15 September 2012

. School Eid Fitr .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum. 

Semalam kat sekolah ada Hari Anugerah dan Sambutan Hari Raya.
Pukul 5.30 pagi dah bangun pagi dah.
Pagi tu Aya pening kepala kot. Rasa tak mahu pergi sekolah.
After mandi, alhamdulillah pening dah kurang dah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Turun kat tapak rocall pukul 7.00 pagi dengan berpakaian Hari Raya la. Macam-macam fesyen baju dan tudung Aya tengok kat Aspuri. Semua cantik-cantik dan berseri semalam :) Lepas tu kiteorang tunggu warden sampai. Tengok-tengok takde pulak warden. Kiteorang pun bergerak ke Dewan untuk Hari Anugerah. Setelah berjam-jam tunggu aktiviti bermula, kiteorang diarahkan untuk duduk kat sebelah atas. Then, aktiviti pun bermula dalam pukul 9.00 pagi. After habis Hari Anugerah, kiteorang dijemput makan at depan bengkel Katering. Macam-macam juadah yang sedap ada at situ. Tapi Aya tak makan semua la. Sebab dah kenyang. Lepas tu, tangkap gambar apa lagi kan :) Tapi apa yang sedihnya, tahun ni apa yang Aya harapkan nak bergambar 1 kelas tak dapat. Dua orang kawan Aya tak de. So, tak dapat la nak snap sama-sama. Nak dibandingkan Raya tahun ni dengan Raya tahun lepas, Raya tahun lepas lagi syok sebenarnya. Sebab, Raya tahun ni sambut hari Jumaat, Jumaat kan masanya pendek. Yela, Kaum Adam kan kena tunaikan solat Jumaat. Tahun lepas wat hari Sabtu time ganti sekolah. So, masa panjang.

Lagipun tahun lepas budak kelas Aya yang handle jamuan tu. Tu yang best tu. Apa-apa pun enjoy dengan aktiviti semalam.


 `Nasyid Pra-sekolah* 


 `Kumpulan nasyid*

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
After selesai, dalam pukul 1.00 petang Aya pun balik. Sebelum tu, tunggu Atikah p balik dorm dulu. Nak ambil surat kebenaran pergi kem. Tunggu la kat kelas. After Atikah sampai kiteorang pun balik. Sampai stesen bas, dapat tahu pulak tiket pukul 1.00 petang dah habis. Tanya tiket 2.30 petang pulak. Makcik tu kata tinggal dua je. So, terpaksa ambil tiket pukul 3.30 petang. Lama tu nak tunggu sampai 3.30 petang. Sementara nak tunggu pukul 3.30 petang, kiteorang pun jalan-jalan. Alhamdulillah, dapat tahu Atikah kata ayah dia nak ambil kiteorang kat Ipoh. Huihh, selamatlah. Kalau tak entah sampai pukul berapa la kiteorang kat rumah. Sampai Ipoh dalam pukul 5.00 petang. Bila ayah Atikah dah sampai. Kiteorang pun naik. Ya ALLAH, jem la pulak dah. Memang lambat Aya sampai kat rumah macam ni. Lepas tu, dalam pukul 8.00 malam Aya sampai kat stesen bas Teluk Intan. Time tu mak abah dah lama tunggu dah sebenarnya. Kesian diorang. Aya minta maaf sangat-sangat :'( Sebab tiket habis, kesian mak abah terpaksa tunggu. Dipendekkan cerita, sampailah Aya kat rumah pukul 9.00 malam.

Sekian, terima kasih.
Haha, panjang betul ceritanya :)