Assalamualaikum...
Mata pedih tapi tangan memaksa diri untuk menaip :)
Go go. Hehehe.
Entah kenapa rajin nak menaip pepagi buta nie.
Haritu JAMILAH ada tanya pasal entry blog.
Bila lagi Aya nak update. Syamil pun tanya juga.
Actually, sebelum ni takda yang menarik nak cerita.
Tu sebab hanya mendiamkan diri sahaja.
Hmm. Hari ni Aya nak cerita about "SAHABAT".
Dengarlah, sedikit campuran :
PANTUN + SAJAK + SYAIR Aya harini :p
Sahabat, aku mencari engkau serata dunia.
Namun, engkau sangat susah dijumpai.
Sahabat, aku tak memandang rupamu,
Aku tak memandang pangkatmu,
Aku tak mahukan apa-apa darimu,
Cukuplah hanya memahami diri ini,
Itu sudah memadai.
Sahabat, aku harap ukhwah ini akan berkekalan,
Dan berharap akan berjumpa di Syurga Allah nanti.
InshaAllah :')
Sahabat yang baik akan menerima segala kekurangan sahabatnya yang lain.
Sahabat yang baik akan membantu sahabatnya yang ditimpa masalah.
Sahabat yang baik akan sentiasa ada disisi saat sedih dan happy.
Itulah sahabat.
Setiap individu dapat menilai apa itu "SAHABAT".
Dan memang lumrah bila kita bersahabat pasti ada perpisahan.
Tapi ingatlah bahawa bila berpisah tak semestinya ikatan ukhwah itu terlerai juga.
Tapi ingatlah bahawa bila berpisah tak semestinya ikatan ukhwah itu terlerai juga.
Bila bersahabat, kalau tak puas hati, terus terang je.
Jujur lebih baik daripada memendam.
Biar masing-masing tahu salah masing-masing.
Dan dengan cara itu dapat perbaiki diri :)
Terima kasih sahabat-sahabat Aya yang pernah singgah dalam hidup ini.
Ya, memang kita jarang contact sebab masing-masing sibuk kejar cita-cita.
Ketahuilah bahawa tak terdetik pun Aya nak lupakan korang semua.
Walau Aya tak contact, tak tanya khabar.
Tapi kenangan lalu tu tak pernah Aya lupa.
Kenangan pahit yang banyak memberi kesedaran supaya Aya bangkit semula.
Kenangan manis yang sentiasa tersemat dalam hati.
Ya Allah, sampaikan salam RINDU ini pada mereka :')
Carilah sahabat yang dapat membawa kita ke jalan Allah.
Kerana seorang sahabat itu dapat membentuk diri kita.
Kalau kita salah memilih sahabat,
Kita akan tersasar mengikut jalan yang salah.
Kita akan tersasar mengikut jalan yang salah.
#TAKENOTE :D
Assalamualaikum semua.
Time to sleep n__________n
P/S : Eera, ingat pesan akak tadi ya. Jaga diri baik-baik. Apa-apa nanti bagitahu akak. Thanks sebab sudi kenal dengan diri akak yang banyak kekurangan nie. Belajaq rajin-rajin. Bahagiakan family. Akak sayang Eera. Maaf salah silap akak selama kita kenal. Semoga dapat menggapai kejayaan disana nanti. Ameen :)
2 comments:
sajak aya mmg trbaik,,hhhmmm sedih nye dh lme xjmpe..rindu kenangan bersama..
Hehehe. Takdelah Mizah.
Yups, sangat rindukan masa lalu.
Kenangan yang mungkin takkan berulang :')
Post a Comment