12 October 2013

. Telling The Truth .



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum stalker sekalian :p

Tenung jam.
Masih awal untuk melelapkan mata.
Tapi kenapa penat sangat ni ?
Kenapa mengantuk sangat ni ?

Rasa nak menjerit pun ada...
Nak menangis sepenuh hati jiwa raga pun ada...
Sebab apa ?
Sebab Aya dapat settle kan semua assignment untuk semester 1.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Ucap syukur kepada Allah.

Petang tadi kemain Aya, Shahiba and Kak Syu kelam siapkan assignment.
Dah settle semua, lari maraton 100 meter p jabatan.
Akhirnya hampa saja. Pejabat tutup dah :(
Harap esok bukak laa. Usaha lagi untuk hantar !

QUIZ, TEST, PRACTICAL TEST, CASE STUDY,
REFLECTIVE JOURNAL, END OF CHAPTER, PORTFOLIO
AND SEANGKAT DENGANNYA...

 Jumpa pada semester akan datang ye.
Goodbye untuk sementara waktu :p
Hahaha. Merapu.

Aya harap sangat Aya takkan repeat subjek semester 1 punya.
Aya harap sangat takkan gagal 3 subjek yang menyebabkan GAGAL BERHENTI.
Aya harap dapat buat sehabis baik untuk Final Exam.
Please pray for me dear :')
21/10/2013
Sat ja lagi. Boleh ke aku buat ?
InshaAllah. Aya, kau kena yakin pada diri.
Usaha dulu baru tawakkal.
Yang penting kena usaha.

Jelez bila nampak orang ramai usung beg nak balik kampung tadi.
Aya ? Tak balik ke ?
Hmm, actually Aya dah tempah tiket petang Jumaat 11/10.
Tapi, lecturer cakap nak wat test hari Isnin 14/10.
So, terpaksa cancelkan tiket tu.
Then beli tiket yang baru hari Isnin petang.
Yang paling geramnya, kelas hari Isnin tu dibatalkan pulak.
Rasa nak teriak pun ada. Ya Allah. Sabar jela.
Takpe, tunggu je Isnin petang. Sat ja tu. Ye dak ?

Sekarang Aya dan Shahiba dalam kamsis menjadi kerang busuk.
Kerang yang menunggu untuk pulang bersama cengkerangnya.
Hahahahahaha. Paling terkilan bila...
CAFE tak bukak !!!
Maggi je mampu ditelan. Alhamdulillah, masih ada rezeki.
Itu pun member yang belanja makan Maggi.
Sebabnya Aya telah pokai 100%. Huhuhu.
Thank you Shahiba :p



Sebenarnya mata dah letih. Badan dah penat.
I need to rest now.
 But ada yang menghalang. Ada yang memaksa.
Itulah Aya, suka memaksa diri T_T

Sambung-sambung. Krik krik #_#

SAD STORIES ! #Jamilah, hulur tisu tau...


Bila flashback kenangan lama.
Mula air mata menitis laju.
Hanya Allah yang tahu.
Hanya Allah yang mengerti.

Jika dia yang terbaik untukku.
Maka tetapkanlah hatinya untukku.
Jika dia bukan untukku.
Kau kuatkanlah hatiku. Kau peganglah hatiku.
Agar aku menjadi hamba yang sentiasa redha kepadamu :')

Ya ! Sangatlah sukar untuk melupakan orang yang kita sayang.
Tambah-tambah orang itu pernah membahagiakan kita.
Sukar macamana pun. Kita perlu cuba.

Benar kata orang.
Kadang-kadang kita perlu korbankan hati kita untuk orang yang kita sayang.
Mungkin ini jalan terbaik. Walaupun sukar untuk diterima.
Namun itulah hakikat. Itulah kenyataan.
Sedih ? Ofcourse. Tapi cuba juga kuatkan hati. Cuba jadi tabah.

Kalau dia jodoh kita, lari macamana pun.
Dia akan kembali jua.
Kita hanya mampu merancang. Allah yang menentukan.

Dulu hanya menjadi kenangan.
Kenangan yang tersemat di dalam hati.

I hope you still care and appreciate that gift.
AMALKAN :')

Mata dah layu. Isnin petang ni Aya balik Perak.
Doakan perjalanan Aya selamat tau. Ameen.
InshaAllah, bila kat rumah nanti Aya update lagi.
Ada story nak cerito lagi nie. Hehe.
Wait for me ya !
Selamat malam.
Assalamualaikum =)

No comments: