14 September 2013

. In Moment .


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...

Hye everybody. Hye guys. Hye awak. Ye, awak yang tengah baca tu :p
Allahu, lamanya tak update. Dah berbulan-bulan rasanya.
Alhamdulillah, ada kesempatan nak update hari ni.
Memang dah lama niat nak update.
Cuma tangan nie malas sangat. Alahai.

Semalam Aya bertolak dari Perlis ke Perak pukul 3.45 p.m
Bas tu berhenti 3 tempat.
1) Stesen bas Kedah
2) Stesen bas Penang
3) Stesen bas Ipoh sebelah Mydin
Aya sampai rumah pukul 1.30 a.m.
Penat tu jangan cakap la kan -_-

Actually, many stories I want to share with you.
Before that, if you boring with my stories, I'm sorry okay ;)
Let's read my stories today. 

17 Jun 2013, bermulanya pendaftaran ke Politeknik sesi Jun 2013.
Aya sampai Perlis hari Ahad then Aya tempah Motel.
Keesokan harinya...
Sampainya Aya ke Politeknik, hati mula gementar.
Disebabkan laluan sesak, abah turunkan Aya and mak kat satu tempat.

Turun-turun daripada kereta, jangan cakap la bukan main ramainya orang.
Hati Aya mengomel, "Kenapa semua lelaki je ni ?"
Aya pun dengan slumbernya memenuhi barisan lelaki yang sedang beratur panjang.
"Mana kaum hawa ? Takkan dah pupus ?" Hati Aya mengomel lagi tanda tak puas hati.
Oh, rupa-rupanya Aya tersilap beratur. Itu pendaftaran untuk kamsis (bilik) lelaki !
Punya tebal muka Aya. Patutlah takde kaum hawa -_-

Dipendekkan cerita, sampailah Aya ke tempat pendaftaran perempuan.
Yang menjadi persoalannya sekarang, Aya tak dapat kertas untuk pendaftaran kamsis.
Jadi Aya pun taktahu Aya dapat blok mana.
Tengah-tengah Aya berbaris tu, tiba-tiba ada satu hamba Allah cuit Aya.
"Akak, boleh mintak tolong tak ?"
Siapakan dia ? :/

NUR FARHANNA BINTI ZAINAL ABIDIN


Clasmate kat SMVKK dulu.
Punya terkejut Aya. Sebabnya Ana cakap yang dia taknak sambung belajar.
Kuang asam, Aya kene tipu. Hahaha.

Sambung-sambung, time tu, ada akak senior ada edarkan apa entah, lupa la.
Then, Aya cakaplah yang Aya tak dapat lagi kertas untuk pendaftaran.
Last-last akak tu bagitahu yang Aya kena p Pejabat Warden untuk dapatkan surat tu.

Tibalah giliran Aya untuk mendaftar. Isi apa yang patut. Then Aya dapat kunci bilik :)
"Haish, mana pulak bilik nie. Haa, tanya makcik tu la."
Oh jauh jugak bilik Aya tu. Banyak selekoh. Hahaha.
Aik, dua katil je ? Maknanya Aya berdua je dalam bilik ni.
Siapa agaknya yang akan jadi roomate Aya yang sorang nie ?
Tengah syok-syok kemas barang, mop lantai.
Tiba-tiba...
"Adik sem 1 kan ? Warden mintak adik pindah tingkat atas. Mintak maaf sangat."
Ya Allah, sabar jela. Dah penat kemas semua tiba-tiba kena tukar bilik.
Haa, time tukar bilik ni memang banyak ujian. 
Dua tiga empat berkali-kali ulang alik dari blok ke pejabat warden.
Penat sangat. Serius penat. Kesian kat mak abah :(

Tengah berbaris dalam pejabat warden tu ada terjumpa seorang perempuan nie.
*Senyum kat dia* "Tukar bilik jugak ye ? Dapat kos apa ?"
Dia jawab, "Ni umur 18 ae ? Panggil Kak Rina taw, umur 20 tahun. Kos teknologi maklumat"
Then dekat depan Aya tu ada lagi seorang perempuan.
Dia pandang Aya, tapi Aya taktahu nak senyum ke tak. Nampak macam sombong je -_-
Aya pun buat keputusan untuk berdiam diri.
Okay, selesai sudah pasal pertukaran bilik.

Time nak buat pendaftaran kali kedua sebab tukar bilik, Aya tengok budak sebelah Aya.
Tengok kertas yang dia daftar tu,
"Nama dia Munirah. Eh, satu bilik dengan Aya ni." Hati Aya berbicara.
Naik atas, masuk bilik. Eh, terjumpa dengan budak perempuan yang time berbaris tu !
"Alamak, asal aku satu bilik dengan dia. Ish, habislah..."
Tengah sibuk-sibuk masukkan barang dalam almari...
"Eh, Kak Rina !" *Senyum*
Alhamdulillah, ada juga roomate yang peramah.

Dah habis kemas barang, duduk-duduk rehat kejap.
Haa, lupa pulak. Nama budak yang Aya cakap sombong tu Farah.
Actually, Farah bukanlah sombong.
Bila Aya kenal lama dengan dia baru Aya faham dia macamana.

After mak abah balik je, Aya, Kak Rina and Farah p makan sama-sama.
P mana-mana pun sama-sama. Habis tu mana Munirah ?
Munirah always dengan family dia time tu.

Kali ni Aya nak cerita pulak pasal roomate Aya.
Farah, Kak Rina and Mun.



Ni Farah. Dia baik. Tak sombong sebenarnya. Aya yang judge dia by it's cover.
Sorry Farah. Dia ni satu-satunya kawan Aya yang kuat gelak.
And Aya pun tak faham, Aya rasa perkataan "Tembak Kang" tu biasa je.
Entah kenapa, dia gelak. Hahaha. Lawak la hang ni Farah.
Dia cakap dia tak pernah menangis depan kawan dia.
And Aya tak sangka bila dia cakap yang Aya satu-satunya kawan yang pernah tengok dia menangis.
And dia cakap dia taktahu why bila dia ada problem, mesti time tu dia dengan Aya :')


Comelnya Kak Yong kita ni. Ni la Kak Rina yang Aya sebut-sebut tadi.
Tak nampak macam 20 tahun kan ? Ni mesti amalkan Jamu Ratu ni kan Kak Rina ? Haha. Memain je.
Kak Rina ni peramah. Baik hati. Suka buat lawak. Tapi agak garang. Haish, takut takut. Hihi.
Tapi, bila dia moody seriusly Aya sangat takut nak tegur dia :/


Lastly, Munirah. Mula-mulanya, Aya tak berani tegur dia ni sebab tengok dia ni agak sombong.
Nak sembang pun agak kekok. Tapi bila dah mula rapat, Aya suka kacau dia. 
Aya pernah tanya dia, kenapa dia macam sombong time mula-mula daftar tu.
Dia cakap yang dia susah nak bergaul dengan orang.
Dia ni jenis yang tak pernah renggang dengan family.
Aya baru faham dia macam mana. Mintak maaf Mun sebab fikir macam-macam pasal Mun taw.

28/08/2013, balik dari kelas, Aya nampak Mun kemas-kemas barang :(
Mun nak berhenti pengajian ! Sedih sangat . Ingatkan Mun sengaja nak berhenti.
Rupa-rupanya, dia tak boleh bawak subjek yang ada dalam Kos Perlancongan.
Sebenarnya, dia tak minat kos tu, dia minat kos lain.

Maghrib tu pulak, Aya dikejutkan dengan berita yang sedih.
Junior yang Aya rapat dulu meninggal dunia akibat penyakit.
Ya Allah, hanya Allah yang mengerti perasaan Aya time tu.
Dah la sedih roomate nak berhenti, lepas tu sedih junior meninggal dunia pulak.
Perkataan yang arwah selalu sebut time kat dorm dulu,
"Kak Aya and Kak Dila bucuk !"
Al-Fatihah untuk Adik Intan Farhana.
 Semoga Allah tempatkan arwah dikalangan orang yang beriman.
Allahumma ameen :'(

 Keesokannya...
Siap-siap nak pergi kelas. Time tu Mun dah terjaga daripada tidur.
Aya tahu, harini hari Mun meninggalkan bilik, meninggal kenangan.
Before nak pergi tu, salam peluk Mun. Air mata nak keluar tapi tahan.
Petang tu balik daripada kelas, Mun tinggalkan nota kat dinding belajar dia.
My tears drop fast ! Mun... rasa lain Mun takde dalam bilik :(
Terus Aya capai phone and message Mun.
Semoga Mun berjaya mencapai cita-cita Mun.
Jangan lupakan kami disini. Kiteorang sayang Mun sangat ! :')


Stop pasal roomate, kita masuk pulak pasal kelas.
Aya ditempatkan dalam kelas Diploma Hotel Katering 1B.
Ada 23 orang satu kelas. Sekarang tinggal 21 orang.
Sebab lagi 2 orang extend.
Lecturer and classmate okay je. Sporting ! Ohsem.
Bila masuk je kelas, mesti teringat memori dalam kelas Katering dulu :') 
Rindu student Katering. Kat poli ni ada 4 orang classmate Aya dulu sambung sini.
Dhabitah, Syakirah, Hanna and Safwan.
Dhabitah and Syakirah kelas DHK 1A. Aya and Hanna kelas DHK 1B.
Safwan ? Safwan dia kos lain. Kos Perfileman.
Katanya dia tak dapat Kos Katering. Maybe dia mohon untuk sem 2 nanti.
Yela, sayang je. Dah 2 tahun belajar Katering kat Vokasional dulu.
Tiba-tiba dapat kos lain. Kos Perfileman pulak tu.
Semoga impian dia tercapai. Ameen.

