Bismillahirrahmanirrahim.
Typingggg...
Assalamualaikum ! :)
Harini dah masuk dua hari Hamudah p sambung belajar.
Typingggg...
Assalamualaikum ! :)
Harini dah masuk dua hari Hamudah p sambung belajar.
Punya jauh dia apply. Kedah bantainya. Ya Allah -_-"
Budak ni saja nak jauhkan diri dengan Aya and kawan lain agaknya. Hahaha.
Aiyoo, think positif Aya. Hikhik :p
Baru dua hari dia pergi rasa bertahun-tahun kehilangan seorang sahabat.
Rasa lain sangat. Pagi tadi p kenduri. Tapi just dengan Najwa.
Eyana p Tanjung Malim teman tok dia.
Amirah pulak p KL tak silap.
Syahida masuk PLKN pulak. Lahai.
Tu yang p berdua aje.
Hamudah ni jenis kepoh, mulut bising sikit.
So, tak bosan kalau dengan dia. Hakhak.
Aya RINDU nak kumpul ramai-ramai macam dulu.
Time p Pusat Latihan Memandu la Aya rasa yang paling best.
Kawan-kawan Aya semua awesome.
Yeah, diorang kawan Aya daripada kecik until now.
Tak sangka boleh rapat sampai macam ni :')
Hari Selasa 7 Mei 2013 haritu Hamudah ajak p Tapah.
Tapi sayang, Aya and Eyana tak dapat p.
Ade hal. Yela, Aya kan kene jaga Ira and Umairah time tu.
Maybe next time.
Hari Khamis petang pulak, Hamudah ajak sembang-sembang kat rumah Eyana.
Tapi time tu Aya tengah edit blog. Tak ingat pape time tu.
Malam Khamis tu baru Aya sedar selepas dapat inbox daripada Hamudah.
Assalamualaikum Syafiqah. Aku nak mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan kau
tau. Terima kasih kerana sudi menjadi kawan dan sahabat aku. Sudi mendengar
masalah aku. Aku terkilan sangat kau tak nak jumpa aku petang tadi. Tapi aku tak salahkan kau pun. Aku faham kau mesti penatkn baru balik sekolah. Terima kasih kerana
sanggup menjadi kawan dan sahabat yang baik buat aku. Korang la pengganti arwah
umi aku. Walaupun pada hakikatnya tiada siapa yang boleh ganti tempat seorang ibu kan ? Kalau panjang umur dan murah rezeki kita jumpa lagi. Aku bersyukur kerana
Allah bagi aku kawan-kawan yang baik seperti korang. Aku sayang korang. Assalamualaikum sahabat :)
Subhanallah, terharu baca inbox dia. Rasa nak menangis aje time baca ni tahu. Hmm, Aya rasa bersalah sangat sebab tak spend time dengan dia time petang Khamis. Sorry sangat Hamudah :'(
Tak lama lepas tu. Kat Facebook, dia buat status and dia tag untuk sahabat-sahabat dia.
Nak baca apa yang dia taip ?
Ya
Allah, andai sahabatku sesat dalam kabus perasaan, bukakanlah hatinya
agar menerima petunjukMu. Andai dia diasak oleh 1001 godaan nafsu,
bantulah dia dengan benteng imanMu. Andai dia kecewa dan terluka,
balutlah jiwanya dengan kehebatan ayat-ayat suciMu.
Tengok, Hamudah saja nak bagi Aya menangis. Kejam kejam. Hahaha.
Ayat dia semua sedih-sedih. Mahunya Aya tak menangis :p
Menangis dalam hati je. Air mata keluar sikit je ^^
Pagi tadi dia ada sent message kat phone.
Hamudah : Assalamualaikum, nenek. Hangpa tak p kenduri ke ? Hehe.
Aya : Wasalam, aku p dengan Najwa. Yana p Tanjung Malim teman tok dia.
Hamudah : Okay je. Untunglah. Hehe. Aku dalam perjalanan nak p kuliah.
Aya : Untung ? Banyak la hang. Cey, budak kolej :p
Aya : Untung ? Banyak la hang. Cey, budak kolej :p
Hamudah : Haha... Okay. Hmm, bosan la. Tak sabar nak balik Perak. Rindu gila dengan korang.
Kesian Hamudah. Aya dapat rasakan dia tak happy kat sana.
Hmm, it's okay. Maybe first time kan.
PESANAN :
"Hamudah, lama-lama kau akan biasa dengan cara hidup kat sana. Kau jaga diri okay. Kiteorang takkan lupakan kau. Kau takde ni, aku rasa lain sangat. Memang ikhlas aku cakap. Hmm, kalau salah seorang kawan aku takde aku rasa tak happy. Susah senang kita bersama. Yang paling penting, ukhwah kita tak habis setakat ini je. Dengan izin Allah, ukhwah kita berkekalan. Jaga akhlak."
Precious memories with her :')
Lepas ni jaranglah nak sembang-sembang lagi. Hehe.
Sebab Hamudah ni macam ketua.
Kalau nak p mana-mana mesti dia yang meseg, dia yang tanya.
Kalau dia takde, rasanya pasar Rabu dah tak p dah :D
Assalamualaikum semua ^^
4 comments:
sahabat sjti mmg susah kita nak lupa n mmg ssh nak cari... smga terus bjya!! :DD
bestnya kalau semua orang tau hargai sahabat sendiri =)
Betul tu AiSyA. InshaAllah. Thanks :)
Kan jann sinuja ? Tapi mustahil kalau semua orang cemtuu :')
Post a Comment