Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum, salam petang semua.
Alhamdulillah semalam selamat jejakkan kaki ke rumah.
Alhamdulillah semalam selamat jejakkan kaki ke rumah.
Cuti tak lama pun. Esok kerja. Arghhh...
Aku rasa aku takmau ceghita pasal praktikal dalam ni.
Yela, banyak lagi aku nak face. So lagi banyak ceghita yang boleh dishare.
Lagipun habis praktikal lama lagi. Bulan 4 nanti -,-"
Harini aku nak ceghita pasal akak aku Nikah and Kahwin.
Satu-satunya akak kandung yang aku ada.
Dulu, dialah kawan aku time aku sedih.
Dialah kawan aku time aku happy.
Dan dialah kawan aku time aku nak cari gaduh.
*kesat ayor mata* Hahaha :')
Alhamdulillah, akak aku telah jumpa jodoh terbaik.
Setelah selama ini kecewa.
Dan mungkin ini hikmah disebalik apa yang jadi.
Okay now nak cerita perjalanan majlis tersebut.
Scroll...
Seperti yang diketahui, now aku sedang praktikal.
Dan time akak aku kahwin tu aku dalam praktikal lagi.
Jenuh jugaklah aku nak kumpul cuti.
Straight aku keje 2 minggu.
Lepastu aku claim cuti tersebut.
Dekat tempat praktikal aku ni dalam seminggu ada sehari cuti.
Jadi, kerja dua minggu straight, aku dapatlah 2 hari cuti.
Actually 3 hari..
Lagi sehari cuti tu campur cuti pada minggu yang aku nak balik rumah tu.
Aku cuti KHAMIS, JUMAAT, SABTU.
Tapi aku balik hari Rabu.
Hari Rabu tu aku shift malam, habis kerja pukul 11.00 p.m.
Lepas tu tunggu ayah and abang aku ambik kat hotel tu.
Lama jugaklah, dalam 11.45 p.m baru diorang sampai.
Lepastu balik hostel kejap, ambik barang.
Dan dan kami meneruskan perjalanan kami.
Jam menunjukkan pukul 12.30 p.m.
Berhenti satu kedai makan kat Lekir tak silap aku.
Minum kejap disebabkan ayah aku mengantuk sangat.
Lepas settle, kami beredar daripada situ.
Sampai rumah time tu dalam pukul 1.30 a.m ke pukul 2.00 a.m camtu.
Penat sangat. Tengok akak aku pon tak tidur lagi.
Sibuk buat macam-macam time tu.
Kesian aku nengok diaaaa.
Aku memang respect dengan akak aku.
Banyak kelengkapan kahwin dia buat sendiri.
Contoh macam hantaran kahwin.
Kalau nak tahu, seminggu sebelum majlis dia tu,
Dia ada exam kot.
Aku tak boleh bayang perasaan akak aku time tu.
Kalau aku jadi akak aku tu, memang kelam kabut gila la kan.
Aku bukan boleh. Hahahaha.
Sampai rumah tu bersihkan diri semua and tidur.
Sebelum nak tidur tu, akak aku dah pesan awal-awal.
Esok bangun awal sebab banyak kerja tak settle lagi.
Haiyooooo...
Keesokan harinya...
Lepas Solat Subuh aku tidur balik.
Penat semalam tak hilang lagi.
Then, aku terjaga dalam pukul 9.30 a.m.
Tu pun akak aku yang gerak.
Kalau tak, aku rasaaaa kroh kroh la aku sampai ke petang.
Huahahahaha...
Bangun, mandi and tolong buat apa-apa yang patut.
Dalam pukul 11.00 a.m tu aku ajak abang aku g stesen bas Teluk Intan.
Sebab aku nak ambik sepupu and adik angkat aku.
Cerita pasal adik angkat aku tu kan...
Sebenarnya ini pertama kali aku jumpa dia.
Selama ni aku contact dia hanya di alam maya je.
Wakakaka.
Dia adalah satu-satunya adik angkat yang aku paling rapat.
Adik angkat lain kebanyakkannya dah lost contact.
Dia je melekat dengan aku sampai sekarang.
Thanks okay adik. Hahaha.
"Adik, setelah lamanya kita kenal... Baru ada rezeki nak jumpa...
Akak ingat lagi kemain dulu kite rancang bagai nak rak nak jumpa...
Tapi tak kesampaian. Alhamdulillah, akak gembira sangat jumpa dengan adik...
Thanks okay sebab sanggup jauh-jauh datang semata nak jumpa akak...
Thanks jugak sebab sanggup bersabar dengan sikap akak yang terkadang
tak care pasal adik. Akak mintak maaf ye adik. Akak cube ubah semua tu...
And last, thank youuu jadi adik yang paling terbaik buat akak.. Sayang you..."
:')
Continueeee...
Malam tu... Nikah kat Surau Taman aku je.
Lepas Maghrib akak aku terus pergi ke Surau tersebut.
Yang aku, mak aku and adik angkat aku berjalan kaki sajaaa...
Dekat je pun...
Sampai je Surau, aku betul-betul duduk dekat depan pintu masuk.
And then kawan akak aku suruh aku duduk sebelah akak aku.
Sebab time tu akak aku nervous.
Mak aku pun tukar tempat duduk, duduk dekat je dengan aku.
Nak cerita pasal akad nikah tu kan,
Abang Ipar aku banyak kali ulang ayat nak akad Nikah tu.
Aku pon tak faham kenapa ustaz tekankan pada sekali lafaz je...
Hahahaha.
Aku la jenuh record, pehtu asyik cancel je :D
Lepas selesai akad Nikah tu,
Akak aku salam peluk mak aku.
Time tu giler terasa sebak aku tengok diorang menangis.
Aku tahan je air mata ni...
Lepas tu akak aku salam kawan, sepupu and yang lain.
Aku jadi orang terakhir yang peluk and salam dia time tu.
Huarghhhhh, nak teriakkk.
Tengok akak aku duk snap pic dengan kawan-kawan dia.
Aku pun tak tahu nak buat apa kat Surau tu.
Jadi aku ajak adik angkat aku balik je. Hakhakhak.
Bilaaa akak aku dah sampai rumah...
Aku ajak akak aku bergambo pulak...
Begitulah ceritanya. Meh aku nak selitkan sedikit gambar time Nikah tu...
Keesokan harinya...
Majlis Kahwin pulak...
Time ni aku takde wat mende pon.
Bosan... Sembang je dengan sepupu, adik angkat, makcik aku...
And akuuu dok kaco orang je. Hahaha.
Keluar masuk aku kat rumah. Taktahu nak buat apeeeee !!!
Aku rasa mengantuk sesangat time tu...
Apa lagi, pabila mata sudah mengantuk...
Tidurlah jawapannye. Hahahaha.
Apa lagi, pabila mata sudah mengantuk...
Tidurlah jawapannye. Hahahaha.
Aku terjaga pukul 6.00 p.m tak silap.
Dengan muka tak boleh blahnye. Hahaha.
Then p Solat Asar semua and lepastu mak aku mintak tolong.
Edarkan makanan lebih kat jiran-jiran.
Aku pun pergilah dengan adik angkat aku...
Waktu malam pulak...
Aku tengok macam dapur rumah aku tu sepah bebeno.
Then tengok muka mak aku macam penat sangat.
So aku decide nak kemas semua dengan adik angkat aku.
Memang tidur lambat cerita dia malam tu.
Dok menyental periuk belangaaaa semua.
Yang tak boleh blah, dari kenduri sampai ke malam tu kiteorang tak tukar baju pun.
Boleh bayang tak sental periuk dengan berbaju jubah tengah hari tadi.
Rimas tu jangan cakaplah. Dengan panasnyaaa. Hahaha...
Dengan bau kambennye.. Eeeiiii. Wakakaka.
Dengan bau kambennye.. Eeeiiii. Wakakaka.
Lepas selesai semua...
Bersihkan badan dan tidur.
Time tu dah pukul 3.30 a.m kot.
Aku fikir esoknya tu aku kerja pukul 8.00 a.m.
Memang kene bangun awal la kan.
Perjalanan dari rumah ke tempat praktikal aku tu sejam setengah.
Esoknya tu, pukul 6.15 a.m aku bangun.
Otak aku time tu gelong semacam.
Nak bangun pun malas. Paksakan diri jugaklah kan.
Aku mandi, solat, siap...
Sebelum aku nak pergi tu, aku ketuk pintu bilik akak aku...
Aku mandi, solat, siap...
Sebelum aku nak pergi tu, aku ketuk pintu bilik akak aku...
Salam peluk akak aku, salam peluk adik angkat aku...
Salam mak abang aku... And say bye kat abang ipar and sepupu aku...
Dalam kereta tu aku cuba paksa untuk tidur.
Sebabkan kepala aku ni terasa pening sangat.
Sedar-sedar dah sampai Manjung.
Alhamdulillah sampai ke tempat kerja dengan selamat.
Even lambat setengah jam :/
Siap sudah entry yang tak seberapa ni.
Hope enjoy bacaaaa..
Bye semua. Nanti aku post lagi ceghite yo.
SYAFAKALLAH BEB.
SEMOGA CEPAT SEMBUH :)
No comments:
Post a Comment