Rasa macam nak tergelak bila baca tajuk entry atas ni.
Hahahahahahahahahahaha. Merepek sungguh tajuk tu.

Esok. Yes esok nak balik Perlis untuk meneruskan perjuangan.
Actually, pendaftaran semester 3 ni 19/06/2014.
 Bertolak awal sebab takut tak sempat nak daftar.
Yela pendaftaran bukak start pukul 8.00 a.m-11.00 a.m.
Jadi memang selalunya, bila nak daftar untuk semester baru, akan bertolak sehari awal.

Barang dah kemas lama dah.
Hahaha. Punyalah excited nak balik poli.
Bukan apa, kat rumah pun buat apa je kan.
Baik settlekan barang-barang untuk balik asrama :3

Macam post Aya yang lepas. Aya cakap mak tak ikut p daftar nanti.
Tak bestnyaaaa ! Abah and abang aje yang pergi hantar.
Hua hua huaaa. Tapi nasib abang Aya la kan kene angkut barang Aya nanti.
Dahlah barang Aya banyak. Sure Aya suruh dia angkat barang yang paling berat.
Hahahaha. Padan muka dia. Dibuli dengan teruk sekali. Huhuhu.
Abah sakit kaki. Memang takkan suruh abah yang angkat.
Biaq abah landing dalam kereta. Kalau abah nak tolong jugak...
Mintak dia angkat barang yang paling ringan :)

Cuti 2 bulan nie. Ermmm. Sejujurnya amatlah bosan.
Sebab duduk rumah je. Hari-hari buat benda yang sama.
Kalau keluar pun pergi Teluk Intan and kenduri je. Hahaha.

Tapi takpe. Cuti nie Aya dah pandai guna whatsapp.
Ok. Tolong tepuk tangan untuk diri sendiri -_-" Hahaha !
Punyalah kuno Aya ni baru reti nak guna whatsapp.
Selalunya Aya guna wechat je.
Tapi bila guna whatsapp ni. Memang dah lupa dengan wechat.
Bukan apa. Wechat ni susah sikit nak dapat line.
Kalau whatsapp tu lajuuuu macam kilat. Hahaha.

Dan disebabkan cuti ni jugak.
Aya dapat contact member Aya yang dah 2 tahun menghilang ditiup taufan. Hahaha.
Lama kan ? Bayangkan 2 tahun menghilang kemudian muncul balik.
Memang macam halimunan biskut betul dia tu. Hahaha.

"Thanks ok sebab buat aku happy untuk 2 bulan ni.
Sebenarnya tak sampai 2 bulan pun. Betul tak ? Huhuhu.
Walaupun hang suka membahan aku. Tapi takpe, aku suka balas balik. Hahaha.
Memang jujurlah syok berkawan dengan hang. Sporting habis.
Walaupun aku dah start belajar, aku harap kita still contact la.
Thanks sebab sudi kongsi cerita dengan aku.
And maaf kalau aku ni terlalu memaksa hang untuk menceritakan masa silam hang tu ye.
Maaf selalu kacau hang bila hang tengah sibuk.
And maaf jugak kalau-kalau aku buat hang terasa hati ke kan.
Perghhh, ayat aku tak boleh blah sungguh. Mohon jangan terharu baca ni weyh.
Hahahahahaha :'D "
(Tengok aku tulis pasal hang. Cuma nama tak dimention. 
Nanti hang malu sebab hang kene bahan dengan aku sekarang ni. 
So nama dirahsiakan. Wakakakaka. Puas hati ! 
Jangan marah nanti kene jual :p)

Aya nak ucapkan thanks jugak kepada kawan-kawan Aya yang lain.
Yang sanggup berwhatsapp or meseg or call Aya untuk cuti semester ni.
And melayan karenah kegilaan Aya ni tau tauuu.
Maaf terkadang balas lambat. Hehehe.

Untuk adik angkatku, Adik Ain.

"Thanks adik sebab sanggup habiskan kredit.
Semata-mata ingin melayan akakmu yang mereng nie. Hehehe.
On the phone sampai berejam kot. Thanks sangat :D
Tahniah dapat tawaran belajar kat KUISAS. 
Sayang je kan, dapat tawaran kat poli akak tapi baru tahu lepas adik bayar yuran KUISAS tu.
Punyalah terkejut akak bila dapat tahu adik dapat poli akak.
Tapi sedih sebab adik tak dapat nak apply situ.
Mungkin belum rezeki kita jumpa kan. Hmm.
Takpelah kat KUISAS pun okaylah.
Abang akak pun ada kat sana kan :3
Belajar rajin-rajin. Jangan lupakan akak kat sini ok. 
Maaf kalau akak tak boleh jadi akak yang terbaik buat adik. Love you :'p"

Hari Khamis minggu lepas keluar result untuk no bilik.
Aya dapat bilik 4 orang.
And alhamdulillah Aya dapat satu blok dengan kawan rapat Aya.
Cumanya... Roomate Aya semuanya senior sem 5.
Ya Allah, punyalah tershock. Hahaha.
Harap mereka ok and sporting la.
Aya tak mintak lebih pun. Aya cuma mintak persefahaman je :)
First time satu bilik dengan senior ni.
Doakan Aya tau.
 Agar semuanya baik-baik je.

Alhamdulillah, surat-surat untuk daftar Khamis ni semua dah settle.
Thanks kat Qila sebab tolong Aya printkan surat tu semua.
Almaklumlah dakwat printer Aya problem :O

Sekarang ni tinggal nak daftar subjek je.
Yela. Disebabkan PENASIHAT AKADEMIK tengah sibuk.
Jadi tak boleh nak settlekan benda ni.
Takut salah.

Okay nak cerita sikit subjek yang akan Aya ambik.
Subjek semester ni :

AE 301 : Communicative English 2
AS101 : Soft Skills
AF 203 : Foreign Language (Arabic 2)
AW 101 : Occupational Safety And Health
HH 308 : Hotel Information System
HH 309 : Food And Beverage Services
HH 310 : Baking And Pastry
HH 311 : Halal Practice

Rasa macam susah je semua -,-"
Bukan belajar la kan kalau tak susah. Hehehe.
Okay wish me luck for semester 3.
InshaAllah, akan tingkatkan pointer lagi untuk semester ni :)
Ameen.

AZAM BARU :
Sibuk macamana pun jangan sekalipun tinggal solat.
Banyakkan amalan sunat.
Rajinkan diri untuk mengaji and baca Al-Mathurat.
Dah tak boleh main-main.
Dah tak boleh buat kerja last minute.
Dah tak boleh tidur lambat.
Dah tak boleh bangun lambat.
Kene pergi kelas awal.
Dalam kelas kene tumpukan sepenuh perhatian.
Cuba jangan mengantuk bila lecturer tengah mengajar.
Rajinkan diri untuk menulis nota-nota.
Jangan malas !
Study balik subjek yang baru belajar.
Tak kedekut kongsi ilmu.
Jaga hati kawan-kawan. Jangan sakitkan hati diorang.
Jangan riak, takbur, bongkak bila ada kelebihan dalam apa-apa subjek.
Sentiasa senyum even ada masalah.
Didik diri untuk banyak bersabar and bersangka baik.
Jangan makan banyak. EH ? Masuk jugak ke ? Hahaha. Pun boleh.
Aya perlu ubah semua nie.
Hope Aya dapat mengamalkan semua ni dengan lancar :D

Aya akan bertolak selepas Solat Subuh esok.
Harap perjalanan kami selamat.
Ameen.

Kita jumpa di entry akan datang.
Dan semestinya entry tersebut time menyambut Aidilfitri.
Cehhh. Over je. Hahaha.
Tak sabar nak jumpa kawan-kawan poli.
Nak tengok makin gemuk ke makin kurus ke diorang tu.
Makin cun ke, makin sihat ke. Hihihi. Rindu la katakan.

Ingat lagi kata Farah,

"Weyh, nanti time daftar poli. Hang jangan tegur aku dulu tau.
Biar aku yang tegur hang. Sebab kawan aku cakap aku dah gemuk.
Hang jangan buat-buat tak kenal lak bila aku tegur hang. Hahaha."

Masalah betul Farah ni. Ada ke dia kata begituuu.
Memang gelak berdekah-dekah la Aya.
Sampai terkeluar anak tekak. Hahahahahaha.
Okaylah, dah melalut dah ni. Hehehe.

Assalamualaikum semua.
Have a nice day.


No comments: