16 October 2013

. Hidup Merantau .



Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t ;)

Home sweet home.
Ceh, macam baru balik je.
Padahal hari Isnin malam tu dah sampai dah.

Pagi Isnin excited nak tunggu kol 2.30 p.m.
Yela, dah rindu ore Perak. Hehehe.
Sebelum tu online dulu, basuh baju, sidai baju.
Tak lama lepas tu akak pulak send meseg.
Dia tanya naik bas kol bape.
Disebabkan malas nak taip.
Aya pun terus call akak.

Gempak cerita sampai phone termati sendiri.
Kredit habis. Hahahaha.
Oh lupa, akak kata ada something nak bagi.

"Kalau kau tengok hadiah yang aku nak bagi nie mesti kau terharu."
"Walaupun guna duit mak, tapi surelah kau mesti terkejut beruk."

Hati mula tertanya-tanya.
Apa benda yang akak Aya nak kasi entah.
Tak sabarnya nak balik !

Bertolak dari kamsis pukul 2.30 petang.
Sampai pondok Pak Guard. tulis nama then terus menuju ke Pakcik teksi.
Perjalanan yang agak jauh juga. #KANGAR :p

Sampainya ke stesen bas. Bas ke Lumut pun sampai.
Letak beg, pi beli makanan kejap sebab dari pagi tak makan.
Beli roti and kacang je pun. Hahahaha.

3.45 petang, bas mula bertolak. 
Dalam bas, pakcik tu pasang movie. 
Walaupun movie lama tapi layan jela. Huhuhu.

Dah habis tengok movie, tidur pulak.
Lepas tidur makan pulak. 
Itulah rutin dalam bas. 
Bosan betul. Entah bila nak sampainya.
Tidur banyak kali pun tak sampai-sampai.

Dalam pukul 11.30 p.m, alhamdulillah dah sampai.
Abah and abang amek kat stesen bas Lumut.
Salam abah and abang.
Then, teruskan perjalanan balik, Bagan Datoh.
Dalam kereta, dah tak larat tidur, layan lagu jela.

Dalam pukul 12.30 p.m, sampailah Aya kat rumah.
Masuk bilik, tengok akak tengah online.
Sahut "Woi !" Hahahahaha.

Perut lapar. P dapur pulak.
Makanan dah terhidang.
Mak pulak dah tidur. Kejut mak. Salam semua. #Rinduu :')

Pi masuk bilik balik. Akak sahut :
"Weyh, nah hadiah tu. Bukak la. *Sambil gelak-gelak* -_-"

 

Trengggggg...
Seriously terharu. Rasa nak menangis.
Thank you mum and sis.

 Keesokan harinya...
Pepagi buta keluar rumah.
Nak p mana ?
New moment...
Tahun ni sambut Raya Aidiladha kat Parit Buntaq.


Kalau nak tahu. Ini antara hadiah yang Aya dapat daripada my mum and sis.
Mana tak terharu dapat jubah, tudung, armsock. 
Dah tu pulak akak cakap jubah Aya paling mahal.
Ada lagi tudung lain and armsock yang Aya dapat daripada diorang.
Tapi malas nak share semua gambaq. Sorry :p

 Macam biasa. Kalau berjalan jauh mesti bawak dua kereta.
Dan kami adik-beradik akan naik sama-sama. Abang la yang akan drive.
Satu lagi kereta biarkan mak abah berdua dating. Hihihi.


Rindu betul dengan diorang ni. Hmm.
Abang yang pakai baju kelabu kat atas ni dah balik harini.
Kalau tak, dia yang selalu buli Aya.

Esok pulak, akak nak balik.
Mesti sedih sebab selalu share masalah dengan akak.
Abang yang pakai kopiah ni takpe. Dia always ada kat rumah.

Sekejap je spend time sama-sama :'(
Harap boleh luangkan masa camni lagi.

Nak habis dah update kali ni.
Sebab kejap lagi nak p pasar dengan kawan lama pulak.
Lama dah tak jumpa diorang.

Haa, sebelum terlupa.
Aya nak mintak maaf kepada warga Katering 11/12.
Dulu Aya pernah cakap yang Aya nak post setiap kali birthday student kat blog ni kan ?
Mintak maaf sangat. Tak sangka dapat sambung belajar tahun ni.
Jadi benda tu tergendala saja. 
I'm sorry :'(
Hope korang tak terasa k.

Kalau ada cerita lagi inshaAllah Aya update k.
Doakan Aya supaya Aya boleh belajar menerima hakikat.
Dan menjadi hamba yang sentiasa redha dengan ujian.
Jaga diri, jaga iman.
Jumpa di next entry.
Assalamualaikum ^^

No comments: