16 June 2013

. That Time .


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum sahabat sekalian. 

Tak sangka dah masuk bulan enam dah.
Ya Allah, cepatnya masa berlalu. 
Masihkah ada kesempatan untuk menikmati bulan Ramadhan tahun ni.
In sha Allah. Semoga Allah memanjangkan umur kita semua.
Allahumma ameen.

Tengok jam, tepat jam 12.01 a.m. Dah masuk hari Ahad.
Semoga harini lebih baik daripada semalam.
Ehem ehem, hye yang tengah baca tu. Sihat tak ?
Kalau sihat alhamdulillah. Aya pun sihat juga. *Sep sikit*
Semoga hari esok Allah bagi kesihatan yang baik juga. Ameen.

Haritu Aya ada bagitahu Aya dapat Politeknik kan ?
Ya, harini Aya akan bertolak ke utara, negeri Perlis.
Sebelum ni, Aya tak pernah jauh dengan keluarga.
Melainkan dalam kawasan Perak je.
Sedih memang la sedih. Apa nak buat, dah rezeki di situ.
Lagipun nak kejar cita-cita kenalah berkorban :')
Dalam pukul 7.00 pagi nanti nak bertolak ke Perlis dah.
Saja posting awal entry ni. Takut tak sempat taip nanti. Hehe.
Sebenarnya hari pendaftaran esok 17 Jun 2013.
Tapi kan Perlis tu jauh, so bertolak harini la.

Alhamdulillah, tak sangka ex-classmate Aya dulu satu Politeknik dengan Aya.
Ada 3 orang. Siapakah mereka ?
Dhabitah, Syakirah and Adila.
But Adila masuk lewat sikit sebab ada exam.
Bersyukur sangat ada kawan. Hehe.
Taktahu la bila sampai sana nanti, tiba-tiba ada jumpa kawan lama kan ?
Setakat ni tahu 3 orang ni je satu Poli dengan Aya.

 Paling tersentuh bila nak tinggalkan kawan-kawan 6R1 & 6R2.
Even tak berapa rapat sangat.
Dan sekadar sementara je meluangkan masa dengan diorang.
Tapi, terasa lagi gelak tawa diorang, dengar bunyi kecoh dalam kelas.
And ingat lagi, sebelum cuti 2 minggu haritu, tak sangka itu kali terakhir 
dapat gelak tawa dengan diorang. Nak tahu Aya main apa time tu ?
Main BINGO. Takkan tak tahu kot BINGO tu apa ? Hehe.
Sebelum ni, tak pernah main BINGO sampai gelak macam tu sekali.
Inilah rasanya first time rasa happy sangat main BINGO dengan diorang.

Rasanya student 6R1 and 6R2 tak ramai yang sambung belajar ke tempat lain.
Lagipun, hari Isnin and Selasa haritu ada kemasukan budak-budak PLKN.
Mungkin diorang boleh menjadi pengganti Aya and yang lain yang pindah.

Aya harap sangat diorang dapat biasakan diri dengan cara pembelajaran Form 6.
Serius Form 6 susah sebab masa terhad. Just setahun setengah.
Tetapi dengan usaha in sha Allah boleh. Allah tolong.
Cuma jangan lupakan Allah. Sentiasa berdoa minta kejayaan padaNya.
Lagipun nak berjaya bukan hanya sekadar goyang kaki.
And tiada satu pekerjaan pun yang mudah. Nak berjaya kenalah usaha.
Aya sentiasa doakan kawan-kawan Aya berjaya.
Harap diorang juga doakan Aya.

Wish you luck guys.
You know how much I love you, friends.
Always pray and don't give up.
I'll support you :')
Take care, fi hifzillah.

Cuti dua minggu haritu ada skype dengan kawan SMVKK. Hehe. 
Thank you sebab sudi ajak Aya join skype ramai-ramai.
-Adila, Bella, Fahmi, Farhan, Syamil, Fatin Shahirah, Roy-
Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Thank you sebab happykan Aya untuk dua minggu ni :')


Untuk sahabatku, Ain Nur Nabilah a.k.a Cik Belon.
Takmau sedih-sedih laa. Nanti ada la kawan baru kat sana.
Aya nak sangat satu Poli dengan kamu but bukan rezeki kita kan ? :')
Nanti jangan lupa contact sayang kamu ni. Hahaha.
Thanks dengar masalah Aya selama ni.
Akan ku kenang sampai ke ufuk utara. Kahkahkah !
Kalau ada masalah share tau. Sayang kamu selalu :')

Untuk kawanku, Jamilah a.k.a Jamiak yang tersayang.
Thank you bagi Aya gelak and tersenyum selama ni.
Best sangat, terlalu best dapat kawan seperti kamu.
Tahniah dapat sambung belajar ke Kolej Islam Darul Ridzuan.
Dah ada kawan baru nanti jangan lupakan Aya disini.
Doakan Aya berjaya di sana. Aya pun doakan semoga Jamilah berjaya.
Semoga ukhwah kita kekal ke Jannah. Maaf salah silap Aya :')

Ya Rabb, terima kasih sebab bagi hadiah yang paling bermakna dalam hidup Aya.
Aya bersyukur, Aya hargai. Maafkan kekhilafan diri hambaMu yang hina ini.
Permudahkan segala urusan dan kewajipanku di dunia ini.
Berilah aku kekuatan untuk tempuh semua ini.
Agar aku sentiasa menjadi orang yang sabar dalam menempuh ujianMu.

Feeling pulak time menaip nie. Hihi. Sorry :'D
Untuk readers, thanks singgah disini and meluangkan masa untuk baca.
Please pray for me dear.


PTSS, wait for me ! Here I come. Haha.
Doakan perjalanan Aya selamat ke sana.
Lepas ni maybe dah tak active berblogging. Hihi.
Kalau rindu Aya, bacalah post Aya yang lepas-lepas tau.
Please jangan perasan ok Aya. Haha. *Muntah lumpur* :p
Assalamualaikum.

2 comments:

sjmilah said...

You make me crying. Sangat hargai, belajaq elok2 noh, ada problem text lah jamiakk. InsyaAllah, jangan lupa Allah, ingat 3 benda ni :berDoa, berUsaha, dan Tawakal. InsyaAllah, kejayaan milikmu.

نورشافقه بنت محمد جوبير said...

Maap naa maap. Hehe. InshaAllah, tak lupaaa.
Jangan menangis over sangat. Kang mata lebam cam panda :p