05 August 2012

. Kamalia Kamaruzman .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Sedar tak sedar, dah nak masuk setahun setengah Kamalia meninggalkan kita. Memang susah nak percaya yang sekarang dia tak ada lagi. Tapi, kena REDHA dengan ketentuan Ilahi. Dia lebih menyayangi KAMALIA. AKU RINDU KAU LIA :'( Aku sedih sangat sebab tak dapat nak tengok jenazah kau. Aku kat hostel time tu. Aku hanya dapat sedekahkan DOA Lia. Aku sayang kau, aku tak sangka kau pergi cepat sangat. Tapi siapalah kita nak menolak takdir dan KETENTUAN Ilahi. 
Hari ni aku nak share WASIAT TERAKHIR arwah:

AKU AKUR


Aku mengerti hakikat kehidupan ini
Tak selalunya indah
Tidak semua yang diingini akan dapat dikecapi
Kekadang yang sudah dalam genggaman
Boleh jatuh bertaburan...

Langit tak selalunya cerah
Ku sangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari
Aku mengerti aku harus tunduk pada kehendak Ilahi
Aku tahu aku harus tunduk patuh pada percaturan alam
Siapa aku untuk membantah...

Tetapi aku juga manusia
Punya hati punya jiwa
Namun aku hanya insan kerdil 
Yang tidak punya harta tidak juga kuasa
Hanya mampu mengikut rwntak dunia
Aku akur...