Ni antara gambar classmate DHK 1B :



Ni haa ceq nak habaq ni, dalam kelas, ceq rapat dengan Farhana Hasni and Shahiba.
Kiteorang kenal time orientasi.
Tak sampai seminggu dah rapat. Alhamdulillah.

Ana ni jenis lembut, sopan. Tapi kadang-kadang dia blur.
Bila dia marah, jangan cakap la, runtuh bangunan PTSS. Hahaha.
Kadang-kadang dia suka buat lawak tapi dia tak sedar.
Macam-macam la dia ni. Panggilan famous untuk dia ialah Yenna. Kahkah.

Shahiba ni pulak agak ganas. Dia ni suka buli orang -_-
Badan kecik tapi suka kacau orang. Tapi jangan risau dia ni baik hati.
Kadang-kadang caring pasal Aya. Hakhak. Belanja Aya makan.
Panggilan famous untuk dia ialah Bibah. Kuikuikui.

Tapi yang paling penting, kami bertiga memang kaki makan. 
Haa, lupa pulak, Aya and Shahiba ni suka kacau Ana tu. Syok ! Hahahaha.
Kesian Ana. Gurau-gurau manja. Hihihi :p 


Kami buat assignment sama-sama. Makan sama-sama. Balik kelas sama-sama.
Acting sama-sama. Semualah sama-sama.
Kadang-kadang buat assignment sampai tak cukup tidur.
Normal la kan? Kene korbankan waktu tidur tu.

Selesai sudah cerita pasal PTSS. Continue with Iftar.
Sebelum Raya haritu, Aya and kawan lama ada bukak puasa kat luar.
Kat KFC je. Hikhik. Best sangat !
Yang paling tak disangka, terjumpa kawan-kawan form 6.
Alhamdulillah, memang rezeki jumpa diorang.
Nasib baik diorang tegur and tak sombong ^_^



Kita masuk pulak cerita pasal Raya kat kampung pulak.
Laungan takbir menghibakan hati. Menitiskan air mata :')
Tapi Raya tahun ni tak rasa macam Raya pun. Cuti Raya singkat -_-"

Raya pertama ofcoz Raya kat rumah nenek. 
Walaupun arwah nenek and atuk dah takde, tapi kami tetap Raya bersama.
Cumanya, tak semua cousin balik. Itulah part paling sedih.
Raya pertama tak semua balik !
Tapi, yang paling penting, Aya nak jumpa dengan sayang Aya :
Eya popot and Umai gendut.
Hilang rindu Aya tengok diorang time Raya haritu.

 Layan gambar jom~


`Me, already IPT student :p


`My family. Miss them already*


`Eya popot and Umai gendut. Akak rindu...



`Photographer comel*



`My relatives. Tak semua ada :(

Raya kedua ofcoz beraya family belah abah pulak. 
Ada snap gambar kat tab tapi abang dah buang :/

Disebabkan cuti singkat, jadi tahun ni Aya tak dapat beraya dengan kawan-kawan lama.
Tu sebab Aya cakap Raya tahun ni tak best.
Dah la tak dapat jumpa Abe (sepupu) pulak tu.
Aya baru nak buat perhitungan dengan dia. Nak suruh dia tegur dulu. Hahaha.
Tapi, dia pulak balik kampung time Aya dah balik Poli.
Lagipun, semakin membesar semakin tak rasa Raya tu. Normal la kan ?

Huih, penat menaip. Akhirnya habis juga ;D
Alhamdulillah, selesai cerita ! Sebelum tu,
Aya nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan lama Aya. 
Sebab sudi contact Aya lagi walaupun diorang sibuk.

Especially to, 
My dearest friends...

Adila ! Dia setiap pagi akan kejut Subuh and akan ucapkan Selamat Malam.
"Thanks Adila. Aya sentiasa menunggu Adila masuk Poli Aya tau."

Bella ! Cik Belon saya nie masih sama. Hehe.
Dia ada juga call, kesian kredit dia habis sebab nak sembang dengan Aya.
Thank you Cik Belon sayang.

Syuha ! Aya jarang contact dia.
Tapi Aya selalu ingat memori Aya dengan dia kat dorm.
Susah sangat nak cari sahabat macam kamu. Seriusly !

Jamilah ! Dia ni bila-bila pun text. And ada pernah tu dia call tapi time tu Aya gelak-gelak je.
Kesian kat dia kene layan karenah Aya yang tak betul ni. Haha. 
Maafkan daku, Jamiakk !

Terima kasih juga kat insan lain yang mengenali diri ini sebab sudi menghabiskan kredit.
Semata-mata nak text and call je. Kuang kuang kuang :D

Aya tutup post Aya dengan,
Assalamualaikum. Jaga diri k. Nanti bila Aya free Aya update lagi.
Final exam semakin hampir. Please pray for me.
Thank you sebab sudi singgah and baca.
Bye bye bye. *Lambai jari*

No comments: