02 August 2014

. Cerita Raya .


Assalamualaikum.

Salam saudara SELAMAT HARI RAYA.
Takbir bergema Syawal sudah pun tiba.
Miskin dan kaya semua sama sahaja.
Alhamdulillah syukur pada Yang Esa.
Anugerah Syawal seindah Ramadhan.

Sudah... Nyanyi pulak. Hehehe.
Haaa ! Buat ape tu ? Stalker ye ? KANTOI !!! Hahaha.
Sihat tak semua ?
Macamana Raya ? Best tak ?

Bagi Aya, tahun ni Raya paling buzy.
Sebab apa Aya cakap macam tu.
RAYA PERTAMA SAMPAI RAYA KELIMA...
Aya takda kat rumah. Waktu pagi-petang jela.
Malam pulak sedara mara datang bertandang.
Meh nak share sikit... SCROLL !

RAYA PERTAMA :

Lepas Solat Subuh pada pagi tu. Mak cakap abah tak berapa sihat.
Semalam abah cirit birit and muntah. Jadi mak decide nak p beraya petang.
Last-last tak jadi sebab abah dah okay sikit.
So dapat jugak balik kampung mak pagi tu even lambat sikit.

Sebelum menunggu kaum adam di rumahku pulang dari Solat Sunat Hari Raya...
Isilah balang kuih semua. Susun gelas, sudu garpu and bla bla bla...
Selesai semua, persiapkan diri pulak. 

Bila diorang dah balik, buat sesi bermaafan pulak.
Time ni rasa sebak sikit.
Entah kenapa rasa nak menangis je.
Tambah-tambah bila peluk mak :')

Memandangkan kakak ku bakal kahwin tahun depan, inshaAllah.
 Jadi Aya ajak tangkap gambar family kat kedai untuk kenangan.
Ramai jugak kat dalam kedai tu.

Dah selesai tu, teruskan perjalanan ke kg mak pulak.
Kg mak dekat je dengan rumah.
Dalam 5-10 minit pun dah sampai.

Sesampainya di kg mak...
Dekat sebelah rumah nenek, ada rumah pak long & pak uda.
Jadi rayalah 3 buah rumah tu dulu.
Ingatkan nak raya rumah sedara lain.
Tapi tengok jam dah masuk 1.30 petang.
Cuaca pun panas time tu.
Jadi tak larat.
Lepas beraya 3 buah rumah tu balik la rumah.

Alangkah bahagianya kalau arwah nenek and atuk masih hidup.
Mesti best !!!
Rindu zaman kecik-kecik dulu.
Main bunga api dengan sepupu-sepupu. Huhuhu.




Adik-beradik mak. Lagi 3 orang takde dalam gambar.

Malam tu family Pak Uda datang beraya rumah.
Sempat jugak tolong mak masak Mi Goreng.


RAYA KEDUA

Kalau semalam beraya kat kg mak.
So, raya kedua ni raya kat kg abah pulak.
Tapi pagi tu p beraya rumah sedara belah mak kejap.
Then balik rumah balik sebab adik abah nak datang raya rumah.
Lepas Zohor, baru bertolak ke kg abah.
Raya kat rumah opah, rumah pak ngah and rumah makcik je.
.
Malam tu pulak, keluarga pak ngah datang rumah.
Dengan anak-anak and cucu dia.
Meriah rumah Aya malam tu. Hehehe.



RAYA KETIGA

Disebabkan Raya pertama tak dapat habiskan Raya di rumah sedara lain.
So, raya ketiga ni la peluang nak penghabiskan. Hahaha.
Raya dua buah rumah macam tu.
Pastu Aya, akak and abang-abang Aya terpaksa beredar.
Sebab nak anta akak Aya p rumah kawan dia.
Kawan dia tunang. Aya temankan jela.

Balik je rumah. Family belah abah, Pak Andak and adik bongsu abah datang rumah.
Bukan diorang je. Family adik ketiga belah mak pun ada sekali.

Malam tu lepas Maghrib kat kg mak ada buat BBQ and Tahlil kecil-kecil je.
Yela. Semua family ada time tu.
Walaupun penat. Tapi tersangatlah best.
Dapat berkumpul dengan semua sepupu-sepupu.
Dalam pukul 1.00 pagi jugak balik rumah.



Batch'95. Sepupu kesayangan :*
Tengok ! Aya je lahir bulan lain.
Semua ada pasangan :/ Hehehe.
Kebetulan pulak pasangan sepupu Aya nie sedondon warna baju :p


RAYA KEEMPAT

Time raya keempat ni. Aya ke Manjung sekali beraya rumah kawan Aya.
P Manjung pun sebab nak cari hotel nak buat praktikal sem depan.
Actually, tak ready nak praktikal untuk sem depan. Hmm.
Semoga Allah permudahkan urusanku.
Dalam pukul 12 tengah hari sampailah rumah kawan Aya tu.
Family dia hidangkan Spagheti. Sedap ! 
Tapi tula Aya tak suka sangat Spagheti. Telan jugaklah kan :)

Lepas kenyang tu, p la jalan-jalan situ cari hotel tu.
Adalah 3 hotel yang kami dapat cari. Alhamdulillah.
Sekarang ni cuma nak pilih hotel yang terbaik di antara 3 hotel tu.
Selphie kojap ! Hihihi.


Malam tu sepupu sepapat pokcik mokcik belah mak pulak yang mai raya.
Kecoh rumah ! Best ! :D


RAYA KELIMA

Tak kemana pun time ni.
Cuma temankan akak p beraya rumah yang pernah jadi jiran disebelah rumah Aya dulu.
Sebab akak ada tempah baju kat anak jiran tu.
Alang-alang berayalah sekali.
Akak, Aya, Abang, Sepupu.

Lepas beraya rumah jiran tu. Fikir-fikir jugak nak raya rumah sape pulak.
Jadi akak terus call kawan dia. Tapi tak angkat pulak.
Tak jadilah beraya rumah kawan akak tu.
Dah alang-alang jalan ke Teluk Intan tu, singgah la Giant kejap.
Lagipun abang nak p Solat Jumaat.
Jadi abang tinggalkan kiteorang kat Giant tu.
Aya pun nak cari logo-logo halal untuk assignment.

Lepas selesai abang Solat Jumaat.
Disebabkan sepupu tu nak beraya dengan family dia.
Jadi p la hantar dia balik kat rumah nenek. Tumpang Solat Zuhur sekali.

After solat, kami patah balik ke Simpang 4 untuk makan KFC.
Hahaha. Buat penghabis duit minyak main patah balik.
Takpe bukan selalu pun :3


RAYA KEENAM

Pagi tadi lepas Solat Subuh Aya dapat ws daripada kawan Aya.
Dia nak datang rumah.
Disebabkan Aya punya bateri kong ! Aya sambung jela tidur. Hahaha.
Dalam pukul 8.00 pagi tu, tak sangka pulak dia p telefon number rumah.
Terkejut Aya. Hahaha.

"Thanks for Fahmi & Din sebab sanggup jauh-jauh mai rumah aku"
"Sorrylah kalau layanan aku tadi sempai-sempoi je. Hahaha"
#KAWAN VOKAY 11/12#


Pukul 9.30 malam tadi, kawan sekolah rendah, Hamudah and Najwa pulak datang.
Rinduuu dengan diorang. Lama dah tak jumpa.
Even rumah satu taman je.


TAMAT CERITA PASAL RAYA.
ESOK NAK BALIK PERLIS.
ARGHHH MALASNYA !
ASSIGNMENT TAK SIAP.
BAJU TAK KEMAS.
APA NAK JADI DAH DENGAN AYA NI.
MALAS TIBA-TIBA. HAHAHA.

Jumpa di next entry.
Assalamualaikum.

No comments: