27 September 2013

. Hari Kelahiran .



Bismillahirrahmanirrahim.
Happy happy happy !!!
Ops lupa... Assalamualaikum :D

25/9/2013, jam menunjukkan pukul 11.30 p.m.
Aku mula melelapkan mata.
Tepat jam 12.00 a.m, aku dikejutkan dengan panggilan nama, "Aya..."
Aku mula membuka mata dan bebedak telah ditempekkan ke atas mukaku :p
"HAPPY BIRTHDAY. AYA DAH TUA !"
Alalala, sweetnya roomate Aya. Hihihi.

Hye semua. Sihat ? Semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat kalian.

Allah selamatkan aku, Allah selamatkan aku.
Allah selamatkan aku yang sedang menaip.
Allah selamatkan aku :p


Fuyooh, dasat suara saya sampai mendung awan. Hahaha.

Pada 26 Sept.1995, lahirlah seorang insan yang digelar hamba dimuka bumi.
Tangisan sahaja yang menemani ibuku yang baru sahaja melahirkanku.
Allahuakbar, Allahuakbar, azan dilaungkan ditelinga si kecil ini.
Si kecil yang tidak tahu apa-apa, bersih daripada dosa.
Kemudian, dia dididik dan diberikan sepenuh kasih sayang :')

Apabila dia sudah dewasa, dia berharap dapat membahagiakan ibu bapanya.
Ibu bapa yang sentiasa berada disampingnya daripada kecil sehingga kini.
Ibu bapa yang sanggup berkorban untuk anak bongsunya ini.

Kadang-kadang dia terlupa, dia terleka dengan duniawi.
Insan ini sentiasa melakukan dosa dan cuba untuk perbaiki kelemahan diri.
Semoga Allah meredhainya, Nursyafiqah Binti Mohd Jubir.
This is real, this is me ^_^

Maaf pendahuluannya panjang sangat. Hehehe.
Alhamdulillah ada kesempatan untuk Aya menaip hari ini.
Alhamdulillah ada kesempatan untuk Aya meraikan birthday Aya tahun ini.

Birthday tahun ni tak macam dulu.
Kalau dulu banyak dapat hadiah daripada kawan.
Tahun ni Aya cuma harapkan doa sahaja sebagai hadiah ;)

First Wish : Roomate, Ana and Shahiba

Malam tu Ana datang bilik nak buat assignment. 
And, diorang rancang nak kenakan Aya.
Memang kaw kaw Aya kena bedak. Nasib baik bedak je :D
Allah, they make me happy ^^



First Wish : Merza

Meseg tepat masuk pukul 12.00 a.m. Dia send inbox.
Time baca tu terharu sangat sebenarnya.
Setiap tahun mesti jadi first wish. Hahaha.
Thank you okey :p

First Wish : Marzeera

See, nama lebih kurang sama dengan yang atas ? Hahaha.
Sebenarnya Marzeera ni adik kepada Merza.
Rapat jugak dengan dia. Tapi dalam alam maya saja~
Berharap sangat dapat jumpa dia. InshaAllah.
Sebenarnya, Aya tak online malam tu. Pagi esok tu, Aya dapat inbox.
Tengok time kat inbox, 12.00 a.m.
 Inbox tu datangnya daripada Cik Tikus nie. Hihihi.
She really makes me touched. Semoga Allah memberkatinya.
Dia sangatlah baik. Dia selalu juga cerita masalah kat Aya.
Love you, RE. Goodluck in PMR. Buat leklok taw.


Second Wish : Jamilah

Kring ! Kring ! Telefon berbunyi.
Jamilah calling. Wah, surprised. Hihihi.
She wish me "HAPPY BIRTHDAY"
Sweet kan ? Hehehe.
Kredit dia tak banyak tapi dia sanggup call Aya.
Ukhwah Fillah Jamilah. InshaAllah ke Jannah.


Third Wish : Ain Athirah

Sebenarnya tak sangka Cik Ain ni akan jadi orang ketiga yang wish.
Thanks Ain sebab sudi wish okay. Sweet sangat ayat kamu tu. *Melting :p


Forth Wish : Adik Ain Farhana

Aya anak bongsu dan Aya takde adik.
Dialah satu-satunya adik angkat kesayangan Aya.
Selalu rancang nak jumpa, tapi belum rezeki lagi.
Kenal dah lama dah. Dia solehah ;)
Kalau time call tu jangan cakaplah, sampai panas phone tu. Hehehe.
Dia ni bukan jenis kacang lupakan kulit.
Dia baik hati dan selalu juga contact.
Goodluck SPM ^_^


Fifth Wish : Bella

Sayang saya Cik Belon.
Walaupun bukan orang first yang wish, tapi Aya tak kisah :3
Sebab she always stand by me when I happy and sad.
She is my truth friend. Susah nak jumpa sahabat macam nie,
Kalau ada sahabat yang boleh memahami korang, hargailah ;)


Pagi tu p kelas. Semangat baru !
Tengok-tengok kelas Agama takde. Hampa :(
Patah balik kamsis. Senam naik turun tangga -_-

Pukul 11, masuk lab untuk subjek Computer Application.
On the way nak naik tangga tu...
Tiba-tiba, Bahvithran (classmate) panggil Aya and wish...
"HAPPY BIRTHDAY"
Aya fikir masing-masing dah lupa.
After Bahvi wish tu, mula satu classmate wish sambil nyanyi.
Hehehe, so sweet.

Petang pukul 2.00 p.m pulak ada kelas Nutrition.
On the way nak p kelas tu, Aya dapat meseg daripada Fahmi and Abe.
Diorang wish birthday juga.

Then, sampai kelas.
Bukak je pintu, classmate menyanyi lagu birthday lagi.
Malu Aya dibuatnya :p

Pukul 4.00 p.m, balik daripada kelas. Teman kawan beli makanan jap.
Call my mum. And gitahu balik bila.

"Mak, dapat gaji kan harini ? Dah bank in ?"
Dah, dah. Mak dah masukkan dah duit kat akaun kamu.
"Mak, harini hari apa ae ?"
Hari Khamis la.
"Berapa haribulan ?"
26 laa. Ohhhh ! Happy Birthday !
"Sampai hati mak tak wish kan ? Hahaha."
Alaa sorry laa, mak sibuk la fikir macam-macam benda.
"Haha. Saja jela. Aya tahu. Hadiah mak ?"
Haaa, yang mak bank in duet tu hadiahnya.
"Eleh, yela tuu. Hehehe :p

After habis call mak, on the way nak jalan balik kamsis...
Handphone berbunyi.
Who call me ? That's NABIL !!!
Hahaha, lama dah tak dengar cerita Nabil.
Tak sangka dia call. Dia pun wish juga :p

Malam tu pulak, classmate ajak jumpa.
Kononnya nak buat subjek Marketing.
Helah je diorang je ni. Time tu Aya baru bangkit tidoq.
Aya diam je, tak banyak cakap. Hahaha.
And hati ni ada jugak tertanya.
Takkanlah nak buat Marketing sampai satu kelas turun.
Rupanya, diorang ada perancangan.
Habis Aya dikerjakan. Nasib aje tak kena telur.

Dipendekkan cerita, diam-diam, diorang p campak tepung.
Lepas tu, datang Kak Farihah bawak kek sambil nyanyi.
Alalala, terharu sangat. First time dapat sambut birthday camni.
Thank you sangat DHK 1B. Love you all. #Sporting.

Balik bilik. Tengah tunggu line wifi ada tu...
Mula terfikir, kenapa Adila, Syuha, Aina, Yan, Pika tak wish pun :'(
Aya fikir je yang diorang maybe buzy.

Aya try call Syuha, dia angkat.
Rupanya dia tengah final exam. Patutlah tak wish.
Macam-macam sembang dengan dia.
Katanya nak jadikan Aya partner bila dah bukak perniagaan nanti.
InshaAllah, ameen. Last nak habis call tu baru dia wish birthday :p

Tak lama lepas tu, dapat meseg daripada Aina pula.
After call Syuha, call pula Aina.
Dengan Aina, Aya agak gedik-gedik sikit. Hahaha.
Normal la, dah lama tak sembang :p
Miss you Aina gigi chomel.

Lastly, Aya call Adila. Mula-mula Aya pura-pura jadi orang lain.
Tak sangka dia terkejut.
Rupa-rupanya, number Aya kat contact phone dia dah hilang.
Tu sebab dia tak wish guna phone semalam.

Aina and Adila nyanyi lagu birthday time Aya calling dengan diorang.
Comel sangat. Tapi tak sangka time nyanyi tu Adila nak menangis.
Hehehe. Actually, Aya pun nak menangis juga tapi Aya gelak-gelak je.
Yela, taknak Adila sedih sekali :')

Aya cadang nak amek sijil SPM dengan diorang nanti.
Boleh hang out sama-sama.
Doakan kami dapat berjumpa semula.

Sebelum terlupa, Aya pun nak ucapkan thanks kepada sesiapa yang wish Aya.
Antaranya yang wish melalui Facebook and Twitter.
Tak larat nak taip semua nama.
Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa mereka semua.

Yang pasti semua siblings Aya wish dalam Facebook.
Sebenarnya rindu nak luangkan masa bersama dengan diorang lagi.
Tapi masing-masing dah sibuk. So takde masa dah.
Kalau ada rezeki, inshaAllah.

Okay, yang paling last untuk post harini.
Big thanks to Anis Amira sebab sudi editkan blog Aya.
Maaf sebab agak cerewet sikit. Kesian kat Anis terpaksa layan karenah Aya.
Sekali lagi thank you tau.
Senang sangat berurusan dengan awak, Anis.
Awak lembut dan sabar ;)

Semakin umur meningkat, semakin hampirnya kita dengan kematian.
Ku mohon doamu untukku.

Assalamualaikum. Selamat Malam. Bye bye :*

No comments: